Sedang memandu menyusur jalan-jalan perumahan mengikut petunjuk GPS, tiba-tiba kami sekeluarga ternampak sebuah premis yang bangunannya berekabentukkan unsur budaya cina.
Saya mengajak anak-anak supaya meneka bangunan apakah itu? Mereka sangka itu tokong cina. Dalam hati, saya sudah boleh mengagak apakah ia, namun saya diamkan sahaja kerana saya sendiri kurang pasti akan jawapan saya itu. Apabila kami lalu di hadapannya, ternyata sangkaan saya tepat.
Tertera di gerbang masuk premis tersebut suatu nama keIslaman yang menandakan ia sebuah premis Muslim. Ma shaa’ ALLAH, tertera di situ: Kompleks Al-Sa`adah. Continue reading
Semalam, 26 JUN 2009 (Jumaat), dunia hiburan antarabangsa telah kehilangan Raja Pop mereka. Michael Jackson telah meninggal dunia pada umur beliau 50 tahun disebabkan oleh jantung beliau gagal berfungsi. (Sumber berita)
Michael Jackson pada tahun 1984
Beliau baru sahaja memeluk ISLAM pada tahun lepas iaitu pada 22 NOV 2008 (baca di sini). Bukankah itu suatu nikmat yang besar? Alhamdulillah, walaupun sebenarnya saya mengharapkan insan semahsyur beliau dapat membantu ISLAM selepas memeluk ISLAM seperti yang dilakukan oleh rakannya Yusuf ISLAM (Cat Steven), namun saya tetap lega kerana ALLAH memberikannya hidayah. Continue reading
ISLAM adalah addin yang benar. Dan kebenaran ISLAM bisa sahaja mengetuk pintu hati sesiapa sahaja yang diberi ALLAH akan hidayah & taufiq.
Malangnya, kedengaran kisah kadang2 ada non-muslim yang berminat untuk memeluk ISLAM yang ditangguhkan oleh ustadz/pegawai/wakil Jabatan Agama, malah kita sendiri pun. Ada sebahagian mereka merespon kepada non-muslim ini, dengan berkata:
“Datang pejabat saya minggu depan…”
“Nanti kita setkan appointment ye…”
“Awak dah fikir betul2 ke…?”
“Baca dan kaji dulu…”
“Dah ‘potong’ …?”
“You pergilah pejabat agama…”
Dan lain2 respon yang merugikan si non-muslim itu. Sedangkan hidayah & taufiq telah mengetuk hati fitrah si non-muslim itu untuk memeluk ISLAM.
Inilah senario yang terdapat di Malaysia dan mungkin di lain2 tempat juga. Amat sedih sekali . Sedangkan peluang sebegini bukan selalu mendatangi kita, iaitu peluang membantu si non-muslim menyatakan kesaksiannya kepada ISLAM: mengucap 2 kalimah syahadah. Peluang sehebat ini jarang dilepaskan oleh orang yang tahu akan kebaikannya, seperti video berikut:
Sepatutnya, apabila ada si non-muslim datang kepada kita menyatakan hasrat ingin memeluk ISLAM, railah dia, bantulah dia serta merta agar terbuka luas & mudah untuknya menikmati ISLAM & IMAN ini. Bantulah dia mengucap 2 kalimah syahadah. Selepas itu, barulah kita bawa dia ke pejabat agama dan mengikuti pelbagai prosedur.
Tolonglah…jangan tangguhkan mereka!
Utk mengikuti kisah2 revert/convert-to-ISLAM, sila lawati:
(2) Sebarkanlah bagi tujuan mengajak kepada kebaikan, menyuruh berbuat yang ma`ruf dan mencegah kemungkaran. Silakan, tidak perlu keizinan saya. Cuma, sebaik-baiknya letaklah sumber ambilan tuan/puan bagi memudahkan rujukan pada masa akan datang.
(3) Sebarang teguran, nasihat dan cadangan dari tuan/puan, amat saya alu-alukan.
(1) Blog ini dan pemiliknya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang dicapai dalam laman ini.
(2) Blog ini dan pemiliknya berlepas diri dari iklan-iklan (ads) yang tertera di dalam blog ini (jika ada) kerana iklan-iklan tersebut bukan di bawah kawalan blog ini dan pemiliknya. Ia dijana oleh pihak ke-3 tanpa keredhaan.