Tag Archives: selawat

[An-Nasihah] Solawatlah Ke Atas Nabi SAW

Muka surat 1

Muka surat 2

Jika ada manfaatnya risalah ini, silalah sebarkan dan tampal di papan-papan kenyataan masjid/surau/pejabat atau rumah tuan/puan.  Semoga ALLAH membalasi kebaikan tuan/puan semua dengan ganjaran yang banyak, amin.

Untuk memuat turun (download) dalam versi PDF, sila klik pautan (link) berikut, insyaALLAH: Continue reading


Keutamaan Solawat Ke Atas Rasulullah SAW

Masjid Nabi, Madinah al-Munawwarah.

ALLAH Ta`ala menyuruh orang-orang yang beriman agar bersolawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam melalui firmanNYA:

Maksudnya:

“Sesungguhnya ALLAH dan malaikat-malaikatNYA bersolawat ke atas Nabi.  Wahai orang-orang yang beriman, bersolawatlah kamu sekalian ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

(Surah al-Ahzab, 33 : 56)

ALLAH iaitu Tuhan Yang Maha Mulia, Maha Berkuasa, Maha Agung, Raja Segala Raja dan tidak berhajatkan sesuatu apa pun dari sesiapa, bersolawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.  Para malaikat yang mulia juga bersolawat ke atas Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.

Inikan pula kita yang lemah dan hina.  Inikan pula kita yang tidak berkepastian samada selamat atau tidak dari Api Neraka.  Inikan pula kita yang saban waktu sentiasa pula berhajatkan kesejahteraan dan perlindungan.  Tentulah terlebih-lebih patut kita bersolawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam. Continue reading


CINTA dan IKUT Rasulullah SallAllahu `Alaihi Wa Sallam.

Alhamdulillah.  Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala aali Muhammad.  Amma ba`d.

Apabila tiba bulan Rabi`ul-awwal, di mana-mana pun masyarakat Muslim di seluruh dunia menyambut Maulidur-Rasul.  Maulidur-Rasul disambut bagi memperingati tarikh kelahiran insan mulia, iaitu Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Walaupun terdapat perbezaan pendapat di kalangan para `ulama’ berkenaan tarikh sebenar kelahiran Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam, namun rata-rata masyarakat kita telah menerima bahawa 12 Rabi`ul-Awwal merupakan tarikh lahirnya Baginda ke dunia ini.  Kelahiran Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam membawa bersamanya rahmat ke seluruh alam.  Alhamdulillah.

Di dalam kitab ar-Rahiq al-Makhtum karangan Sheikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri menyatakan bahawa tarikh kelahiran Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam adalah pada hari Isnin, 9 Rabi`ul Awwal tahun pertama peristiwa gajah.  Ia juga bersamaan 20 atau 22 April 571 (M).  Manakala tarikh kewafatan Baginda ialah pada tanggal 12 Rabi`ul Awwal, hari Isnin, tahun ke 11 Hijrah.
Continue reading


%d bloggers like this: