Tag Archives: sifat sifat allah

Siapakah ALLAH?

Banyak ayat-ayat di dalam al-Quran telah memberitahu kita siapakah ALLAH dan bagaimanakah sifat-sifat ALLAH.  Di dalam tulisan ini akan diterangkan secara ringkas siapakah ALLAH sebagaimana yang telah diceritakan sendiri oleh ALLAH di dalam al-Quran iaitu kitab suci yang diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Muhammad (semoga solawat dan salam ALLAH ke atasnya).

Berikut disenaraikan beberapa ayat yang biasa dibaca oleh orang-orang Islam beberapa kali dalam sehari.  Ayat-ayat ini dibaca berulang-ulang kali supaya antara hikmahnya ialah orang-orang yang beragama Islam dan beriman dengan ALLAH faham dan menghayati dengan sungguh-sungguh akan siapakah ALLAH dan bagaimanakah sifat-sifatNYA.

Siapakah ALLAH dan Bagaimana Sifat-sifatNYA?

Surah pertama di dalam al-Quran iaitu surah al-Fatihah ada menceritakan siapakah ALLAH dan bagaimanakah sifat-sifatnya.  Surah ini dibaca berulang-ulang kali oleh umat Islam ketika mengerjakan ibadat solat.  Paling kurang 17 kali dalam satu hari.  Lihat ayat 2-5 yang dari surah tersebut yang menceritakan siapakah ALLAH: Continue reading


%d bloggers like this: