Tag Archives: sifat solat nabi

Diskusi Ilmiah: Kaedah Memahami Hadith & Mengamalkannya – Oleh Ust Adlan

Tajuk:

Kaedah Memahami Hadith & Mengamalkannya

Oleh:

Al-Fadhil Ustadz Adlan bin Aziz (Panel Hadith Al-Ahkam.net)

Tarikh & Waktu:

8 Disember 2011 (Khamis), Selepas solat fardhu Maghrib.

Tempat:

Surau Roudhatul Firdaus, Taman Alam Budiman, Shah Alam.

Peta Lokasi:

Continue reading


Diskusi Ilmiah ‘Sifat Solat Nabi’ Oleh Ust Adlan


Tajuk:

Sifat Solat Nabi sallAllahu `alaihi wasallam

Oleh:

Al-Fadhil Ustadz Adlan bin Aziz (Panel hadith Al-Ahkam.net)

Tarikh & Waktu:

1 Disember 2011 (Khamis), Selepas solat fardhu Maghrib.

Peta Lokasi:

Continue reading


Sifat Solat Malam Nabi SAW

Diriwayatkan dari Abu `Abdullah Hudzaifah bin Al-Yaman radhiAllahu `anhuma (beliau dikenali sebagai pemegang rahsia Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam), beliau berkata:

“Suatu malam aku solat bersama Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.  Sesudah membaca Al-Fatihah, Baginda membaca surah Al-Baqarah, di dalam hati saya berkata, “Mungkin Baginda akan rukuk setelah membaca seratus ayat”.  Tetapi sesudah seratus ayat, Baginda tetap membacanya.  Dalam hati saya berkata lagi, “Mungkin Baginda akan membaca satu surah Al-Baqarah dalam satu rakaat”.  Tetapi setelah selesai membaca satu surah, beliau membaca lagi surah An-Nisa’ sampai selesai.  Setelah itu beliau mulai lagi membaca surah Ali Imran sampai selesai.  Baginda membacanya secara tartil.  Jika bertemu dengan ayat yang mengandungi perintah memohon, maka Baginda memohon.  Dan jika Baginda bertemu dengan ayat yang menyuruh untuk berlindung diri, maka Baginda berlindung diri, iaitu dengan membaca ta`awudz.  Sesudah itu, Baginda rukuk dan membaca, “Subhana Rabbiyal `Azim” (Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung).  Lamanya hampir sama dengan berdiri.  Kemudian Baginda bangkit dari rukuk seraya mengucapkan, “Sami`Allahu liman hamidah, Rabbana lakal hamdu” (ALLAH mendengar orang yang memujiNYA.  Wahai Tuhan kami, hanya bagiMU lah segala pujian), dan berdiri lama, hampir sama lamanya dengan rukuk.  Kemudian beliau sujud dan membaca, “Subhana Rabbiyal A`la” (Maha Suci Tuhan Yang Maha Tinggi), lamanya hampir sama dengan berdiri.”  (HR Muslim) Continue reading


%d bloggers like this: