Tag Archives: smakl

Reunion/Futsal Batch 3 SMAKL

image

  • Program:  Reunion dan Futsal Batch 3 SMAKL.
  • Tarikh:  13 Jun 2015 (Sabtu)
  • Masa:  9 pagi – 1 tengahari
  • Tempat:  UTC Sentul, KL.

Alhamdulillah, lebih kurang 65 orang dapat dikumpulkan pada program ini.  Ada yang sudah biasa jumpa dan dengar berita.  Ada yang sudah lama tidak berjumpa dapat ditemukan di sini.  Ada yang sejak 1993 lagi tidak berjumpa!!!  Memang lama!

Apabila berjumpa begini, terasa macam balik ke tingkatan 1 semula.  Kerana kami semua kenal semasa di tingkatan satu di SMAKL, Wangsa Maju.  Jiwa yang dulu pada tahun 1990 masih jiwa yang sama pada tahun 2015.  Gila-gila dan sifat lama masih ada.  Sangat melucukan dan menggamit kenangan.

Semoga ALLAH pelihara dan berkati kami semua, amin…

Muzir, L274.  SMAKL 1990 – 1993


Kenangan Dari SMAKL

Sabtu lepas, 22/6/2013 telah diadakan Jubli Perak SMAKL-SMKAKL sempena ulangtahunnya yang ke-25 tahun. Alhamdulillah.  Dapat bersua dengan rakan-rakan lama dan juga guru-guru yang pernah berbakti pada diri ini.  Semoga ALLAH memelihara kami semua dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…

Balik dari program tersebut, terasa pulak dalam hati ini ingin berkongsi di blog ini akan sedikit barang yang masih dalam simpanan saya yang mempunyai kaitan dengan SMAKL, sekadar bernostalgia dengan rakan-rakan lama yang mungkin tersinggah ke laman yang dhaif ini.  Ini dia, hehe… : Continue reading


Jubli Perak (25 Tahun) SMAKL-SMKAKL

Makluman khas buat bekas pelajar, guru dan warga SMAKL/SMKAKL.

In shaa’ ALLAH program Sambutan 25 Tahun SMAKL-SMKAKL akan diadakan pada hari Sabtu 22 Jun 2013.  Program dijadualkan bermula pada 8 pagi hingga 11 malam.  Semua yang pernah bergelar pelajar, guru dan kakitangan di sekolah tercinta ini dijemput hadir.

Aturcara program adalah seperti berikut: Continue reading


Bertemu Si Murobbi, Ust Mohamad Awang

Alhamdulillah, Sabtu lepas saya berpeluang bertemu secara empat mata dengan Ust Mohamad Awang di Shah Alam.  Selepas meninggalkan SMAKL pada tahun 1993, rasanya sejak itu saya tidak berpeluang berjumpa dengan Ust Mohamad Awang.  Saya cuma mendapat khabar bahawa beliau sudah berpindah ke Kelantan, ke negeri kelahiran beliau dan membuka pondok pengajian di sana.

Setahu saya, Ust Mohamad Awang mula berkhidmat di SMAKL sekitar tahun 1990 iaitu sejak awal penubuhan SMAKL lagi.  Yang menjadi faktor betapa rindu dan terhutang budinya saya dan semua pelajar-pelajar SMAKL kepada beliau ialah kerana beliau bukan sahaja guru agama, bahkan juga menjadi warden asrama sekolah kami.  Dan yang paling istimewa ialah kediaman Ust Mohamad Awang ketika menjadi warden ialah sangat dekat dengan kami, batch ke-3 SMAKL.  Banyak ragam kami beliau tangani dengan penuh sabar dan hikmah.  Beliaulah ayahanda kami ketika kami jaga dan tidur di SMAKL.  Beliaulah murobbi yang mendidik dan mentarbiyyah kami agar terpahat kami ini dengan jiwa agama. Continue reading


Wahai Adik-adik SMKAKL, Jagalah ALLAH, Nescaya ALLAH Jaga Kamu!

Adik-adik SMKAKL sekalian, terima kasih kerana sudi mendengar dan meluangkan masa mendengar celoteh dari seseorang yang serba kekurangan ini.  Kesabaran kalian duduk 2 jam bersama saya amat saya hargai.  Juga buat Ust Muhammad Abduh yang merealisasikan program tersebut, semoga ALLAH membalas usaha Ustadz dengan kebaikan, amin.

Kepada ALLAH jualah segala pujian diberikan atas peluang dan izinNYA yang menemukan kita semua, alhamdulillah.

Berikut ini saya senaraikan beberapa nasihat penting yang telah kita sama-sama bincangkan Sabtu lalu, 7/1/2012 di surau sekolah.  Mudah-mudahan kalian dapat ingatinya semula, insyaALLAH: Continue reading


Menjenguk Tapak Asal SMAKL Setelah 18 Tahun

Logo asal SMAKL

Saya keluar dari SMAKL (Sek. Men. Agama Kuala Lumpur) pada tahun 1993 selepas ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke tingkatan empat di MRSM Muar.  Bermakna sudah 18 tahun lamanya.  Ketika itu bangunan SMAKL terletak di Bandar Baru Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur.  SMAKL lahir di situ.  Selama tiga tahun saya bersekolah dan berasrama di situ, berkongsi bangunan dengan Sek. Men. Wangsa Maju Seksyen 2.

Sejak itu saya tidak pernah melawat lagi ke tapak asal SMAKL di Wangsa Maju tersebut.  Ini tidaklah bermakna saya tidak menziarahi sekolah saya yang tercinta itu.  Kerana pada tahun 1993, SMAKL telah pun berpindah ke Bandar Menjalara, Kepong.

Sudah beberapa kali saya menziarahi SMAKL yang baru yang terletak di Bandar Menjalara.  Sempatlah jumpa dan bertanya khabar dengan pihak sekolah, terutama dengan bekas guru dan pelajar-pelajar di sana.  SMAKL yang kini digelar sebagai SMKAKL (Sek. Men. Keb. Agama Kuala Lumpur) terdiri daripada bangunan sekolah yang indah, kawasannya luas, kemudahannya canggih, kelas dan asramanya selesa.  Jauh lebih baik dari keadaannya dari sekolah asal di Wangsa Maju, tempat kami belajar.

Ahad lepas pada 25/9/2011, kami ada buat perjumpaan semula.  Inisiatif ini telah dilakukan oleh Abang Jef Hazimin yang merupakan salah seorang bekas pelajar dari  batch pertama SMAKL.  Saya batch ketiga. Continue reading


Ust Hassan Meninggal Dunia

10/12/09

“Muzir, kau tahu tak Ustadz Hassan dah meninggal dunia 3.30 petang tadi?  Tadi aku ada baca tulisan kau pasal ziarah Ust Hassan, tiba-tiba lepas tu aku dapat berita kematian Ust Hassan daripada Fauzi”

Berita tersebut disampaikan kepada saya oleh Aziz melalui panggilan telefon pada jam 6.50 petang.  Sejurus kemudian, Abang Naufal pula menelefon memberitahu hal yang sama.  Saya terkejut kerana baru sahaja minggu lepas saya dan abang Naufal menemui beliau di rumahnya di Klang.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Berita tersebut mula disebarkan oleh bekas-bekas pelajar SMAKL melalui SMS, email dan Facebook.  Ramai yang mengetahui tentang berita tersebut, telah hadir pada malam 10/12/09 di rumah al-marhum Ust Hassan di Klang.  Namun, bukan semua yang dapat berita tersebut berkesempatan hadir pada malam tersebut, termasuklah saya.  Saya beritahu Abang Naufal, bahawa saya akan pergi keesokan harinya, iaitu hari di mana akan dilakukan mandi, solat jenazah dan pengebumian, insyaALLAH

11/12/09

Hari ini, 11/12/09 saya hadir seawal jam 8.30 pagi.  Continue reading


Ziarah Ust Hassan Yasin, Bekas Pengetua SMAKL

Logo SMAKL

Tahun lepas (2008), memang saya kadang-kadang tertanya-tanya di manakah Ustadz Hassan bin Yasin kini?  Teringat sifat kebapaan yang ada pada beliau, senyum dan lembut beliau.  Ustadz Hassan adalah Pengetua pertama SM Agama Kuala Lumpur (SMAKL) yang ketika itu lokasi asalnya di Bandar Baru Wangsa Maju.  Kini, SMAKL dikenali dengan nama SMKAKL, iaitu SM Kebangsaan Agama Kuala Lumpur dan terletak di Bandar Menjalara, Kepong, Kuala Lumpur.  Saya tak sempat bersekolah di sekolah baru di tempat tersebut.

**Untuk membaca sejarah ringkas penubuhan SMAKL, KLIK SINI!

Alhamdulillah, berita tentangnya telah saya perolehi dari seorang ustadzah yang mengajar di sebuah sekolah aliran agama di Klang.  Beliau menceritakan serba sedikit perihal Ustadz Hassan setelah mengetahui bahawa saya merupakan bekas pelajar SMAKL.  Beliau memberikan nombor telefon Ustadz Hassan untuk dihubungi, malangnya nombor tersebut telah hilang dari simpanan.  Terpaksa tangguh dulu hasrat untuk berjumpa beliau.

Beberapa bulan kemudian, bekas-bekas pelajar batch-1 merancang untuk berjumpa ustadz Hassan.  Continue reading


Gambar Kenangan di SMAKL & MRSM Muar

Sedikit gambar kenangan ketika di SMAKL (1990-1992) dan MRSM Muar (1993-1994) yang sempat di’scan’:

  • 4 gambar di atas:  SMAKL
  • 4 gambar di bawah:  MRSM Muar

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
6 Julai 2009


Lagi Gathering 3rd Batch SMAKLian

Semalam, 21 JUN 2009 ada gathering kat rumah Joe di Kg Pandan. 

Joe mintak tolong aku hebahkan pada kawan2 yang lain.  Aku setakat SMS je kat kawan2 yang aku sempat ingat.  Sebelum datang, Abi ada tanya aku jamuan apa?  Entah, aku pun tak tahu.  Rasa2nya, jamuan masuk rumah kot.  Sebab dulu Joe ada bagitau rumah dia buat renovation sikit, lepas tu dia nak pindah masuk lepas siap semua sekali.

Sampai kat sana, wife aku tengok belon, tengok hadiah, tengok goodies utk budak2, Continue reading


%d bloggers like this: