Tag Archives: solat

Antara Bahuku dan Bahunya Ada Syaitan!

Selepas saya mengangkat takbiratul-ihram, seorang pakcik berjubah dan berserban datang masuk ke dalam saf di sebelah kanan saya.  Berdirinya agak renggang dengan saya, kira-kira sehasta dari bahu saya.  Dalam hati, saya berharap agar beliau merapati saya.  Namun saya kecewa.

Pada qiam rakaat kedua, saya mencuit halus lengannya agar beliau merapati saya.  Beliau tidak mengendahkannya.  Saya kecewa.  Kerana saf tidak rapat dan Syaitan pula menyelit-nyelit di kawasan kosong itu.  Di antara bahu saya dan bahu pakcik tersebut ada Syaitan!

Hal mengenai Syaitan ini ada disebut oleh Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam yang maksudnya: Continue reading


Kaedah Untuk Mendapatkan Khusyu` Dalam Solat

Telah berkata Sheikh Dr Abu Anas di dalam kuliahnya tentang khusyu` dalam solat, beliau mengatakan ada 5 kaedah untuk mendapat khusyu` di dalam solat, iaitu: Continue reading


Anak-anak Belajar Tentang Jenazah & Kubur (2)

Sambungan dari:  https://muzir.wordpress.com/2011/10/17/anak-anak-belajar-tentang-jenazah-kubur-1/

Perjalanan dari masjid ke tanah perkuburan adalah lebih kurang dalam 7km sahaja.  Tidak jauh.  Sambil memandu, saya menerangkan kepada anak-anak tentang misi seterusnya supaya mereka faham apa nak buat.

“Alhamdulillah, selepas solat jenazah kita nak pergi kubur pulak”  Terang saya.

“Jauh ke?”  Nabilah bertanya.

“Tadi Abah tanya kat pemandu van jenazah, dekat je.  Kat Puncak Alam je.”  Jawab saya.

“OK, macam Abah cakap kat Umi pagi tadi, ni Abah nak terangkan semula kat anak-anak Abah apa kelebihan kita solat jenazah dan iringi jenazah ke kuburan ya…”  Saya mengambil perhatian anak-anak saya.

Kelihatan semua menumpukan perhatian ke atas apa yang bakal saya ucapkan, kecuali Jannah.  Jannah yang baru berumur dua tahun lebih sibuk dengan kerjanya sendiri…

“Kita datang ziarah jenazah, solat jenazah dan iringi jenazah ke kuburan ini adalah kerana ia saranan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam…”  Saya memulakan nasihat. Continue reading


Anak-anak Belajar Tentang Jenazah & Kubur (1)

Suatu pagi, di dalam kenderaan…

“Abah, kita nak pergi mana ni?”  Tanya Faisal hairan dengan jalan yang dipilih oleh saya pagi itu.

“Kita nak pergi sarapan.  Lepas tu pergi masjid.  Kemudian kita akan pergi ke kubur pulak”  Jawab saya sambil memandu kenderaan.

“Kubur?  Kubur tu apa Abah?”  Tanya Faisal lagi.

“Kubur tu tempat tinggal orang yang sudah meninggal dunia.”  Terang saya.

“Meninggal dunia?”  Faisal tercengang.

“Meninggal dunia tu matilah.  Kubur tu tempat orang yang sudah mati”  Jelas saya semula.

“Ooo…  Kubur tu kat mana Abah?”  Faisal dengan semangat bertanya. Continue reading


[Video] Sifat Solat Sempurna – Oleh Dr Abdul Basit

Video ini ada 10 bahagian semuanya.  Apabila habis ditonton video di atas, akan dipaparkan ‘NEXT’ untuk ke video seterusnya.  Atau kalian boleh juga ke Orekelatekito’s Channel untuk menyambung kuliah ke bahagian ke-2 dan seterusnya.

Mudah-mudahan dengan mendengarnya sehingga habis, dapat kita memperbaiki cara solat kita agar menepati sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi kita, Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam, amin…

Sebarkan!

www.muzir.wordpress.com


Zikir Selepas Solat Menurut Sunnah

Berikut adalah poster Zikir Selepas Solat Dari Sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam: (klik untuk dibesarkan saiznya)

Diharap kita semua dapat mempelajarinya dan mengamalkannya, insyaALLAH.  Sebarlah kepada semua orang, supaya pahala orang yang menyebarkannya digandakan ALLAH Ta’ala, amin…

www.muzir.wordpress.com


Telefon Berdering Ketika Solat

 

deringan-telefon-waktu-solat

“Tanya sama pokok, apa sebab goyang…Nanti jawab pokok, angin yang goncang…Tanya sama angin, apa sebab goncang…Nanti kata angin, tanyalah awan…”

Tiba-tiba, lagu P.Ramlee (agaknyalah) yang dinyanyikan oleh seorang perempuan seperti kisah2 lama di dalam TV berkumandang di tengah-tengah saf solat Maghrib.  Bunyinya lucu juga.  Berkali-kali ia berbunyi,  2-3 round.

Pastinya deringan telefon tersebut mengganggu lain-lain ahli jemaah yang sedang berkomunikasi dengan ALLAH di dalam solat.  Kekusyukan mereka terganggu.  Dan pastinya juga pemilik telefon bimbit tersebut berasa resah dan malu atas kecuaian beliau tidak mematikan telefon bimbit sebelum memulakan solat.

Tidak sepatutnya deringan telefon berbunyi sewaktu seseorang sedang solat.  Apatah lagi sedang bersolat berjemaah.  Deringan kosong sahaja sudah menyakitkan telinga, inikan pula muzik dan nyanyian.  Continue reading


%d bloggers like this: