Tag Archives: sufi

Si Sufi, Haraki, Tablighi & Salafi

solat jumaat
 
Si Sufi tidak benar,
Jika dia hanya menumpukan pada soal hati,
Tapi sangat taksubkan sheikh murobbi,
Mengambil agama berdasarkan mimpi-mimpi,
Bertariqatkan guru sehidup semati.
 
Si Haraki tidak benar,
Jika dia hanya bersemangat perjuangkan agama,
Tapi menuntut ilmu syariah tidak menjadi utama,
Sumber agama bercampur aduk caca merba,
Al-Wala dan Al-Bara ikut versi kumpulan mereka. Continue reading

[Video] Jauhilah Kumpulan Tareqat & Aliran Sufi

Ummat ISLAM pada akhir zaman ini ramai bilangannya, tetapi mereka ibarat buih banjir, iaitu tidak berkualiti.  Jika dibandingkan dengan kualiti ummat ISLAM pada zaman salafussoleh, walaupun bilangan mereka tidaklah ramai, tetapi kualiti mereka sangat hebat.  Formulanya ialah mereka berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Kita pada hari ini bukan sahaja dihinggapi penyakit cintakan dunia dan takutkan mati, malah ada sebahagian ummat ISLAM yang dilihat seakan mereka ini hidup beragama, tetapi sebenarnya kualiti agama yang ada pada diri mereka sangat jauh dari yang sebenar yang telah ditinggalkan oleh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.

Besar serban mereka, panjang janggut mereka, putih seragam jubah mereka. Namun sayang, amalan-amalan mereka sangat jauh menyimpang dari petunjuk Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.  Lihat sahaja video yang dipetik dari youtube berikut: Continue reading


%d bloggers like this: