Tag Archives: sumpah

Sumpah & Qadzaf – Dr Wahbah az-Zuhaily

Sambungan dari:  https://muzir.wordpress.com/2011/05/16/hakikat-ujian-kepada-orang-yang-beriman-dr-wahbah-az-zuhaily/

Selepas Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily menyampaikan tentang hakikat fitnah dan ujian serta peranan iman dan ilmu untuk berhadapan dengannya di dalam muqaddimah syarahan, beliau seterusnya memberikan tiga contoh peristiwa untuk menerangkan perihal tajuk yang diberi, iaitu:

  1. Tuduhan zina yang dilemparkan kepada saidatina `A’isyah radhiAllahu `anha oleh kepala munafiqin, `Abdullah bin Ubay bin Salul.
  2. Tuduhan zina oleh seorang suami kepada isterinya.
  3. Mubahalah antara orang Kristian Najran dengan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.

Tuduhan Zina

Di dalam peristiwa pertama iaitu tuduhan zina terhadap saidatina `A’isyah radhiAllahu `anha oleh `Abdullah bin Ubay bin Salul, Sheikh menerangkan bahawa ALLAH telah menjelaskan terdapat sebelas ayat di dalam al-Quran, menetapkan bahawa mana-mana tuduhan zina terhadap orang lain yang terpelihara kehormatannya mestilah dikemukakan dengan empat saksi.

Jika pihak yang menuduh tidak dapat mengemukakan empat saksi, maka pihak yang menuduh ini dikira sebagai pendusta atau munafiq di sisi ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.  Nas secara qat`i telah mensyaratkan perlunya empat saksi dalam hal penuduhan zina seperti ini.  Ia mesti dipatuhi. Continue reading


Hakikat Ujian Kepada Orang Yang Beriman – Dr Wahbah az-Zuhaily

Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily

Alhamdulillah, pada 14/5/2011 Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily telah sudi untuk menyampaikan syarahan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.  Syarahan yang bertajuk “Sumpah & Qazaf” itu telah bermula tepat jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang.  Tuan Guru Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah dijemput sama pada majlis tersebut sebagai penterjemah syarahan.

Sebelum Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily memulakan syarahannya, beliau memohon kepada ALLAH Ta`ala agar kita semua diberikan kefahaman dalam agama, ditambahkan ilmu agama, diberi keberkatan dan dijauhi dari segala kejahatan.

Beliau mengingatkan para hadirin bahawa kehidupan di dunia ini penuh dengan bermacam-macam ujian.  Ujian-ujian itu mungkin datang samada disebabkan oleh diri sendiri atau boleh juga disebabkan oleh perbuatan orang lain. Continue reading


Khutbah Jumaat Dr Abd Basit: Isu Fitnah Dan Sumpah

Assalamu’alaikum…

Mutaakhir, negara telah dihebohkan dengan berita berunsur fitnah dan saranan sumpah.  Saya secara peribadi mencegah diri dari heboh membicarakannya, apatah lagi mensensasikannya.  Kenapa?  Klik.

Berikut adalah khutbah Jumaat Dr Abdul Basit Abd Rahman, Pondok Sungai Durian mengupas isu semasa berkaitan dengan fitnah dan sumpah.  Video di bawah saya petik dari laman al-Ahkam.net.  Mudah2an ia bermanfaat, insyaALLAH:

Video 1/3:

Video 2/3 (sambungan):

Video 3/3 (sambungan):


%d bloggers like this: