Tag Archives: syamail muhammadiyyah

Kitab Hadith Yang Ringan, Murah, Mudah & Baik Dimiliki

Kita semua cintakan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Sebagai bukti cinta kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam, maka tidak boleh tidak, kita hendaklah melakukan perkara-perkara berikut:

  1. Ketahui ajaran-ajaran dan seruan-seruannya,
  2. Ikuti ajaran-ajaran dan seruan-seruannya, dan
  3. Sebarkan ajaran-ajaran dan seruan-seruannya.

Dengan cara inilah, maka kita dapat memanifestasikan cinta sebenar kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Bagaimana mahu tahu apakah ajaran-ajaran Baginda?

Selain al-Quran yang merupakan sumber utama dan pertama ajaran Islam untuk kita hayati sungguh-sungguh, hadith-hadith juga merupakan sumber utama untuk kita ketahui, ikuti dan sebar-sebarkan.

Ada banyak kitab-kitab hadith yang boleh didapati yang menyenaraikan kata-kata dan ajaran-ajaran Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam.  Namun di sini ingin saya kongsikan beberapa kitab hadith yang ringan, murah, mudah, baik dimiliki dan sudah pun diterjemahkan ke bahasa Melayu atau Indonesia supaya mudah difahami oleh orang kebanyakan seperti kita.  Antaranya ialah: Continue reading


Manfaat Majlis Sama` Hadith Buat Saya

Inilah iklan yang menjadi sebab saya mula mengenali majlis sama` hadith.

Terus terang saya katakan bahawa pada mulanya saya tidak berasa terlalu bersemangat untuk menghadiri majlis sama` (mendengar) hadith.  Saya mendapat makluman bahawa majlis sama` hadith akan diadakan di KUIS dan IIS pada dua hari yang berturut-turut.  Di KUIS, diadakan majlis sama` hadith-hadith dari kitab Syamaa’il Muhammadiyyah susunan Imam at-Tirmidzi.  Dan di IIS pula diadakan majlis sama` hadith-hadith dari kitab Hadith 40 susunan Imam an-Nawawi.

Kenapa tidak minat?   Continue reading


Cara Rasulullah SAW Tertawa & Bergurau

Imam at-Tirmidzi di dalam kitabnya yang masyhur, Syama’il Muhammadiyyah telah menyenaraikan beberapa hadith yang menggambarkan cara Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam tertawa dan bergurau.  Berikut adalah beberapa hadith yang dipetik dari kitab tersebut:

Cara Rasulullah Tertawa

`Abdullah bin al-Harith berkata yang maksudnya:

“Aku tidak pernah melihat seseorang yang tersenyum lebih banyak daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.”  (HR at-Tirmidzi) – Hadith ini bertaraf sahih.

`Abdullah bin al-Harith berkata yang maksudnya:

“Tidaklah ketawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam melainkan hanya tersenyum.”  (HR at-Tirmidzi) – Hadith ini bertaraf sahih.

Abu Dzar berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya: Continue reading


[Video] Indahnya Rupa Rasulullah SAW

Untuk versi artikel, silalah klik sini.

Sekadar berkongsi,

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
2 Februari 2012.

Kuliah Syama’il Muhammadiyyah – oleh Ust Adlan

Dijemput kepada semua untuk hadir ke kuliah permulaan menggunakan kitab Syama’il Muhammadiyyah karangan Imam at-Tirmidzi.  Butiran kuliah adalah seperti berikut:

  • Tarikh:  3/2/2012 (Jumaat)
  • Masa:  Selepas solat fardhu Maghrib
  • Disampaikan oleh:  Ust Adlan Abd Aziz
  • Lokasi:  Surau Raudhatul Firdaus, Taman Alam Budiman, Seksyen U10 Shah Alam.
InsyaALLAH, kuliah ini akan diadakan secara bulanan.

Indahnya Rupa Fizikal Rasulullah SAW

Bismillah walhamdulillah.  Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala ali Muhammad, kama sollaiTA `ala Ibrahim wa `ala ali Ibrahim.  InnaKA Hamidun Majid.

Berikut ini saya petik beberapa hadith yang menerangkan ciri-ciri fizikal insan yang kita telah banyak terhutang budi dengannya, insan yang kita cinta, insan yang kita kasih, insan yang kita ikut, iaitu Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.

Hadith-hadith ini telah saya salin dari kitab yang sangat terkenal iaitu kitab Syama’il Muhammadiyah (kesempurnaan Nabi Muhammad) yang disusun oleh Imam at-Tirmidzi.  Kitab ini menyenaraikan sifat-sifat fizikal, sifat-sifat akhlaq dan cara kehidupan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam secara agak terperinci.

Hadith 1:

Jabir bin Samurah radhiAllahu `anhu berkata:

“Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, Baginda memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang Baginda dan bulan silih berganti. Bagiku, Baginda lebih indah daripada bulan purnama”

(HR at-Tirmidzi)

Hadith 2:

Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata: Continue reading


%d bloggers like this: