Tag Archives: tarbiyah

Paksa Diri Untuk Biasakan Diri

Kadang-kadang kita berasa kagum dengan kehebatan seseorang yang boleh istiqamah yakni berterusan dalam melakukan amal-amal soleh.  Rasa cemburu pun ada juga.

Kita tertanya-tanya bagaimana seseorang lelaki itu boleh setiap waktu mendirikan solat fardhunya di masjid?  Bagaimana lelaki itu boleh setiap malam bangun untuk mendirikan solat-solat sunat?  Bagaimana dia boleh istiqamah dengan puasa sunat hari Isnin dan Khamis?  Hairan macam mana dia boleh setiap hari menghabiskan berjuz-juz lembaran dari al-Quran?  Kagum bagaimana dia boleh berterusan dapat hadir ke majlis-majlis ilmu setiap kali diadakan?  Pelik bagaimana seseorang wanita itu boleh istiqamah dan tahan dengan pakaian yang tebal, bertudung labuh, malah berniqab pula?

Dari mana mereka dapat kekuatan untuk istiqamah ini??!

Continue reading


Ramadhan Mentarbiyah Aqidah, Ibadah & Akhlaq Insan

Aqidah, ibadah & akhlaq insan menjadi segar sepanjang Ramadhan

Ramai para ulama menggelar bulan Ramadhan sebagai bulan tarbiyah.  Di dalamnya penuh dengan rahmat & keampunan ALLAH `Azza wa Jalla.  Ditambah pula makhluq ALLAH yang bernama Syaitan telah digari dan dibelenggu sepanjang bulan yang mulia ini.  Disebabkan oleh musuh utama manusia iaitu Syaitan itu telah dikeluarkan dari diari hidup manusia buat sementara waktu, maka manusia berupaya beroleh kekuatan tambahan dalam membentuk diri untuk meletak bekalan taqwa ke dalam dada masing-masing.

Betapa ramai manusia yang tiba-tiba menjadi dekat dengan ALLAH dan jinak dengan masjid apabila Ramadhan datang menziarahi hidup mereka.  Inilah barakah yang terdapat di bulan Ramadhan yang tidak ada pada bulan-bulan yang lain. Continue reading


Ibubapa Terpalit Malu!

Saya sampai ke sekolah anak saya pukul 6.30 petang.  Banyak kenderaan sudah beratur panjang bergerak sedikit demi sedikit untuk mengambil anak masing-masing.  Saya melihat ke luar tingkap.  Melihat telatah anak-anak sebangsa dan seagama yang sedang menunggu ibubapa masing-masing.  “Oh ALLAH, KAU peliharalah mereka semua, amin…”

 

Alangkah sedihnya melihat tingkahlaku sebegini (Gambar sumber internet)

Tiba-tiba, saya terpandang 2 orang budak lelaki berumur dalam lingkungan 7 tahun berkejaran di tepi jalan.  Lebih mengejutkan, apabila salah seorang daripada mereka menjerit sekuat hati:

“F*ck kau.  B*biiiiii !!!!” sambil membaling batu kecil ke arah rakannya itu.  Selepas itu dibuatnya pula isyarat tangan yang memberi maksud mencarut.

Astaghfirullah, terkejut saya dibuatnya.  Mata saya memandang ke kanan dan ke kiri untuk mencari ibubapanya.  Tetapi tidak kelihatan.  Belum sampai lagi agaknya.

Dalam hati saya berkata: “Astaghfirullah.  Siapalah mak ayah budak ni.  Dari manalah dia belajar ni semua?…” Continue reading


%d bloggers like this: