Tag Archives: tazkirah

Mudahnya Untuk Mendapat Ganjaran ALLAH

Dalam kehidupan seharian, kita sentiasa mempunyai pilihan samada untuk berbuat kebaikan atau keburukan. 

Seseorang yang melakukan solat, puasa, zakat, menggembirakan ibubapanya, menuntut ilmu, menyebarkan  seruan ALLAH dan RasulNya, menyampaikan hajat saudaranya, membuang halangan di jalanan dan lain-lain amalan mulia, sudah pasti itu semua termasuk dalam perkara-perkara yang terpuji dan diganjari ALLAH subhanahu wata’ala dengan ganjaran pahala.

Sebaliknya, seseorang yang tidak solat, menderhakai ibubapanya, tidak amanah, menyakiti hati jiran dan rakan, mengumpat, menfitnah dan bermacam lagi perbuatan tidak bermoral lain, sudah tentu akan      mengundang kemurkaan ALLAH dan berdosa. Continue reading


Oh Muslim, Bahagiakanlah Ibumu.

Setiap insan yang hidup di muka bumi pasti lahir melalui ibunya.  Ibunyalah yang mengandungkannya.  Dengan penuh susah payah kandungan itu dibawa pada setiap masa ke setiap tempat.  Selama lebih kurang 9 bulan lamanya.  Selepas itu terpaksa pula bertarung dengan kesakitan yang amat dahsyat melahirkannya.  Ibu sanggup menaruh nyawa untuk kelangsungan hidup anak yang bakal dilahirkan. 

 

فَأَجَاءَهَا الْمَخَاضُ إِلَى جِذْعِ النَّخْلَةِ قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَذَا وَكُنْتُ نَسْيًا مَنْسِيًّا

Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: “Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan”.  Surah Maryam:  23.

Selepas itu ibu menyusukannya pula dengan penuh kasih sayang, membesarkannya, mendodoikan tidurnya, menyikatkan rambutnya, memandikannya, membancuh minuman kesukaan anaknya, membasuh kasut dan baju anaknya, memakaikannya dengan pakaian, mendidiknya, memujuknya, bermain dengannya, menyapu air matanya, mendukungnya ke mana sahaja tempat dituju dan sebagainya.  Pendek kata, keseluruhan hidup insan akan sentiasa melibatkan ibunya.  Tidak pernah putus belas kasih, sayang dan sumbangan ibu kepada anaknya sejak sebelum lahir sehingga mencecah usia insan itu pada hari ini.

Darjat ibu sangat tinggi.  ALLAH subhanahu wata’ala selalu berfirman di dalam al-Quran tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa.  Antaranya:  Continue reading


Telefon Berdering Ketika Solat

 

deringan-telefon-waktu-solat

“Tanya sama pokok, apa sebab goyang…Nanti jawab pokok, angin yang goncang…Tanya sama angin, apa sebab goncang…Nanti kata angin, tanyalah awan…”

Tiba-tiba, lagu P.Ramlee (agaknyalah) yang dinyanyikan oleh seorang perempuan seperti kisah2 lama di dalam TV berkumandang di tengah-tengah saf solat Maghrib.  Bunyinya lucu juga.  Berkali-kali ia berbunyi,  2-3 round.

Pastinya deringan telefon tersebut mengganggu lain-lain ahli jemaah yang sedang berkomunikasi dengan ALLAH di dalam solat.  Kekusyukan mereka terganggu.  Dan pastinya juga pemilik telefon bimbit tersebut berasa resah dan malu atas kecuaian beliau tidak mematikan telefon bimbit sebelum memulakan solat.

Tidak sepatutnya deringan telefon berbunyi sewaktu seseorang sedang solat.  Apatah lagi sedang bersolat berjemaah.  Deringan kosong sahaja sudah menyakitkan telinga, inikan pula muzik dan nyanyian.  Continue reading


CINTA dan IKUT Rasulullah SallAllahu `Alaihi Wa Sallam.

Alhamdulillah.  Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala aali Muhammad.  Amma ba`d.

Apabila tiba bulan Rabi`ul-awwal, di mana-mana pun masyarakat Muslim di seluruh dunia menyambut Maulidur-Rasul.  Maulidur-Rasul disambut bagi memperingati tarikh kelahiran insan mulia, iaitu Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Walaupun terdapat perbezaan pendapat di kalangan para `ulama’ berkenaan tarikh sebenar kelahiran Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam, namun rata-rata masyarakat kita telah menerima bahawa 12 Rabi`ul-Awwal merupakan tarikh lahirnya Baginda ke dunia ini.  Kelahiran Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam membawa bersamanya rahmat ke seluruh alam.  Alhamdulillah.

Di dalam kitab ar-Rahiq al-Makhtum karangan Sheikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri menyatakan bahawa tarikh kelahiran Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam adalah pada hari Isnin, 9 Rabi`ul Awwal tahun pertama peristiwa gajah.  Ia juga bersamaan 20 atau 22 April 571 (M).  Manakala tarikh kewafatan Baginda ialah pada tanggal 12 Rabi`ul Awwal, hari Isnin, tahun ke 11 Hijrah.
Continue reading


%d bloggers like this: