Tag Archives: tgna

Infaq Jariah & Pelupusan Harta Haram Bagi Membina Lebuhraya di Kelantan

Dalam usaha ramai ahli masyarakat mahu berhijrah kepada institusi kewangan Islami hasil dari insafnya mereka bahawa riba itu haram, riba itu dosa besar, tentu ada yang tertanya-tanya bagaimana hendak dilupuskan wang yang terhasil dari riba yang selama ini mereka telah perolehi, bukan?  Sebenarnya ini adalah antara soalan-soalan yang selalu ditanya oleh kaum muslimin kita yang benar-benar sudah taubat dari terlibat dengan sistem kewangan riba.  Adakah mahu dibuang duit haram itu?  Bolehkah pula digunakan?  Atau bagaimana caranya untuk melupuskannya?

Tentu ramai sudah mendapat jawapan hasil dari diskusi dan ceramah mengenai hal ini.  Ya, wang haram yang terhasil dari ‘bunga’ atau interest dari institusi kewangan konvensional tidak boleh dimanfaatkan oleh kita.  Contohnya, jika si A memperolehi duit riba hasil dari perbankan konvensional, maka duit itu tidak boleh dimanfaatkan olehnya dan ahli keluarganya.

Lalu, bagaimana?  Adakah mesti dibuang wang haram itu?  Tidak, jangan pula dibuang.  Walaupun tidak boleh dimanfaatkan oleh diri sendiri dan keluarga, namun ia masih boleh memberikan manfaat kepada masyarakat lain.  Antaranya diserahkan kepada:

  • Institusi baitulmal,
  • pusat zakat
  • pihak lain yang memerlukan, contohnya faqir dan miskin.

Para ilmuan agama yang membicarakan hal ini juga selalu memberikan contoh bahawa duit haram sebegitu boleh digunakan untuk pembinaan infrastruktur awam seperti:

  • membina tandas orang ramai,
  • pagar masjid/sekolah,
  • menambahbaik kemudahan awam,
  • membina tempat letak kereta,
  • membina jambatan
  • jalanraya/lebuhraya.

Di dalam tulisan ini, saya ingin mewar-warkan suatu peluang atau jalan untuk anda melupuskan harta haram tuan/puan.  Selain melupuskan harta yang terbit dari institusi riba dan haram, tuan/puan juga amat digalakkan untuk berinfaq jariah melalui harta tuan/puan yang lain.  Peluang ini boleh dijadikan alternatif buat tuan/puan dalam merebut kesempatan yang diberikan ALLAH Ta`ala untuk berbuat kebaikan.

Continue reading


Kemuncup Di Padang Dakwah

Berjalan di padang yang berkemuncup memang tidak dapat dielakkan dari kemuncup itu melekat di kaki seluar.  Adalah kurang bijak jika seseorang itu asyik berhenti di tengah padang untuk membuang kemuncup yang melekat kerana sudah tentu kemuncup-kemuncup akan melekat lagi di kaki seluarnya.

Yang lebih baik ialah abaikan dahulu kemuncup-kemuncup yang melekat itu dan teruskan langkah hingga sampai di tempat sesuai yang tiada kemuncup lagi.  Di situ cabutlah semuanya.  Perbuatan ini tentunya lebih produktif dan efektif.

Perumpamaan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (TGNA) di atas telah digunakan oleh Tuan Guru Dr Abdul Basit Abd Rahman sebagai selingan dalam memberikan nasihat kepada para hadirin di Yayasan Ta`lim pagi tadi yang menyentuh soal adab menuntut ilmu.  Ia ditujukan terutamanya buat para pendakwah dalam menangani kemuncup yang mungkin mengganggu di padang dakwah.  (Semoga ALLAH memelihara kedua-dua tuan guru, amin) Continue reading


Pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Dah lama saya berhajat untuk berjumpa secara empat mata dengan Tuan Guru Nik Aziz.  Selama ini hanya berkesempatan melihat melalui kaca TV atau dari jauh sahaja.  Mengenangkan keadaan beliau yang semakin berusia, jadi hajat itu mesti segera ditunaikan.  Saya risau jika ‘tidak sempat’.

Dua kali perancangan saya hendak ke Kelantan bertemu beliau gagal disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.  Namun, alhamdulillah, beberapa minggu selepas itu, tiba-tiba saya mendapat SMS dari seorang sahabat dari Masjid Asy-Syarif, Meru, Klang bahawa Tuan Guru Nik Aziz akan memberi tadzkirah ringkas di masjid tersebut. 

Sungguh tidak disangka.  Rupa-rupanya kedatangan TGNA ke masjid tersebut memang tidak dijadualkan pada awalnya.  Pihak masjid hanya confirm program tersebut pada tengaharinya.  Dan saya mendapat SMS tentang hal itu hanya pada sebelah petangnya.  Jadi, memang tak ramai yang tahu. Continue reading


%d bloggers like this: