Debat semalam telah membuka era baru kepada keterbukaan suasana politik di Malaysia. Peluang dan ruang sebegini tidak pernah dinikmati oleh rakyat Malaysia sejak puluhan tahun. Program debat semalam wajar mendapat pujian ramai pihak, terutama buat Agenda Daily, TV3, TV9 dan pendebat yang telah sudi bersua muka di pentas siaran langsung.

- Tahniah! Tahniah!
Pada saya, DS Anwar (DSA) telah berjaya menyampaikan hujah yang lebih berisi dan mudah untuk difahami rakyat berbanding Datuk Ahmad Shabery (DAS). Mungkin pihak kerajaan boleh mempertimbangkan mengambil dan mengembangkan idea2 DSA untuk manfaat rakyat dan negara.
Tajuk “Hari Ini Perintah, Esok Turun Harga Minyak” telah diperjelaskan oleh DSA secara ringkas mekanismenya tanpa dipengaruhi asakan dan strategi DAS yang suka menyerang peribadi sepanjang proses debat. DAS sepatutnya menumpukan kepada penerangan justifikasi harga minyak naik, terutama dalam memujuk rakyat yang masih terpinga-pinga dengan soalan, “Kenapa tinggi macam tu? Kenapa sekarang?”. Dan barangkali beliau boleh mempertikaikan kemampuan untuk merealisasikan tajuk debat yang boleh disifatkan agak retorik.
Apapun, saya ucapkan tahniah atas perkembangan yang sangat baik ini. InsyaALLAH, dengan adanya program2 sebegini pada masa akan datang, ia boleh mencambahkan pemikiran rakyat yang sebelum ini jumud dan statik dengan satu2 pihak sahaja. Pros dan cons yang diperolehi melalui program debat antara pemimpin akan dapat dicerna oleh rakyat, seterusnya melahirkan masyarakat yang ulul albab sifatnya.
Cuma, apa yang lebih penting dari itu adalah untuk mengambil point2 yang bermanfaat untuk dilaksanakan supaya rakyat sejahtera. Jangan pula debat tinggal debat, malah hanya digunakan untuk menaikkan populariti masing2.
Walaupun debat sebegini mempunyai kelemahannya juga, namun ramai menaruh harapan agar ia diteruskan.
–Gambar di atas saya perolehi dari Institut al-Qayyim.
Like this:
Like Loading...