Tag Archives: www.zaharuddin.net

Tak boleh buka www.zaharuddin.net

Masuk hari ni, seingat saya sudah hampir 2 minggu 4 hari (ustadz Zaharuddin betulkan bil hari melalui email, 😉 ) laman web ustadz Zaharuddin (www.zaharuddin.net) gagal untuk saya buka.  Setiap kali saya cuba membukanya, akan terpapar mesej berikut:

uzar-fail-to-open

Sangat mengecewakan! 😦

Laman ustadz Zaharuddin memang telah menjadi laman kesukaan saya sejak ia mula2 diterbitkan.  Sebelum laman web ustadz diterbitkan, sebenarnya telah wujud laman forum yang telah diusahakan oleh beliau, namun penyertaan daripada pengunjung sangat sedikit.

Saya tertanya2 “apa yg berlaku pada laman web ustadz? Kena hack ke?”.  Jadi semalam saya telah hantar email kepada beliau.  Dan hari ni beliau telah menjawab.  Fuh efficient sungguh ustadz ni.

Daripada email tersebut, ustadz Zaharuddin mengatakan bahawa terdapat masalah pada hardware server pada syarikat yang menjaga laman web beliau (www.zaharuddin.net) di Malaysia.  Syarikat tersebut sedang dalam usaha untuk membaikinya.  Ustadz Zaharuddin tak tahu bila akan siap.

Kita sama2lah doa agar laman web ustadz Zaharuddin cepat pulih supaya kita segera mendapat manfaat hasil dari penulisan beliau yang berkarisma, amin.

 


%d bloggers like this: