Tag Archives: yusuf qaradawi

Beberapa Input Penting Dari DYQ Pada Pertemuan Dgn PAS Pusat

Berikut saya petik beberapa perkara yang dapat dimanfaatkan oleh kita sebagai ummat ISLAM di Malaysia hasil perbincangan Al-‘Allamah Prof Dr Yusuf al-Qaradawi dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) baru-baru ini.  Catitan berikut saya petik dari sumber yg saya nyatakan di bawah:

************

“Gerakan Islam seperti PAS adalah Penerus Perjuangan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam”

Itulah antara kata-kata yang diucapkan oleh Sheikh Dr Yusof Qaradhawi kepada pimpinan PAS sewaktu Tokoh Maal Hijrah 1431H itu mengunjungi pejabat PAS Pusat untuk pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS Pusat.

Banyak lagi pandangan beliau tentang perjuangan Islam di Malaysia, ikuti tulisan sahabat saya Exco Pemuda PAS Pusat, Sdra Abdullah Hj Karim yang turut sama dalam pertemuan tersebut:

“Assalamualaikum, Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir dlm pertemuan tertutup pimpinan PAS dengan tokoh ulamak terkemuka Dr Yusuf Qaradhawi (DYQ) di pejabat PAS Jalan Raja Laut, pada hari ahad 20-12-2009 yg lalu. Antara pimpinan yang hadir ialah Presiden Pas, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, AJK-AJK PAS Pusat dan juga wakil dewan-dewan.

Didalam pertemuan lebih sejam itu, DYQ telah memberikan pandangan dan amanat yang cukup berharga yang menyentuh pelbagai perkara. Di bawah saya kemukakan beberapa isi penting ucapan beliau yang sempat saya catitkan :

  1. DYQ menegaskan perjuangan gerakan-gerakan Islam seperti PAS adalah penerusan kepada perjuangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Continue reading


ISLAM HADHARI: Sekadar komen saya

Pertama kali saya terserempak dengan istilah “ISLAM HADHARI” ni ketika Malaysia di ambang pilihanraya umum ke-11, tahun 2004.  Istilah ini tidak pernah kelihatan/kedengaran di KL dan Selangor ketika itu.  Tetapi di Terengganu, banner-banner ISLAM HADHARI TERENGGANU BESTARI” menjadi hiasan di mana-mana ceruk negeri.  Padanya terpampang gambar DS Abdullah Ahmad Badawi, Dato’ Dr Abdullah Md Zin dan DS Idris Jusoh (seingat saya).

Terengganu ketika itu diterajui kepimpinan negerinya oleh PAS.  Disebabkan PAS adalah parti yang dilihat sebagai pihak yang memperjuangkan ISLAM, maka mungkin UMNO merasakan ISLAM HADHARI boleh dijadikan formula ampuh merampas kembali Terengganu demi political mileage mereka.  Ternyata, ia menjadi… ditambah pula dengan pelbagai “*strategi politik*” yang digunakan oleh UMNO bagi merealisasikan hasrat politik mereka.

Selepas itu, tersebarlah istilah ini ke seluruh ceruk negara.  Malah ia dipromosi ke luar negara.  Pelbagai reaksi positif dan negatif timbul. 

Saya, secara peribadi sangat tidak setuju dengan istilah ‘ISLAM HADHARI’ yang pelik ini sejak ia mula diperkenalkan.  Sangat janggal istilahnya.  ISLAM tidak perlu ditongkatkan dengan mana-mana istilah untuk menampakkan kehebatannya.  Atau untuk ia diterima sesuai dengan zaman semasa.  ISLAM ya’lu wala yu’la ‘alaih!  Namun siapalah saya?  Kata2 insan kerdil ini tidak mempunyai pengaruh langsung bagi merubah kehendak kerajaan agar jangan digunakan istilah ini.

Setahu saya, sekitar tahun 2004 hingga awal 2007, belum ada lagi fatwa dan pendapat ulama’ yang terkenal yang tidak bersetuju dengan istilah tersebut.  Mungkin istilah tersebut masih belum tersebar ke luar negara.  Namun, di Malaysia, beberapa ulama’ telah mengeluarkan pendapat mereka, antaranya TG Nik Aziz Nik Mat dan lain-lain ahli agama dan akademik.  Malah TG Abdul Hadi Awang telah mengeluarkan buku khas berkenaan isu ini yang bertajuk ‘Hadharah Islamiyyah, Bukan ISLAM Hadhari’ yang menyanggah penggunaan istilah ‘ISLAM HADHARI’.

Ummat ISLAM yang mempunyai iman yang sihat, tentu sukar untuk menerima jenama ISLAM HADHARI yang diperkenalkan ini, termasuklah saya, walaupun saya maklum bahawa iman saya tidaklah sekental orang lain.  Komen-komen terdahulu yang pernah saya utarakan di AAN, ada saya lampirkan di bahagian komen.

Terkini, antara fatwa dan pendapat ulama’ tersohor dunia yang saya jumpai yang menolak istilah ISLAM HADHARI ini adalah Prof Dr Yusuf al-Qaradawi:

Semua penamaaan dan pembahagian ini ditolak dalam Islam. Tiada Islam kecuali hanya satu Islam dan tiada sekutu atau pelbagai jenis baginya. Tiada harus memberi pengiktirafan kepada selainnya, yang diiktiraf hanyalah Islam yang terawal yang bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah. Islam yang difahami oleh sebaik-baik generasi dan kurun dari kalangan sahabat dan tabien yang telah dipuji oleh Allah dan RasulNya.

Inilah dia Islam yang benar, sebelum dicemari kekotoran dan kekarutan ideologi, falsafah, rekaan puak-puak, hawa nafsu para pendebat, penyusahan oleh puak pelampau, dan salahguna puak pentakwil yang jahil. 

 dan Prof Dr Wahbah Zuhaili:

Islam Hadhari di Malaysia, Hazaa Dhalal, Wa Yudhil (ianya sesat dan menyesatkan) dan ia menyesatkan satu dunia. Ia merosakkan umat Islam.  Islam Hadhari hanya disukai oleh Amerika sahaja, kerana ia bercanggah dengan Islam yang sebenar (hakiki).

Nah, mereka telah bersuara.  Namun suara-suara ulama’ besar ini tidak kedengaran di media perdana akibat kekangan.

Sebagai insan kita mengakui bahawa setiap apa yang diusahakan insan pasti ada cacat-celanya, apatah lagi jika ia diusahakan atas dasar political mileage pihak berkuasa.  Haruskah kita menolak bulat-bulat ISLAM HADHARI ini?  Pada saya istilahnya; YA, kita kena tolak.  Namun, pengisiannya mestilah diterima secara terbuka oleh kita, tetapi bersyarat.  Selagi menepati al-Quran dan as-Sunnah, kita kena meraikannya dan membantu perlaksanaannya.

Kesimpulan saya:

  • ISLAM yang diturunkan ALLAH subhanahu wata’ala kepada Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam telah sempurna dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan.  Ia tidak mememerlukan nilai tambah ciptaan manusia utk menjadikan ia relevan dengan nilai semasa.
  • ISLAM HADHARI bermasalah dari segi istilah.  Malah pendekatannya boleh menyesatkan manusia dalam tempoh yang panjang.
  • Disebabkan ia dasar kerajaan yang tak mampu kita ubah (melainkan berubahnya kerajaan), maka kita perlu mengambil ruang dan peluang yang ada untuk melaksanakan ISLAM yang hakiki, walaupun terpaksa mual menggunakan istilah ISLAM HADHARI.  Kakitangan kerajaan dan swasta yang berfikrah Islami harus bijak mencari ruang yang tersedia ini utk merealisasikan ajaran ISLAM ke dalam organisasi dan dasar kerajaan dan negara.
  • Teguran dan sifat bantu-membantu atas hal kebaikan dan mencegah keburukan harus diperutuhkan di kalangan rakyat.  Jangan asyik mengadu dan mengkritik sahaja.  Cadangan membina kepada kerajaan dan lain-lain pihak yang ingin menterjemahkan ISLAM ke dalam masyarakat perlu dibuat.  Supaya kebaikan ISLAM dapat disebar-luaskan kepada masyarakat.

wAllahu ta’ala a’lam.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
13 Julai 2008


%d bloggers like this: