“Imam kat Makkah ni Tak Wirid Lepas Solat ke?”

“Imam kat Mekah ni tak wirid lepas solat ke?”

Itulah antara pertanyaan atau kekeliruan yang timbul di kalangan jemaah umrah/haji.  Mereka menyangka imam solat fardhu di Masjidil Haram dan di masjid-masjid sekitar Makkah tidak berwirid sebab tak dengar ucapan wiridnya.  Senyap je.

Sebenarnya mereka baca.  Kalau kita solat di masjid sekitar Makkah iaitu masjid-masjid tempatan, kita boleh nampak imam setelah mereka selesai beri salam terus mereka matikan suis mikrofon.  Mereka wirid sendiri-sendiri dan secara senyap. Itulah amalan mereka.  Dan itulah amalan yang lebih tepat menurut as-sunnah.  Iaitu amalan wirid selepas solat fardhu itu adalah amalan individu.  Tidak terikat dengan imam.  Tidak juga dilakukan secara berjemaah.

Paling minima selepas solat fardhu, ucaplah:

أَسْتَغْفِرُ اللهَ (3 kali)

اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ ، تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإْكْرَامِ

Kemudian bolehlah lanjutkan lagi ucapan wirid sebagaimana tertera di dalam gambar yang diberikan.  Dzikir dalam gambar tersebut disalin dari buku kecil yang diagih-agihkan di Makkah.  Poster dan paparan dzikir yang sama ada terdapat di masjid-masjid sekitar Makkah.

Dzikir selepas solat fardhu

Kalau nak senarai wirid beserta terjemahan BM sekali, bolehlah rujuk dan salin di pautan berikut (boleh faham dan hayati maksudnya):

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.  Silalah amal dan sebarkan.


Leave a comment