Live from Makkah:
Live from Madinah:
Perkuburan al-Baqi` (البقيع) yang juga dikenali sebagai Jannatul Baqi` (جنة البقيع) adalah kawasan lapang yang menempatkan tanah perkuburan bagi penduduk-penduduk Madinah. Ia terletak di sebelah kiri Masjid Nabawi.
Kawasan ini telah dijadikan sebagai tanah perkuburan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam. Ramai ahli keluarga dan para sahabat Baginda dikebumikan di kawasan perkuburan al-Baqi`. Qadhi `Iyad rahimahullah meriwayatkan bahawa Imam Malik mengatakan seramai 10,000 para sahabat yang telah meninggal dunia di Madinah telah dikebumikan di perkuburan Baqi`.
Pada hayat Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, Baginda selalu keluar pada lewat malam untuk menziarahi kawasan perkuburan ini serta mendoakan keampunan buat penghuni-penghuni kubur.
Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam mengajarkan kepada para sahabat akan suatu ucapan untuk mereka ucapkan apabila melalui kawasan kubur, iaitu: Continue reading
Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala aali Muhammad.
Di sebelah Masjid Nabawi, Madinah baru-baru ini sedang dilangsungkan pameran mengenai sirah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.
Maklumat dan bahan pameran yang dipamerkan sangat mengujakan para pengunjung. Ia bukan sahaja dalam bentuk maklumat bacaan, gambar dan gambarajah, bahkan terdapat juga model-model mini yang dibina bagi memberikan gambaran rupabentuk asal beberapa bangunan dan objek penting dalam sirah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam. SubhanaALLAH!
‘Roadshow Exhibition’ mengenai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang terletak di sebelah Masjid Nabawi, Madinah.
Berikut adalah beberapa bahan pameran dalam bentuk model yang sempat dirakam pada 30 Jun 2013: Continue reading
Bersambung dari: https://muzir.wordpress.com/2012/02/06/rasulullah-saw-ketika-di-makkah-bahagian-4/
Pada 26 Safar tahun ke-14 kenabian, setelah mendapat wahyu dari ALLAH Ta`ala, Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam bergegas untuk berjumpa Abu Bakar bagi menerangkan rancangan hijrah Baginda. Abu Bakar telah dapat meneka apa tujuan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam berjumpa dengannya pada waktu tengahari yang panas itu.
Setelah diberitahu mengenai rancangan Baginda, Nabi pun pulang ke rumahnya semula untuk menunggu tibanya waktu malam.
Dalam masa yang sama, penjenayah-penjenayah besar Quraisy mula melakukan persiapan untuk melaksanakan apa yang telah mereka bincangkan di Darul Nadwah pagi tersebut, iaitu perancangan untuk membunuh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. 11 orang penjenayah telah terpilih untuk melaksanakan misi jahat tersebut. Continue reading
Hati ini syahdu. Hati ini rindu.
Labbaik ya ALLAH!
http://www.youtube.com/user/SaudiChannelOne?v=L1ofE3wPe5Q
http://www.youtube.com/user/SaudiQuranTv?v=S2PriQcCG38
Saya tidak dapat menahan diri dari ingin segera merekomen dua buku ini setelah mendapat tahu ada beberapa sahabat saya akan melakukan ziarah ke Makkah dan Madinah tidak lama lagi.
Maklumat ringkas buku: Continue reading