Tag Archives: pas

Barisan Jemaah Gerakan Islam Mesti Hanya Yang Bersih Aqidah Mereka!

Tatkala membaca kitab terjemahan Ar-Rahiq Al-Makhtum pada helaian yang ke-422 lama dulu, qalbu saya tiba-tiba diserbu ingatan terhadap keadaan gerakan Islam yang ada di Malaysia.  Bukan tidak pernah mengalaminya semasa membaca kisah pada helaian-helaian sebelumnya, cuma pada episod ini ia sangat kuat menerjah ke qalbu.  Terutama ketika membaca ayat ALLAH berikut:

مَّا كَانَ اللَّهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنتُمْ عَلَيْهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ ۗ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَجْتَبِي مِن رُّسُلِهِ مَن يَشَاءُ ۖ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۚ وَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا فَلَكُمْ أَجْرٌ عَظِيمٌ

Maksudnya:  “ALLAH tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman).  Dan ALLAH tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi ALLAH memilih dari Rasul-NYA sesiapa yang dikehendaki-NYA (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada ALLAH dan Rasul-rasul-NYA; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.”

(Surah Aali `Imran, 3:179) Continue reading


PRU-13: Saya Pilih Pakatan Rakyat!

ABCD

Saya pilih Pakatan Rakyat (PR), iaitu PAS, PKR dan DAP.  Dan saya suka untuk berkempen bagi pihak mereka.  Jika PR menang 2/3 dalam parlimen dan berjaya bentuk kerajaan baru (mudah-mudahan), saya bersyukur kepada ALLAH, alhamdulillah.

Saya pilih mereka dengan harapan yang besar untuk membersihkan negara kita yang selama ini banyak unsur penyelewengan, korup, rasuah, tidak amanah, tipu, menindas, bolot harta negara dan sebagainya.  Kerajaan hari ini ibarat pejabat besar yang banyak perabot, berperalatan mewah, penuh perhiasan tetapi Continue reading


Calon DAP Guna Lambang PAS Dalam PRU 13

Semalam saya terbaca kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Mursyidul `Am PAS bahawa calon-calon DAP di Semenanjung Malaysia akan menggunakan logo PAS dalam PRU-13 ini.

ALLAHU AKBAR!  Hati saya berasa sangat sebak dan terharu dengan perkembangan ini.  Moga-moga tahaluf siyasi ini mendatangkan kebaikan kepada semua, khususnya kepada dua parti tersebut.  Moga-moga yang belum-Islam dalam DAP semakin dekat hati mereka dengan Islam, amin…

Berikut kenyataan Tuan Guru yang saya maksudkan: Continue reading


Jangan Sampai Putus Saudara, Kawan & Tuhan!

Walau berbeza, persaudaraan tetap dijaga.

Walau parti apa pun yang saya pilih, walau parti apa pun yang saya sokong dan tolong; saya harap saudara-mara dan rakan-rakan saya yang tidak sama dengan pilihan saya tidak berkecil hati.

Kita tetap bersaudara.  Kalau boleh kita tunjukkan kepada masyarakat bahawa perbezaan kecenderungan parti politik tidak menyebabkan kita bermusuhan.  Tidak menyebabkan kita putus persaudaraan.  Bahkan kita boleh berfikiran terbuka tentangnya.

Kita adalah insan-insan yang matang.  Raikanlah perbezaan.  Agree to disagree.

Hendak berkempen, berkempenlah sampai ke awan.

Tapi jangan sampai putus saudara, kawan dan Tuhan!

muzir.wordpress.com


Infaq Jariah & Pelupusan Harta Haram Bagi Membina Lebuhraya di Kelantan

Dalam usaha ramai ahli masyarakat mahu berhijrah kepada institusi kewangan Islami hasil dari insafnya mereka bahawa riba itu haram, riba itu dosa besar, tentu ada yang tertanya-tanya bagaimana hendak dilupuskan wang yang terhasil dari riba yang selama ini mereka telah perolehi, bukan?  Sebenarnya ini adalah antara soalan-soalan yang selalu ditanya oleh kaum muslimin kita yang benar-benar sudah taubat dari terlibat dengan sistem kewangan riba.  Adakah mahu dibuang duit haram itu?  Bolehkah pula digunakan?  Atau bagaimana caranya untuk melupuskannya?

Tentu ramai sudah mendapat jawapan hasil dari diskusi dan ceramah mengenai hal ini.  Ya, wang haram yang terhasil dari ‘bunga’ atau interest dari institusi kewangan konvensional tidak boleh dimanfaatkan oleh kita.  Contohnya, jika si A memperolehi duit riba hasil dari perbankan konvensional, maka duit itu tidak boleh dimanfaatkan olehnya dan ahli keluarganya.

Lalu, bagaimana?  Adakah mesti dibuang wang haram itu?  Tidak, jangan pula dibuang.  Walaupun tidak boleh dimanfaatkan oleh diri sendiri dan keluarga, namun ia masih boleh memberikan manfaat kepada masyarakat lain.  Antaranya diserahkan kepada:

  • Institusi baitulmal,
  • pusat zakat
  • pihak lain yang memerlukan, contohnya faqir dan miskin.

Para ilmuan agama yang membicarakan hal ini juga selalu memberikan contoh bahawa duit haram sebegitu boleh digunakan untuk pembinaan infrastruktur awam seperti:

  • membina tandas orang ramai,
  • pagar masjid/sekolah,
  • menambahbaik kemudahan awam,
  • membina tempat letak kereta,
  • membina jambatan
  • jalanraya/lebuhraya.

Di dalam tulisan ini, saya ingin mewar-warkan suatu peluang atau jalan untuk anda melupuskan harta haram tuan/puan.  Selain melupuskan harta yang terbit dari institusi riba dan haram, tuan/puan juga amat digalakkan untuk berinfaq jariah melalui harta tuan/puan yang lain.  Peluang ini boleh dijadikan alternatif buat tuan/puan dalam merebut kesempatan yang diberikan ALLAH Ta`ala untuk berbuat kebaikan.

Continue reading


PAS Bukan Syiah! – Ketua Pemuda PAS Pusat

Akibat dari tuduhan-tuduhan liar dari pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengaitkan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan aliran Syiah, maka Ketua Pemuda PAS Pusat iaitu Ustadz Nasrudin Hassan al-Tantawi bangkit memberikan penjelasan seperti yang tertulis di ruangan Nota Facebook beliau::

Adusss…. parok – parok puak demo hentam PAS weih, saya nak jawab pun tak tahu nak jawab hok mana. Ginilah sahabat semua….

Mudah sahaja perbahasan kita ni. Saya kata PAS bukan Syiah ! tapi kalian kata tidakkk, PAS telah diserapi Syiah ! saya selaku pimpinan PAS, selaku tuan rumahlah bagi PAS, saya kata tidakkkk, PAS bukan Syiah! kalian masih juga kata , Tidakkk ! PAS menerima Syiah ! Letih laaa lagu nih :)

Sahabat ! saya tahu kalian semua sayangkan PAS sebagaimana saya juga sayangkan PAS. Kita semua tidak mahu PAS jadi syiah. Saya ucapkan syabas dulu buat kalian semua. Pakat – pakat kita jaga agar PAS tidak diresapi oleh Syiah apatah lagi jadi syiah. Continue reading


Jemaah Tabligh: Iman Terputus Jika Dakwah Putus

“Astaghfirullah, macam ni keadaan belting ni hancur?!”  kata saya.

“Ha’ah bang.  Motor skuter macam abang pakai ni kena selalu buat maintenance bang.  Sebulan sekali kena tengok.  Manja sikit skuter ni”  balas mekanik yang berumur hujung belasan tahun.

Saya termenung.  Agaknya selama ni saya bawa motorsikal dalam keadaan belting tersebut nyawa-nyawa ikan sahaja.  Dan syukurlah, ajalnya sampai ketika hari masih siang, cuaca elok dan ditentukan oleh ALLAH ia gagal berdekatan dengan woksyop pula.  Alhamdulillah.

'Belting' motor terputus & hancur!

Saya terpaksa tunggu lama.  Sebab tiada spare part.  Mereka terpaksa membelinya di kedai spare part yang berdekatan.  Sambil menunggu saya melihat telatah dan gelagat remaja-remaja yang keluar masuk ke bengkel motorsikal tersebut.  Mendengar perbualan mereka, saya dapat mengagak bahawa bengkel tersebut diusahakan oleh beberapa orang pemuda/remaja Melayu.  Datang rasa bangga dalam hati saya, lalu mendoakan agar mereka berjaya dalam perniagaan, amin.

Sedang menunggu, tiba-tiba telefon bimbit saya berbunyi Continue reading


Sultan Brunei: Siapa Kita Nak Kata ‘Tidak’ Atau ‘Tunggu’ ?!

Gambar dipetik dari FB Jkkk Fan Club

Hati saya bergetar sebak bercampur gembira apabila membaca dan mendengar kata-kata ini.  Kalau ia diucapkan oleh seorang ustadz atau cendekiawan Islam, saya sudah biasa mendengarnya.  Namun, kali ini ia diucapkan oleh seorang pemerintah di sebuah negara yang berjiran dengan negara kita, iaitu Sultan Brunei.  Tersangat gembira membacanya.  Dalam bab ini nampak macam boleh dicontohi…

Saya berdoa kepada ALLAH `Azza wa Jalla agar semua pemimpin dan pemerintah mencontohi semangat dan azam yang ada di dalam dada pemerintah negara tersebut.  Dan semoga Baginda Sultan Brunei istiqamah dengan tindakannya.

Berikut adalah petikan akhbar Continue reading


“Burp, Selesaikanlah Hutang-Hutang Ini Wahai Anakku!”

Saya bukanlah seorang yang arif dalam hal ekonomi dan kewangan negara.  Tetapi apabila membaca satu petikan akhbar tentang jumlah hutang negara kita mencecah RM437 bilion, saya tergambar generasi anak-anak saya nanti.  Jumlah itu bukanlah kecil.  Bukan RM437 ribu, bukan RM437 juta; tetapi RM437 bilion!!!  RM 437,000,000,000.00!!!

Petikan berita yang dimaksudkan:

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan hutang negara kini mencecah RM437 bilion berdasarkan Laporan Bank Negara yang dikeluarkan baru-baru ini.

“Laporan Bank Negara Malaysia bertarikh 30 september 2011 menyatakan angka hutang negara setakat suku ke 2 tahun ini menunjukkan hutang negara mencecah RM437 bilion,” kata Anwar pada pembentangan belanjawan Pakatan Rakyat 2012 di parlimen hari ini.

Menurutnya, jika unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5 peratus, maka kadar keberhutangan negara kini mencecah 53 peratus dari KDNK negara.  –  keadilandaily

Saya bukanlah peminat tokoh pembangkang di atas.  Jumlah hutang yang dinyatakan oleh beliau itu mungkin boleh dipertikaikan kebenarannya.  Namun, yang menarik perhatian saya ialah maksud petikan berita itu.  Iaitu sifat suka bermewah dan mahu hidup dalam keagungan dengan cara berhutang.  Apa yang diutarakan oleh beliau amat merisaukan saya sebagai seorang rakyat.  Saya risau dengan generasi akan datang yang terpaksa memikul beban hutang yang sangat besar ini.  Continue reading


Negara ISLAM: Biarkan Wacana Kritis Berjalan

Artikel di bawah telah saya petik dari al-Ahkam.net.  Sangat menarik untuk dibaca.

Saya mengharapkan tokoh2 muda lapisan akan datang gerakan ISLAM dapat menyertai bukaan minda ini seperti yang diutarakan oleh artikel di bawah. Suara seperti ini mesti diketengahkan. Ia hasrat ramai ahli gerakan ISLAM yang berfikir, tetapi selalu dianaktirikan dek populariti manusia2 yg kuat vokalnya…

Betapa nasihat `Umar `Abdul-`Aziz kepada anaknya perlu direnung terutama pada zaman yang telah jauh ruh ISLAM kini:

“Jangan tergesa-gesa wahai anakku, sesungguhnya Allah mencela arak sebanyak dua kali dan mengharamkannya pada kali yang ketiga, dan aku takut untuk membawa kebenaran secara total lantas mereka (rakyat) meninggalkannya secara total, maka berlakulah fitnah.”.

www.muzir.wordpress.com

=====================================================

Negara Islam, Biarkan Wacana Kritis Berjalan

Oleh Marwan Bukhari (Universiti Yarmouk) | Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front (IRF)

Saya kira, debat mengenai Islam dan kenegaraan pernah berlangsung hangat tatkala Syeikh Ali Abdul Raziq menggemparkan wacana politik Mesir menerusi buku terkenalnya, al-Islam wa Usulul Hukm beberapa tahun selepas kejatuhan pemerintahan Uthmaniyyah. Dengan hanya sebuah buku kritikal mengenai politik kenegaraan dan Islam, sekalian ulama al-Azhar pada waktu itu seakan-akan terkejut, lantaran Ali Abdul Raziq juga merupakan salah seorang ulama al-Azhar bersama-sama mereka. Lantas, menyebabkan Ali Abdul Raziq dihukum dengan beberapa tindakan, antaranya ialah dilucutkan statusnya selaku ulama al-Azhar. Continue reading