Tag Archives: lailatul qadar

Doa Jika Berjumpa Lailatul Qadar

Doa Lailatul-Qadar

Diriwayatkan dari `A’isyah radhiAllahu `anha katanya:

“Saya bertanya:  “Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malam jatuhnya Lailatul-Qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan ketika itu?” 

Maka ujar Nabi sallAllahu ‘alaihi wa sallam:  “Katakanlah: 

“Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini.”

(Hadith diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga at-Tirmidzi yang menyatakannya sahih)


“Malam Tadi Lailatul Qadar…?!”

“Malam tadi Lailatul Qadar…?!”

Itulah ayat atau pertanyaan yang sengaja dilontarkan ramai orang sepanjang 10 hari terakhir bulan Ramadhan.  Terutamanya pada waktu pagi.

Saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkan.  Yang pasti Lailatul Qadar memang berlaku berdasarkan nas al-Quran dan as-Sunnah.  Adapun bila?  Hanya ALLAH sahaja yang tahu.

Namun di sana terdapat hadith yang memberitahu mengenai tanda keesokan paginya jika malam sebelum itu telah berlaku Lailatul Qadar.  Iaitu pancaran matahari ketika terbit pagi esoknya tidak secerah biasa.  Ia bersinar dengan cahaya putih yang pancarannya tidak terang.  Allahu a`lam.

“Malam tadi Lailatul Qadar?!”

Sepengalaman saya, memang dalam 10 hari terakhir Ramadhan ini, sana sini ramai akan menyebut perkara yang sama.  Ia lazim dilontarkan samada dalam bentuk pertanyaan atau tekaan.  Dengan berbekalkan pengamatan masing-masing terhadap  suasana malam tadi, cuacanya, keadaan sekeliling dan malah mungkin ada perkara luar biasa yang mereka terlihat atau alami, mereka lalu mengaitkan itu semua dengan Lailatul Qadar.

Secara peribadi, tatkala saya mendengar ada kenalan mengungkapkan lontaran tersebut samada apabila bertemu atau melalui media sosial, selalunya akan datang menerjah kepada saya suatu perasaan yang sama.

Iaitu penyesalan dan kekecewaan.

Bukan sedikit perasaan itu mencuit hati ini.  Bahkan ibarat ombak yang menghempas kuat.

“Ah, kenapalah aku tak ‘stay-up’?!”

“Alangkah baiknya kalau aku bersungguh-sungguh beribadah malam tadi…!”

“Kenapalah aku tak buat ini dan buat itu?!!”

Itulah saban tahun keluhan yang datang.  Penuh penyesalan dan kekecewaan.

Dan tahun ini tentunya saya akan mendengarnya lagi.  Ia suatu kelaziman.  Masing-masing gemar buat spekulasi.  Atau mungkin ia suatu tanda positif bahawa masyarakat cakna dengan Lailatul Qadar.

Kalau boleh saya tidak mahu dilanda penyesalan dan kekecewaan lagi.

Jadi, Bagaimana?

Mahu atau tidak mahu, saya mesti memburu Lailatul-Qadar.  Caranya ialah dengan mengisi setiap malam 10 yang terakhir ini dengan amalan-amalan yang diredhai oleh ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.

Ya!  Setiap malam!  Bukan memilih-milih malam tertentu sahaja untuk pulun beribadah.

Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam sendiri apabila tiba 10 malam terakhir Ramadhan, Baginda akan menghidupkan malam dengan menggiatkan ibadahnya kepada ALLAH Ta`ala.  Sedangkan Baginda manusia terbaik dan telah dijamin tempatnya dalam Syurga.

Walaupun ada beberapa pendapat ulama yang menyarankan agar kita memburunya pada malam-malam tertentu, namun sebaik-baiknya kita isilah masa 10 malam terakhir ini dengan amalan-amalan yang diredhai ALLAH Ta`ala.  Ini kerana Lailatul-Qadar boleh berlaku pada bila-bila malam.  Bahkan bukan hanya pada 10 terakhir Ramadhan, mungkin juga sebelum itu lagi telah berlaku.  Allahu a`lam.

Beberapa hal mengenai Lailatul-Qadar boleh dibaca di sini, in shaa’ ALLAH:

Doa Lailatul-Qadar

Buat para muslimah yang uzur syar`i seperti haid dan nifas, janganlah terlalu bersedih hati.  Kalian masih boleh melakukan beberapa amal ibadah walaupun memang benar kalian tidak boleh menghidupkan 10 malam terakhir dengan mengerjakan solat.

Tulisan ini ada menyentuh beberapa cadangan amalan ibadah yang boleh dilakukan oleh para muslimah yang mengalami haid/nifas:

Amalan alternatif buat wanita yang haid/nifas.

Itulah serba sedikit yang mahu disentuh dalam tulisan ini.  Jika tidak mahu menyesal dan terkilan, maka tiada cara lain melainkan mesti dihidupkan setiap malam dengan ibadah yang sungguh-sungguh.  Dengan cara itu, in shaa’ ALLAH kita akan dapat ganjaran besar beribadah pada Lailatul Qadar.

Mudah-mudahan kali ini, jika saya terdengar lagi ada orang bertanya atau menyebut “malam tadi Lailatul-Qadar…?!”, saya boleh berasa lega dan bersyukur kepada ALLAH Ta`ala kerana ada pengisian yang berguna telah dilakukan ‘malam tadi’ demi mendapatkan keredhaan ALLAH `Azza wa Jalla.

Dan antara tips yang paling ringkas dikongsikan oleh para ulama supaya kita tidak terlepas dari kebaikan Lailatul-Qadar ialah dengan mengisi setiap malam Ramadhan atau 10 malam terakhir Ramadhan dengan:

  1. Solat Maghrib dan solat `Isya’ secara berjemaah.
  2. Mendirikan malam-malam Ramadhan dengan solat sunat Tarawih secara berjemaah.

Itu yang paling ringkas.  Tentulah lain-lain ibadah seperti membaca al-Quran dan bertahajjud sangat-sangat digalakkan supaya kebaikan yang banyak dari Lailatul-Qadar yang dijanjikan ALLAH buat hamba-hambaNYA menyinggah juga kepada diri kita sama, amin…

Bagaimana Jika Terlepas Lailatul-Qadar?

Jika betul kita sudah terlepas dari mendapat kebaikan dari Lailatul-Qadar, maka janganlah putus asa.  Teruskanlah ibadah, malah gandakannya lagi.  Kerana Ramadhan itu sendiri adalah bulan yang penuh dengan keberkatan.  Ia bulan keampunan besar-besaran.  Pintalah kepada ALLAH agar diampunkan dosa-dosa yang lalu.  Semoga hari-hari dan malam-malam Ramadhan yang masih berbaki memberi kesan kepada keimanan dan ketaqwaan kita, in shaa’ ALLAH.

Baca mengenai bulan Ramadhan dan keampunan di sini, in shaa’ ALLAH:

Semoga ALLAH Ta`ala mengampunkan dosa-dosa kita semuanya dan mudah-mudahan kita diberikan hidayah dan taufiq olehNYA, amin…

Sekadar muhasabah,

muzir.wordpress.com
24 Ramadhan 1433
13 Ogos 2012

‘Imaanan Wa Ihtisaaban’

Sudahkah kita berusaha menjalani ibadah dalam bulan Ramadhan dengan sebaik-baiknya?

ALLAH Subhanahu wa Ta`ala telah menawarkan kita akan keampunan semua dosa-dosa yang lalu seandainya kita menjalani Ramadhan sesuai dengan kehendakNYA.  Tawaran besar-besaran ini sewajarnya direbut oleh sekalian orang yang beriman.

Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam telah menyebutkan hal tersebut di dalam hadithnya.  Bahawa untuk memperolehi tawaran tersebut, maka hendaklah ia dijalani secara ‘imaanan wa ihtisaaban’.  Iaitu menjalaninya dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala serta keredhaan ALLAH Subhanahu wa Ta`ala. Continue reading


[An-Nasihah] 10 Terakhir Ramadhan

Muka surat 1

Muka Surat 2

Jika ada manfaatnya risalah ini, silalah sebarkan dan tampal di papan-papan kenyataan masjid/surau/pejabat atau rumah tuan/puan.  Semoga ALLAH membalasi kebaikan tuan/puan semua dengan ganjaran yang banyak, amin.

Untuk memuat turun (download) dalam versi PDF, sila klik pautan (link) berikut, insyaALLAH:

Tuan/puan boleh memuat turun lain-lain terbitan An-Nasihah di pautan ini:

Semoga ada manfaatnya, insyaALLAH.

www.muzir.wordpress.com


6 Video Tentang Lailatul-Qadr & I’tikaf

Berikut adalah 6 video kuliah yang disampaikan oleh Maulana Asri dari Darul Kautsar yang saya ambil dari youtube.  Video2 adalah sekitar tajuk Lailatul-Qadr & I’tikaf: Continue reading


Peluang ‘Last Minute’ dan Lailatul Qadar

Assalamu’alaikum…

Saya berpesan kepada diri saya dan saudara/i yang dirahmati ALLAH (amin) sekalian. 

Ramadhan bakal meninggalkan kita.  Tak berapa lama lagi.  Rebutlah ganjaran berganda pada bulan Ramadhan yang masih sedikit berbaki.  Jika ada sebahagian kita lalai mengambil manfaat Ramadhan sejak mula, nah kita masih ada peluang last minute!  Orang kata, “better late than never”. 

Selamat beribadah di akhir 10 Ramadhan.  Selamat kembali kepada fitrah insani.

Sila baca tadzkirah oleh Ust Zaharuddin.