Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji Mazhab Al-Syafi`i

Continue reading


Buku: Al-Fiqh Al-Manhaji Mazhab Al-Syafie

Set Fiqhul Manhaji
Continue reading


Dapatkan Kitab Terjemahan Ar-Rahiq Al-Makhtum Dari Saya!

ar-rahiq-al-makhtum-cetakan-8

Cetakan ke-8, Tahun 2016

Continue reading


Jerebu Lagi?!

image

Gambar di atas dirakam sejurus selepas masalah jerebu disembuhkan oleh ALLAH `Azza wa Jalla tahun lepas, iaitu pada 21 November 2015.  Betapa rindunya ketika itu kepada langit yang biru dek kerana terlalu lama diselubungi jerebu yang pekat.  Alhamdulillah.  Subhanallah.

Hari ini, 29 Ogos 2016 jerebu kembali lagi.  Entah bila pula kita akan menikmati udara segar dan pemandangan langit yang cerah lagi?  Risau ia berlarutan lama.  Lihat gambar di bawah:

image

Musibah ini membawa kita sedar akan nikmat udara bersih dan kecantikan pemandangan langit yang selama ini kita abaikan.  Juga sedar betapa kerosakan yang berlaku semuanya disebabkan oleh perbuatan manusia itu sendiri.  Ayuh sama-sama insafi.

ALLAH Ta`ala berfirman:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia;

(timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

(Surah ar-Ruum, 30:41)

image

 


Kibar Bendera Tanda Sayang Negara, Bukan Tanda Sokong Kerosakan Pemimpin

image

Beberapa hari lagi tarikh 31 Ogos akan menemui kita.  Iaitu hari ulangtahun kemerdekaan negara.  Sudah menjadi adat, saat ini Jalur Gemilang dikibarkan di merata-rata.  Tanda bangga dan tidak lupa.

Kita mengibarkan bendera negara kerana kita bangga jadi rakyat Malaysia.  Kita cintakan negara dan setia padanya.  Patriotistisme yang ada dalam diri jangan ia luntur dimakan umur.  Mesti ada.  Walaupun kita (saya dan mungkin anda juga) tak berapa bangga dengan kepimpinan negara hari ini atas beberapa isu yang gagal ditangani, ketirisan sana sini dan pudarnya kekarismaan pemimpin rendah dan tinggi; itu semua tidak mencabut rasa cinta pada negara.  Kerana Malaysialah tanah tumpahnya darah kita.

Kita mengibarkan bendera sebagai tanda kita sayangkan negara, bukannya tanda sokong kerosakan pemimpin.  Bukan tanda kita sokong parti yang mentadbir negara.  Bukan juga ia tanda kita redho salah laku dan tipu licik sebahagian mereka yang ada di atas sana.  Bukan tanda kita bangga dengan kepimpinan mereka.  Bukan juga tanda kita setuju dengan semua keputusan mereka.

Tapi kerana sayang dan cintakan negaralah, maka kita kibarkan bendera.  Kita cintakan negara dan mengharapkan yang terbaik buatnya.  Kita mahu negara ini dipimpin oleh manusia yang amanah dan bagus kepimpinannya.  Yang rasuah, yang tipu, yang kaki hiburan, yang tak cerdik, yang buat lawak bodoh, yang menyakitkan hati; kita harap mereka semua diganti dengan yang lebih baik dan wibawa.  Kerana sayangkan negaralah, kita cakna.  Kita ambil peduli isu dalam negara.  Kita tak biar yang zalim bermaharajalela.

Untuk itu, langkah pertama sekali ialah kita sendiri mesti berusaha jadi rakyat yang baik.  Setiap kita mesti berubah menjadi baik.  Dan mesti berdoa supaya ALLAH berikan hidayah dan taufiq kepada kita semua, terutama kepada para pimpinan semua.  Kita mesti sokong pihak yang ingin membawa kesejahteraan kepada negara dan mesti sokong pihak yang mahu tegakkan hukum ALLAH dalam negara.  Semoga ALLAH jaga kita semua dan menjadikan negara ini negara yang baik di sisiNYA dan sentiasa mendapat keampunanNYA.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan.
Cintailah negara.
Kibarkanlah Jalur Gemilang.


Selamat Hari Raya `Eidul-Fitri 1437, 2016.

image

Semoga ALLAH memberikan keampunan kepada kita dan menerima amalan-amalan kita semua, amin…

Shahmuzir dan keluarga,
1 Syawwal 1437 | 6 Julai 2016.


Live from Makkah & Madinah

Live from Makkah:

Live from Madinah:


Projek Waqaf Al-Quran Sempena Ramadhan 1437

cymera_20160516_232220.jpg Continue reading


Pusat Pengajian Di Malaysia Yang Menyediakan Dauratul Hadith

Berikut ini adalah mesej lama yang saya salin dari internet dan simpan sebagai maklumat buat saya.  Saya pun dah tak ingat siapa yang menyediakan senarai yang sangat baik ini.  Semoga ALLAH berikan kebaikan buatnya.

Saya tampal di sini supaya pembaca blog ini dapat mengambil manfaat daripadanya.  Saya kurang arif mengenai pusat-pusat pengajian yang tersenarai di bawah.  Jika sahabat-sahabat pembaca mempunyai maklumat lanjut, silalah kongsi di bahagian komen.  Semoga dengan komen tuan/puan bermanfaat buat semua, in shaa’ ALLAH…

Berikut adalah mesej tersebut:

==========

:: Mahu Anak Anda Menjadi Ulama ? ::

Berikut adalah madrasah-madrasah di Malaysia yang memperkenalkan Pengajian Alim ( 8 Tahun ) termasuklah Dauratul Hadith (2 Tahun).

  1. Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling, Kuala Lumpur (Syeikhul Hadith Maulana Abdul Hamid Chin).
  2. Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum, Hulu Langat, Selangor (Syeikhul Hadith Maulana Abdul Jamal Maideen).
  3. Madrasah Al-Quran Kubang Bujuk, Kuala Terangganu, Terangganu (Syeikhul Hadith Maulana Abdul Fattah Abbas).
  4. Madrasah Al-Quran Sinaran Baru, Johor Bharu, Johor (Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Faisal Mohd Zain ).
  5. Madrasah Mazahirul Ulum, Bukit Choras, Kota Sarang Semut, Kedah (Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Arrozi).
  6. Madrasah Tahfiz Mengkuang Titi, Penanti, Pulau Pinang (Maulana Hafiz bin Ma’rof).
  7. Pusat Pengajian Darul Kautsar, Kota Bharu, Kelantan (Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Asri Yusoff).
  8. Darul Ulum Ihya Ulumuddin, Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah (Maulana Muhammad Abdul Khadir An-Nadwi)
  9. Madrasah Tahfiz Darul Ulum Islamiyyah Sungai Salan, Jerantut, Pahang (Syaikhul Hadith Maulana Johari Ali).
  10. Maahad Tahfiz Al-Quran Lorong Alif, Jitra, Kedah (Syeikhul Hadith Maulana Amar Ma’ruf Haji Ahmad).
  11. Darul Uloom Al-Hilmiah, Titi Besi, Kepala Batas, Kedah (Maulana Muhammad Sanadi Abu Bakar).

==========

Tamat mesej.  Jika tuan/puan ada cadangan untuk tambah senarainya, silalah tambah di bahagian komen ye.  Terima kasih🙂


Amalkan Ucapan Ini Jika Terjaga Malam!

Apabila terjaga dari tidur pada waktu malam, ada suatu ucapan yang tidak wajar dilepaskan begitu sahaja dari kita mengucapkannya.  Kerana dengan mengucapkannya kita bakal memperolehi keuntungan yang besar iaitu:

  • Diampuni ALLAH akan dosa kita.
  • Diperkenankan ALLAH akan doa kita.

Ucapan tersebut ialah:

 لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ‏‏

الْحَمْدُ لِلَّهِ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ‏‏

Kemudian mintalah ampun kepada ALLAH dengan mengucapkan: 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي

Serta pohonlah apa-apa doa yang dihajati kepada ALLAH.

Dan jika seseorang itu melanjutkannya dengan berwudhu lalu mengerjakan solat sunat, maka solatnya itu pasti diterima oleh ALLAH.

Ini sebagaimana yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dalam sebuah hadith yang telah direkodkan di dalam Sahih al-Bukhari.  Telah diriwayatkan oleh Sahabat Nabi bernama `Ubadah bin Somit (عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ) radhiAllahu `anhu bahawa Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

مَنْ تَعَارَّ مِنَ اللَّيْلِ فَقَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ‏.‏ الْحَمْدُ لِلَّهِ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ‏.‏ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي‏.‏ أَوْ دَعَا اسْتُجِيبَ، فَإِنْ تَوَضَّأَ وَصَلَّى قُبِلَتْ صَلاَتُهُ

“Barangsiapa yang terjaga pada waktu malam lalu dia menyebut:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ‏.‏

laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalahu, lahu l-mulku walahu l-hamdu wa hua `ala kulli shai’in qadiir

Tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH.  DIA lah Tuhan Yang Maha Esa.  Tiada sekutu bagiNYA.  MilikNYA lah segala kerajaan.  MilikNYA segala pujian.  Dan DIA berkuasa ke atas segala sesuatu.

الْحَمْدُ لِلَّهِ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ،

alhamdulillaahi wa subhanallaah wa laa ilaaha illallaahu wa allahu akbar

Segala pujian milik ALLAH, dan Maha Suci ALLAH, dan Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan ALLAH, dan ALLAH Maha Besar.

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ‏

wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah

Dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan kehendak ALLAH.

Kemudian mengucapkan:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي

Allaahummaghfirlii

Ya ALLAH, ampunkanlah aku.

Atau berdoa, maka diperkenankan (keampunan dan doanya).

Lalu jika dia berwudhu’ dan mengerjakan solat, maka solatnya diterima.

 

Semoga anjuran dari hadith ini dapat kita amalkan, in shaa’ ALLAH.  Kepada ALLAH lah kita memohon akan hidayah dan taufiq…

muzir.wordpress.com


Doa Perlindungan Dari Haiwan Berbisa

screenshot_2016-04-21-00-13-25.jpeg

Dengan ALLAH lah kita berlindung dari segala keburukan dan bahaya.  Kerana hanya DIA sahaja yang dapat menjaga dan melindungi kita secara hakiki.

Antara bahaya yang ditakuti oleh manusia ialah haiwan berbisa.

Walaupun kita bebas menuturkan permintaan kita kepada ALLAH dalam bahasa dan gaya kita sendiri, namun ada eloknya kita memerhati lafaz doa yang pernah diucapkan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam khusus dalam hal memohon perlindungan ALLAH dari haiwan berbisa.

Pertama:

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

مَنْ قَالَ حِينَ يُمْسِي ثَلاَثَ مَرَّاتٍ

“Barangsiapa pada waktu petang mengucapkan tiga kali:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

a`uudzu bi kalimaati llaahi ttaammaati min syarri ma khalaq

aku berlindung dengan kalimat-kalimat ALLAH yang sempurna dari kejahatan apa yang diciptakanNYA

لَمْ يَضُرَّهُ حُمَةٌ تِلْكَ اللَّيْلَةَ

Nescaya dia tidak akan dimudharati oleh sengatan berbisa pada malam itu.”

Hadith ini telah direkodkan di dalam kitab Jami` at-Tirmidzi.  Suhail bin Abi Solih (سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ) iaitu salah seorang perawi hadith ini telah menyebut:  “Keluarga kami mempelajarinya dan mengucapkannya setiap malam.  Salah seorang perempuan telah disengat haiwan berbisa, lalu dia tidak berasa sakit.”

Kedua:

Dari Abil Yasar (أَبِي الْيَسَرِ) radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَدْمِ

“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung denganMU dari tertimpa benda keras,

وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ التَّرَدِّي

aku berlindung denganMU dari mati terjatuh,

وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْغَرَقِ وَالْحَرَقِ وَالْهَرَمِ

aku berlindung denganMU dari tenggelam, kebakaran dan nyanyuk,

وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ عِنْدَ الْمَوْتِ

aku berlindung denganMU dari gangguan Syaitan ketika kematianku,

وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ مُدْبِرًا

aku berlindung denganMU dari mati mengalah pada jalanMU,

وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ لَدِيغًا

dan aku berlindung denganMU dari mati disengat haiwan berbisa.”

Hadith ini direkodkan di dalam Sunan Abu Daud.  Al-Albani mensahihkannya.

Ketiga:

`Uthman bin `Affan radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ

Tidaklah seorang hamba mengucapkan setiap hari pada waktu pagi dan petang:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Bismillahi lladzi la yadhurru ma`asmihi syai’un fil ardh wa la fis sama’i wa HUA sSami`u l`Alim

Dengan nama ALLAH yang dengan NAMANYA, tiada yang dapat memberikan mudharat samada di bumi dan di langit.  Dan DIA lah Tuhan Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

ثَلاَثَ مَرَّاتٍ فَيَضُرُّهُ شَيْءٌ

sebanyak tiga kali, lalu dia dimudharatkan oleh sesuatu.”

Hadith ini direkodkan di dalam Jami` at-Tirmidzi.  Maksudnya ialah sesiapa yang membaca lafaz ucapan di atas, maka tiada apa pun yang dapat membahayakannya, termasuklah haiwan berbisa.  Dengan syarat mesti dibaca setiap hari:  tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang.

Allahu a`lam.  Semoga bermanfaat dan dapat kita sama-sama amal.  In shaa’ ALLAH.

– muzir.wordpress.com


Jadual Dr Zakir Naik di Malaysia 2016

image

image

FB_IMG_1460563549302


Matan Aqidah Tahawiyyah Beserta Terjemahan (PDF)

aqidah tahawiyyah

Berikut ini adalah matan al-`Aqidah at-Tahawiyyah yang disusun oleh al-Imam Abu Ja`far at-Tahawi beserta terjemahan dalam Bahasa Melayu.  21 muka surat.

Silalah muat turun dan hayati satu per satu matan tersebut.

Mudah-mudahan ALLAH kurniakan kefahaman dan keteguhan iman, amin…

Sila sebarkan…!


%d bloggers like this: