Kuliah Maghrib tadi, penceramah ada menyelitkan secara ringkas tentang kezaliman Yazid bin Mu`awiyah yang kononnya terlibat membunuh cucu Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, iaitu Husain radhiAllahu `anhu. Beliau membawa kisah tersebut sebagai memberi pengajaran bahawa ketamakan kepada harta dan jawatan boleh menyebabkan seseorang hilang pertimbangan hingga sanggup membunuh manusia lain. Sedangkan cucu Nabi pun sanggup dibunuh, apatah orang lain. Jadi, berhati-hatilah terhadap harta dan jawatan. Itulah nasihat beliau.
Nastaghfirullah, kita memohon keampunan kepada ALLAH atas keterlanjuran penceramah tersebut dan lain-lain penceramah juga, kerana memang kisah tersebut telah tersebar luas sejak zaman-berzaman dan termaktub di dalam lembaran sejarah. Tanpa kita sedari, rupa-rupanya kisah tersebut tidak sahih. Kita semua telah menjadi mangsa kepada sejarah yang dipalsukan.
Kisah betapa buruknya sikap Yazid bin Mu`awiyah tidak perlu disebar-sebarkan lagi oleh semua. Berhentilah dari menyebarkannya!
Para ulama hadith telah banyak membantah kisah seperti ini. Menurut mereka kisah tersebut telah diselewengkan sejarahnya oleh pihak-pihak tertentu. Justeru, lebih baiklah kita berhenti dari bercerita kisah tersebut. Kerana kisah tersebut tidak dapat disahkan kebenarannya, mengandungi unsur fitnah dan pembohongan serta pasti akan melibatkan sama merendahkan martabat sahabat-sahabat Nabi yang mulia seperti Mu`awiyah, Ibnu Abbas, Ibnu `Umar, Ibnu Zubair, Husain bin `Ali dan lain-lain, radhiAllahu `anhum. Sebagai Ahlus Sunnah wal Jama`ah, kita tidak boleh melibatkan diri dalam memburuk-burukkan para sahabat Nabi kerana ALLAH Ta`ala telah meredhai mereka semua.
Walaupun Yazid bin Mu`awiyah bukanlah seorang sahabat Nabi, namun mendustakan kisahnya termasuklah dosa yang besar. Apatah lagi pendustaan kisah beliau akan mengaitkan sama merendah-rendahkan peribadi para sahabat Nabi yang hidup sezaman dengan Yazid, malah berbai`ah dengan beliau.
Sebagai manfaat buat diri saya, di sini saya menukilkan beberapa penjelasan mengenai kisah Yazid bin Mu`awiyah yang selalu digembar-gemburkan oleh masyarakat, khususnya di kalangan penceramah: Continue reading
Like this:
Like Loading...