Tag Archives: youtube

Bagaimana Mematahkan Helah Orang Kristian Yang Mahu Guna Kalimah ‘ALLAH’ ?

Alhamdulillah, penjelasan daripada Brother Shah Kirit ini sangat lojik, ilmiah dan berimpak tinggi, in shaa’ ALLAH.  Khususnya untuk situasi di Malaysia.

Selain beliau berkongsi mengenai bagaimana untuk mematahkan helah orang Kristian yang mahu gunakan kalimah ‘ALLAH’ dalam bible mereka, beliau juga ada berkongsi suatu nasihat yang sangat penting dalam usaha kita dan generasi akan datang mengenai pengukuhan aqidah ummat Islam.

Di dalam blog ini, ada juga disentuh perihal isu ini sedikit sebanyak.  Diulas dari sisi yang lain:

ALLAH A`lam.


Menyayangi & Melindungi Anak Walau Sedang Solat

Ini memang biasa berlaku.

Bagi yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak, tentu banyak pengalaman dengan anak-anak bukan?  Dalam keadaan apa sekali pun, asyik diajak kita untuk bermain.  Kadang-kadang tengah-tengah malam jam 2 atau 3 pagi pun diajaknya kita bermain jika dia terbangun pada waktu itu.  Memang seronok bermain dengan anak-anak.  Melihatnya tertawa sudah cukup membahagiakan hati kita, walaupun dalam keadaan kita penat sekali pun.  Itulah anak-anak…

Pernah atau tidak anda diajak bermain ketika anda sedang bersolat?  Tentu pernah kan?  Ia pengalaman yang biasa dialami oleh ibubapa.  Kadang-kadang dipanjatnya badan kita, dimasuknya celah kangkang kita, dijoloknya lubang hidung kita, ditariknya baju kita, dicabutnya kopiah kita, diduduknya atas riba kita dan macam-macam lagi.

Ada yang kadang-kadang tu, dia tak kacau kita, tapi dia bermain dengan sesuatu yang boleh membahayakannya.  Contohnya bermain dengan suis elektrik, ditarik-tarik baju pada penyangkut baju, dimainnya daun pintu, dimainnya depan bilik air yang lantainya agak lembab dan macam-macam lagi. Tentu hati kita tidak khusyuk jika mengetahui anak kita sedang terdedah dengan bahaya bukan?

Continue reading


Status Al-Ahkam.net & Youtube Channel Ust Zain

Sudah beberapa minggu hamba tak dapat buka laman kesayangan hamba, iaitu al-Ahkam.net (AAN)aanMembuka AAN adalah antara rutin yang biasa hamba buat tatkala berintenet.  Padanya terdapat banyak maklumat menarik yang dibincangkan oleh komuniti maya sekitar tajuk isu semasa yang ada kaitannya dengan ummat ISLAM.  Yang paling menarik pada AAN ialah kompilasi soal-jawab feqh yang menyentuh pelbagai tajuk dalam kehidupan seseorang muslim.  Mudah2an ALLAH merahmati insan di sebalik tabir dan juga pengasasnya iaitu Ust Zain-ys.

Bukan sahaja AAN, malah Youtube Channel yang diusahakan oleh Ust Zain-ys juga mengalami masalah.  Apabila dibuka Youtube Channel pro-alahkam dan maulanaasri, tertera pada skrin Youtube ‘…the account has been suspended’.

Hamba kecewa atas apa yang berlaku.  Atas apa yang berlaku, hamba cuba bertanyakan tentang apa yang terjadi kepada komuniti di Facebook.  Mereka tak tahu.  Hamba YM kepada Ust Zain, tiada respon (entah aktif lagi ke tak YM Ust?).  Ingin rasanya hamba pergi melawat Ust Zain di Bukit Mertajam, Pulang Pinang sana.  Namun, tiada kemampuan.  Entah apalah yang terjadi kepada beliau sorang2 di sana.  Namun, hamba berdoa agar ALLAH memudahkan segala urusan Ust Zain sekeluarga, amin.

Hari ini, alhamdulillah (segala pujian bagi ALLAH) di blog Ust Zain sudah ada jawapan tentang apa yang berlaku kepada AAN dan Youtube channel yang diusahakan oleh Ust Zain.  Sekurang-kurangnya dengan mengetahui maklumat tentangnya, dapat melegakan hati dan boleh keluar dari daerah tertanya-tanya.  Berikut adalah jawapan Hj Kamin tentang AAN Continue reading


Jangan Berputus Asa, Kembalilah Kepada Tuhanmu.

Buat diriku dan sekalian ummat manusia, hampir setiap hari kita kadang-kadang dengan sengaja atau tidak sengaja menghimpun dosa.  Baik dan jahat bercampur-campur kita lakukan.  Pahala dan dosa berganti-ganti mengisi karung amalan kita.  Namun, sebagai manusia kita sentiasa cuba mengkoreksi diri dan beristighfar tatkala sedar dari lamunan orang berdosa.

Jika kita manusia yang jarang atau tidak pernah insaf sebelum ini, tetapi mahu kembali kepada ALLAH… Nah, pintuNYA sentiasa terbuka luas!  Marilah kembali kepadaNYA, jangan tangguh lagi.  Masih ada harapan.  Kerana DIA Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang…

ALLAH subhanahu wata’ala sentiasa bersedia dengan pengampunan.  Dan taubat seorang yang bertaubat akan menghapuskan dosa-dosanya yang terdahulu…

ALLAH subhanahu wata’ala berfirman:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ

إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Bermaksud:  “Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Az Zumar: 53)

Dan dari Anas bin Malik radhiAllahu `anhu, beliau berkata: Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

“ALLAH subhanahu wa ta’ala berfirman:  “Wahai anak adam, sesungguhnya jika engkau berdoa dan berharap kepada-KU, niscaya AKU akan mengampunimu dan AKU tidak akan memperdulikannya lagi.  

Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu memenuhi seluruh langit, kemudian engkau memohon ampun pada-KU, niscaya AKU akan mengampunimu.  

Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepada-KU dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menjumpai-KU dalam keadaan tidak berbuat syirik dengan apapun niscaya AKU akan datang kepadamu dengan pengampunan sepenuh bumi pula.”  

(HR Tirmidzi, beliau berkata: “hadits ini hasan”)

Ayuh, saudaraku semua!  Tak kiralah samada anda pernah mencuri, berbohong, meninggi suara terhadap ibubapa, menzalimi orang lain, berzina, membunuh atau sebagainya; BERTAUBATLAH!.  Selagi nyawa belum dicabut dari tubuhmu, taubatmu masih akan diterima ALLAH, mudah-mudahan.

Semoga kita beroleh TAQWA, amin.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
7 September 2009


Fathi Yakan Pergi Bertemu Dengan Tuhannya

Jumaat lepas, saya telah dikejutkan dengan berita kematian Syeikh Fathi Yakan.  Terbaca di status Facebook Ustadz Hasrizal berkenaan berita tersebut.  Saya cuba memeriksa kesahihan berita tersebut di al-Ahkam.net, al-Fikrah.net dan lain-lain sumber di internet.  Ya, berita tersebut tersebar.  Tetapi sebahagian pihak telah menafikan kematian syeikh Fathi Yakan.  Beliau ketika itu belum meninggal dunia lagi, tetapi sangat nazak dan bergantung kepada alat bantuan hayat.

Disebabkan beritanya masih belum disahkan, maka saya menangguhkan untuk menulis tentangnya di blog.  Langsung terlupa.  Tiba-tiba semalam saya teringat untuk menulisnya apabila seorang rakan bertanya tentang tarikh kematian syeikh Fathi Yakan.

 

 

As-Syeikh Dr Fathi Yakan

As-Syeikh Dr Fathi Yakan

 

 

Syeikh Fathi Yakan Kembali Bertemu Tuhannya

Syeikh Fathi Yakan yang saya kenal namanya melalui buku ‘Madza Yakni Intima-i lil-ISLAM’ (Apa Ertinya Saya Menganut ISLAM), iaitu buku yang sering digunakan oleh ahli gerakan ISLAM dalam sesi usrah telah bertemu dengan Tuhannya pada hari Sabtu 13 JUN 2009, jam 4.45 petang.  Beliau telah meninggal dunia di Hospital Hotel Dieu, Lubnan.  Beliau meninggal dunia pada umur beliau 76 tahun disebabkan oleh penyakit angin ahmar (stroke).  Inna lillahi wa inna ilaihi raji’unContinue reading


Perempuan Berkalung Sorban: Komen Saya

Filem ini mengetuk ramai lelaki!

Bulan lepas di al-Ahkam.net, ada direkomenkan oleh Ust Zain akan satu filem yang bertajuk Perempuan Berkalong Sorban.  Disebabkan Ust Zain seakan merekomennya, maka saya pun menontonnya sampai habis melalui youtube.  Bukan untuk menikmatinya, sekadar ingin mengambil inti kandungan dan mesej filem tersebut.  Berikut adalah komen yang saya sempat muatkan di al-Ahkam.net:

  1. Cerita2 Islami kalau difilemkan, pasti akan melanggar juga batas2 Islam eg aurat, adegan lelaki-perempuan, adegan menjolok mata dan sebagainya.  Elok biar sahaja ia di dalam buku.  Ada pro dan kontra dari sudut menfilemkan kisah2 bercirikan Islam seperti filem ini.
  2. Walau bagaimanapun, saya tidak menentang usaha pembikinan filem untuk tujuan dakwah kepada orang awam.  Namun, adegannya mesti ditapis dan jauh dari perlanggaran syara’.  Orang filem tentu tidak setuju kerana adegan2 itulah yang melariskan filem mereka :(.
  3. Dari filem tersebut, didapati susah juga nak kawal perilaku Anisa ketika kecil.  Terlalu cepat bersuara dan kuat melawan.  Tak semestinya muslimah yang kuat sifat juangnya mempunyai perilaku seumpama lelaki semasa kecilnya.  Ciri2 kesantunan muslimah mesti sentiasa diajar sejak kecil.  Namun, saya tidak nafikan bahawa dengan sifat keras Anisa itulah sebenarnya yg telah membuatkan beliau dapat mengharungi ujian hidup yang sukar dan survive dengannya.
  4. Filem ini akan mengingatkan saya agar tidak memilih jodoh utk anak berdasarkan keperibadian rakan seperjuangan saya.  Kadang2 kita mungkin berfikir utk berbesankan dengan rakan2 yg terzahir bagus peribadinya.  Kita fikir bagus ayahnya, pasti juga bagus anaknya. Tetapi, itu belum tentu.  Dalam menjodohkan anak, mengenali lelaki yg bakal dijodohkan harus melalui proses yg tertentu.  Agar anak perempuan kita tidak ditimpa nasib malang seperti yang terjadi kepada Anisa yang telah dijodohkan oleh bapanya kepada anak rakannya yang alim.  Apapun, kita hanya berusaha, selebihnya diserahkan kepada ALLAH.  Kita berTawakkal kepadaNYA.
  5. Seharusnya dalam soal memilih jodoh untuk anak-anak, mereka mesti diberi peluang untuk bersuara.  Ibubapa tidak boleh bersikap keras dan mengamalkan ‘diktatorship’nya kerana ia bakal membawa kemusnahan emosi dan masa depan anak-anak kesayangan kita.  Filem ini ada menceritakan betapa terseksanya Anisa dek kerana kezaliman suaminya, yang dipilih dan tidak diberi peluang untuk Anisa bersuara.  Walhal Anisa sudah mempunyai pilihan hatinya sendiri yang terdiri dari lelaki yang soleh.
  6. Di dalam filem ini juga telah dipamerkan sifat kebodohan lelaki yang menjadi suami kepada Anisa.  Walaupun berpendidikan agama, tetapi akhlaq terhadap isteri jauh sekali dari agama.  Macam binatang pun ada.  Jika kita telusuri kisah Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat yang terpilih dalam hal muamalah dengan perempuan, pasti kita akan temui bahawa mereka mereka berbuat baik dan memuliakan perempuan.  Sifat peramah dan santun Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam kepada perempuan sepatutnya iktibar  dan ikutan.  Malah isteri-isteri Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam memberitahu bahawa apabila Baginda pulang ke rumah, terus dibantu kerja-kerja di rumah.  Tidak seperti kita, kita selalu menyerahkan bulat-bulat kerja di rumah kepada isteri kita, malah berlaku kasar pula, astaghfirullah, jauh sungguh kita dari sunnah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam.  (Kita yang saya maksudkan adalah lelaki-lelaki hari ini yang bersifat demikian, bukan semua lelaki macam tu)
  7. Suami Anisa selalu sebut tentang haqnya terhadap isterinya.  Disebut beberapa ayat dan nas tentang wajibnya perempuan mematuhi suaminya.  Ya, ia betul, tetapi jangan disalahgunakan untuk kepentingan sendiri!!!  Ayat yang paling banyak disebut lelaki apab ila membicarakan tentang soal kedudukan lelaki ialah ‘arrijalu qowwamuna ‘ala nnisa’.  Ia selalu dijadikan senjata oleh para lelaki dalam berdebat dengan perempuan dalam proses meletakkan lelaki lebih dari perempuan.  Sedangkan ayat itu sepatutnya menjadikan kita (lelaki) lebih trampil, participate, bersedia dan berkarisma utk melindungi haq wanita.  Ini kerana ALLAH telah mengiktiraf lelaki memang sepatutnya menjadi pelindung, pembimbing kepada wanita.  Masalahnya, ayat ini selalu dijadikan lelaki sebagai pendinding ego mereka.  Disalah tafsir oleh lelaki sebagai ‘lelaki adalah kaum yang lebih kuat/mulia/atas dari wanita’…malang sekali :(
  8. Di dalam syara’, terdapat beberapa peruntukan untuk wanita sekiranya didera dan tidak dilayan dengan baik oleh suami.  Mereka boleh bebas dari ikatan perkahwinan sekiranya ini berlaku.  Jadi, para wanita janganlah membiarkan suami yang kasar terus mengkasari kalian.  Buatlah aduan dan insyaALLAH, akan ada pembelaan buat kalian.
  9. Suami kedua Anisa barangkali terbuka dan memahami akan kehendak Anisa kerana ilmunya. Suami keduanya juga belajar agama tetapi bukan belajar di pesantren.  Beliau belajar di Timur Tengah dan terdedah dengan hikmah.  Kelembutan dan rasa hormat kepada wanita lahir dari ilmu dan kefahaman yg mantap. Berbeza dengan suami yg pertama, kasar dan bebal. Tak habis2 mengungkit ilmu yg dipelajari dari kitab2 pesantren tentang haq suami terhadap isteri. Ilmu itu benar. Tetapi sayangnya, kejahilannya lebih terserlah.

Kesimpulan:
InsyaALLAH, jika kita faham dan dapat berinteraksi bagaimana sunnah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bermuamalah dengan perempuan, layanannya dengan anak perempuan, cara berumahtangga dan serba serbi ruang lingkup kehidupan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, pasti masalah seperti yg ditonjolkan oleh filem itu dapat dielakkan.  Semoga kita dapat keluar dari paradigma yang merugikan, apatah lagi jika ia dikaitkan dengan agama, walhal agama tidak begitu sifatnya.

Akhir sekali ingin saya mengatakan bahawa ISLAM itu indah, tetapi keindahannya selalu dikotori dek ummat ISLAM sendiri lantaran dek kebodohan dan kejahilan.  Justeru, jadilah manusia yang berilmu dan berhikmah, supaya ISLAM tidak terfitnah dek perbuatan kita.

wAllahu ta’ala a’lam.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
11 Jun 2009


Frederic Oumar Kanoute Menjulang Palestin

Minggu lepas, saya menerima SMS daripada abg Zack yang mengatakan bahawa seorang pemain bolasepak Liga Sepanyol telah melakukan suatu yang amat membanggakan dan wajar menjadi contoh kepada kita semua.

Saya browse di dalam internet hari ni, cuba untuk memeriksa kesahihan berita tersebut.  Baru sempat hari ini.  Dan alhamdulillah, saya telah terjumpa berita tentangnya.  MasyaALLAH, alhamdulillah :) .  Memang suatu yang amat membanggakan.

Alhamdulillah, Frederic Kanoute, 31 dalam perlawanan antara Seville vs Deportivo La Coruna telah menyatakan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan menyelak jersinya dan menayangkan perkataan “PALESTINA” setelah menjaringkan gol kedua bagi pasukannya, Seville.  Perlawanan bolasepak tersebut telah diadakan pada 8/1/2009.

Meraih prihatin dunia terhadap PALESTIN melalui sukan bolasepak.

Meraih prihatin dunia terhadap PALESTIN melalui sukan bolasepak.

 

Dikhabarkan bahawa dalam perlawanan menentang Osasuna (4/1/09), beliau juga memakai baju yang sama tertera perkataan “PALESTINA”.  Tetapi tidak ditunjuk kerana beliau tidak dapat menghasilkan gol pada ketika itu.

Namun, pada saat keunggulan beliau telah menjaringkan gol pada perlawanan menentang Deportivo La Coruna;  Pada saat semua kamera menumpukan fokus kepada beliau;  Pada saat ribuan manusia bersorak kepada beliau;  Pada saat ribuan pasang mata menonton kejayaan beliau; Pada saat itulah, Frederic Kanoute memilih untuk menayangkan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan cara yang tersendiri.  Sungguh pandai dan sungguh bijak.  Alhamdulillah… :D .

Berikut adalah video yang saya petik dari youtube:  Continue reading


Veil (Hijab) – Dawud Wharnsby

The Veil
by Dawud Wharnsby

They say “Oh poor girl,
You’re so beautiful you know,
It’s a shame that you cover up your beauty so.”

She just smiles graciously,
and responds reassuringly,
“This Beauty that I have is just one simple part of me,
This body that I have,
no stranger has the right to see.
These long clothes,
this shawl I wear,
ensure my modesty.
Faith is more essential than Fashion,
wouldn’t you agree?

This Hijab
This mark of piety
Is an act of faith, a symbol,
For all the world to see.
A simple cloth, to preserve her dignity.
So lift the veil from your heart to see the heart of purity.
So lift the veil from your heart to see the heart of purity.

They tell her girl, don’t you know,
this is the west and you are free.
You don’t need to be opressed, ashamed of your femininity.
She just shakes her head, and she speaks so assuredly.
See the Billboard and the Magazines,
The lines, the check-out Isles,
With their phony painted faces
and their airbrushed smiles?
Well their sheer clothes and low cut gowns
they are really not for me.
You call it freedom, I call it anarchy.”

And this Hijab
This mark of piety
Is an act of faith, a symbol,
For all the world to see.
A simple cloth, to preserve her dignity.
So lift the veil from your heart to see the heart of purity.
Lift the veil from your heart to see the heart of purity.
Lift the veil from your heart to see the heart of purity.