Category Archives: Ibadah

Doa Perlindungan Dari Haiwan Berbisa

screenshot_2016-04-21-00-13-25.jpeg

Dengan ALLAH lah kita berlindung dari segala keburukan dan bahaya.  Kerana hanya DIA sahaja yang dapat menjaga dan melindungi kita secara hakiki.

Antara bahaya yang ditakuti oleh manusia ialah haiwan berbisa.

Walaupun kita bebas menuturkan permintaan kita kepada ALLAH dalam bahasa dan gaya kita sendiri, namun ada eloknya kita memerhati lafaz doa yang pernah diucapkan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam khusus dalam hal memohon perlindungan ALLAH dari haiwan berbisa.

Pertama:

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

مَنْ قَالَ حِينَ يُمْسِي ثَلاَثَ مَرَّاتٍ

“Barangsiapa pada waktu petang mengucapkan tiga kali:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

a`uudzu bi kalimaati llaahi ttaammaati min syarri ma khalaq

aku berlindung dengan kalimat-kalimat ALLAH yang sempurna dari kejahatan apa yang diciptakanNYA

لَمْ يَضُرَّهُ حُمَةٌ تِلْكَ اللَّيْلَةَ

Nescaya dia tidak akan dimudharati oleh sengatan berbisa pada malam itu.”

Hadith ini telah direkodkan di dalam kitab Jami` at-Tirmidzi.  Suhail bin Abi Solih (سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ) iaitu salah seorang perawi hadith ini telah menyebut:  “Keluarga kami mempelajarinya dan mengucapkannya setiap malam.  Salah seorang perempuan telah disengat haiwan berbisa, lalu dia tidak berasa sakit.”

Kedua:

Dari Abil Yasar (أَبِي الْيَسَرِ) radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَدْمِ

“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung denganMU dari tertimpa benda keras,

وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ التَّرَدِّي

aku berlindung denganMU dari mati terjatuh,

وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْغَرَقِ وَالْحَرَقِ وَالْهَرَمِ

aku berlindung denganMU dari tenggelam, kebakaran dan nyanyuk,

وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ عِنْدَ الْمَوْتِ

aku berlindung denganMU dari gangguan Syaitan ketika kematianku,

وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ مُدْبِرًا

aku berlindung denganMU dari mati mengalah pada jalanMU,

وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ لَدِيغًا

dan aku berlindung denganMU dari mati disengat haiwan berbisa.”

Hadith ini direkodkan di dalam Sunan Abu Daud.  Al-Albani mensahihkannya.

Ketiga:

`Uthman bin `Affan radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ

Tidaklah seorang hamba mengucapkan setiap hari pada waktu pagi dan petang:

بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Bismillahi lladzi la yadhurru ma`asmihi syai’un fil ardh wa la fis sama’i wa HUA sSami`u l`Alim

Dengan nama ALLAH yang dengan NAMANYA, tiada yang dapat memberikan mudharat samada di bumi dan di langit.  Dan DIA lah Tuhan Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

ثَلاَثَ مَرَّاتٍ فَيَضُرُّهُ شَيْءٌ

sebanyak tiga kali, lalu dia dimudharatkan oleh sesuatu.”

Hadith ini direkodkan di dalam Jami` at-Tirmidzi.  Maksudnya ialah sesiapa yang membaca lafaz ucapan di atas, maka tiada apa pun yang dapat membahayakannya, termasuklah haiwan berbisa.  Dengan syarat mesti dibaca setiap hari:  tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang.

Allahu a`lam.  Semoga bermanfaat dan dapat kita sama-sama amal.  In shaa’ ALLAH.

– muzir.wordpress.com


Doa Ketika Musim Hujan

Sekarang ini adalah musim hujan.  Hujan mencurah-curah turun membasahi bumi dengan agak kerap.  Alhamdulillah, ia adalah kurniaan ALLAH buat makhluq-NYA di bumi.

Di kesempatan ini, ingin dikongsikan sedikit lafaz doa yang baik untuk kita sama-sama praktikkan sebagai memenuhi keberadaan kita sebagai hamba ALLAH dan ummat Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Doa Memohon Agar ALLAH Turunkan Hujan Yang Bermanfaat

Apabila hujan turun, pohonlah kepada ALLAH dengan lafaz doa berikut:

اللّٰهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

Allahumma soyyiban naafi`an

“Ya ALLAH, turunkanlah hujan yang bermanfaat.”

(HR al-Bukhari di dalam kitabnya al-Aadab al-Mufraad.  Dari `A’ishah Ummu al-Mukminin radhiAllahu `anha)

Lafaz doa di atas selalu diucapkan oleh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam saat hujan turun.  Tujuan dipanjatkan kepada ALLAH agar hujan yang turun adalah hujan yang bermanfaat ialah supaya hujan tersebut mengandungi kebaikan dan keberkatan yang banyak buat kita dan seluruh makhluq.  Bukannya hujan yang membawa musibah dan azab.

Doa Memohon Agar ALLAH Tidak Turunkan Hujan Ke Atas Kita

Kadang-kala kita mempunyai hajat tersendiri supaya hujan tidak turun dengan lebat ke tempat kita atas macam-macam sebab.

Apabila kita berhasrat agar hujan tidak turun di tempat kita atau supaya hujan tersebut dialihkan ke tempat lain, maka pohonlah kepada ALLAH dengan ikhlas dan harap dengan lafaz doa berikut:

اللّٰهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا

Allahumma hawaalaina wa laa `alainaa

“Ya ALLAH, turunkanlah hujan di sekitar kami, dan bukan ke atas kami.”

(Sahih al-Bukhari.  Dari Anas bin Malik radhiAllahu `anhu)

Lafaz doa di atas pernah diucapkan oleh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam apabila ada sahabat Baginda meminta agar hujan berhenti lantaran hujan terlalu lebat turun di tempatnya.

Doa di atas wajar dibaca oleh kita semua menggantikan ritual-ritual dan praktik khurafat yang diamalkan oleh sebahagian masyarakat yang mahu agar hujan tidak turun di tempat mereka ketika mahu mengadakan kenduri perkahwinan, majlis istimewa bersama orang kenamaan dan lain-lain.  Semoga ALLAH memberikan pahala dan memberkati kita semua lantaran mengamalkan sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam.

Doa di atas juga mengandungi adab kepada ALLAH.  Tidaklah kita menolak hujan yang diturunkan oleh ALLAH, tetapi sekadar memohon supaya ia dialihkan ke tempat lain buat sementara dan diturunkan ke sekitar kita.

Banyakkan berdoa ketika hujan sedang turun.  Kerana ia antara waktu yang baik untuk dipanjatkan doa kepada ALLAH.  Doalah supaya ALLAH ampunkan dosa-dosa kita.  Mintalah supaya ALLAH berikan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat buat kita.  Dan pohonlah keredhaanNYA dan SyurgaNYA.  Di samping mendoakan untuk diri sendiri, janganlah lupa doakan untuk kebaikan ahli keluarga dan seluruh ummat Islam.  Doakanlah supaya ALLAH ampunkan semuanya, diberikan kesejahteraan dan keselamatan dari kezaliman dan bahaya di dunia dan di akhirat…

muzir.wordpress.com


Doa Memohon Sifat Taqwa Yang Diucapkan Nabi SAW

Doa memohon sifat taqwa

Doa memohon sifat taqwa

Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam adalah hamba ALLAH yang terbaik dan paling taqwa.  Dalam ketaqwaan yang sudah menebal dan ranum itu, Baginda masih memohon kepada Tuhannya agar mengurniakan sifat taqwa kepadanya.  Betapa dambanya Baginda akan cinta dan taqwa kepada ALLAH.

Berikut adalah beberapa contoh doa Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang khusus memohon sifat taqwa: Continue reading


Kuiz: Laluan Manakah Yang Patut Dipilih?

1480487_10152085818818707_1204672618_n

Ahmad ternampak ada satu ruang kosong di saf pertama.  Dan beliau sangat-sangat mahu ke ruang tersebut kerana mahu merebut fadhilat berada di saf pertama.

Soalan:

Laluan manakah yang patut Ahmad pilih supaya beliau tidak melanggar adab, paling selamat dan dapat mencegah dosa?

Laluan 1, 2, 3, 4 atau 5?

Kalau anda faham apakah itu fungsi sutrah, in shaa’ ALLAH anda akan dapat menjawab dengan tepat.  Baca sini untuk memahami apakah itu sutrah:

https://muzir.wordpress.com/2012/12/23/kenapa-di-hadapan-orang-bersolat-ada-objek/

Selamat mencuba 🙂

muzir.wordpress.com

Jawapan

Jawapan


JAKIM: KAEDAH PENENTUAN AIDILADHA DI MALAYSIA DAN PELAKSANAAN PUASA SUNAT SEMPENA HARI ARAFAH

KENYATAAN MEDIA
YBHG. DATO KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
KAEDAH PENENTUAN AIDILADHA DI MALAYSIA DAN PELAKSANAAN PUASA SUNAT SEMPENA HARI ARAFAH

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ingin memaklumkan mengenai Kaedah Penentuan Aidiladha di Malaysia dan Pelaksanaan Puasa Sunat sempena Hari Arafah. Continue reading


Larangan Potong Rambut/Bulu & Kuku Setelah Masuk 1 Dzulhijjah

Bagi sesiapa yang berniat melakukan korban, maka apabila masuknya 1 Dzulhijjah dia dilarang dari mencukur / mencabut / memotong bulu dan kukunya sampailah binatang korbannya disembelih.  Justeru, potonglah siap-siap sebelum masuknya bulan Dzulhijjah!

Ini berdasarkan hadith Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam yang diriwayatkan dari Ummu Salamah radhiAllahu `anha:
Continue reading


Kelebihan Menjadi Mu’adzdzin (Tukang Adzan)

Kita berpeluang mendengar laungan adzan paling kurang lima kali sehari semalam.  Alhamdulillah, dengannya kita mengetahui masuknya waktu solat fardhu dan dengannya juga kita berusaha untuk hadir solat berjemaah di masjid.

Tahukah anda bahawa kedudukan para mu’adzdzin (tukang adzan) sebenarnya sangat tinggi dan bakal memperolehi ganjaran yang besar dari sisi ALLAH?  Berikut ini disenaraikan beberapa kelebihan menjadi mu’adzdzin sebagaimana yang telah disebutkan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam. Continue reading


Infaqlah Wahai Anak Adam, Nescaya AKU Akan Infaq Ke Atasmu!

Ke mana seringgit ini akan pergi?

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

قالَ اللَّهُ : أَنفِقْ يا ابنَ آدمَ أُنفِقْ عليكَ

“ALLAH berfirman: Infaqlah wahai anak Adam. Nescaya AKU akan infaq ke atasmu.”

(HR al-Bukhari)

Continue reading


Indahnya Doa Istikharah Nabi SAW

Doa Istikharah Continue reading


Qari Kegemaran Saya

Qari kegemaran saya ialah:

  1. Sheikh Mahmud Khalil al-Husory (محمود خليل الحصري)
  2. Sheikh Sa`ad Sa`id al-Ghamidi (سعد سعيد الغامدي)
  3. Sheikh Abdul Rahman as-Sudais (عبد الرحمن السديس)
  4. Sheikh Mishary Rashid al-Afasi  (مشاري بن راشد العفاسي)

Berikut adalah beberapa video bacaan mereka dari youtube: Continue reading


%d bloggers like this: