Indahnya Doa Istikharah Nabi SAW

Doa Istikharah

Ketika kita berasa ragu atau berdepan dengan dilema untuk memilih, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah mengajar para sahabatnya akan cara terbaik untuk menyelesaikannya, iaitu dengan mendirikan solat sunat 2 rakaat yang dipanggil solat sunat Istikharah.

Cara mendirikan solat Istikharah sama seperti mendirikan solat sunat 2 rakaat yang biasa dilakukan.  Tiada bacaan khas di dalam solat tersebut.  Pilihan surah untuk dibaca selepas surah al-Fatihah juga bebas.

Setelah selesai memberikan salam solat sunat tersebut, ada suatu doa khas yang diajar oleh Baginda untuk kita baca.  Jika diamati dan dihayati akan maksudnya, betapa indah perkataan-perkataannya dan susunannya.  Doa tersebut juga boleh dibaca selepas solat sunat 2 rakaat yang lain seperti selepas solat sunat rawatib dan tahiyyatul masjid.

Lafaz Doa Istikharah

Dari Jabir bin `Abdullah al-Ansari bahawa beliau berkata:

“Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah mengajar kami supaya melakukan solat Istikharah dalam menentukan semua perkara sebagaimana Baginda mengajar kami surah dari Al-Quran.  Baginda bersabda:

“Apabila seseorang kamu berasa ragu dalam sesuatu urusan maka rukuklah (solatlah) dengan 2 rakaat (tetapi) ia tidaklah diwajibkan. 

Kemudian, berdoalah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ

اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ

اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ

Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon petunjukMU menurut pengetahuanMU, dan aku memohon ketetapan dengan kekuasaanMU, dan aku memohon dari kelebihanMU Yang Maha Agung kerana sesungguhnya ENGKAU lah yang berkuasa dan aku tidak berkuasa, dan ENGKAU lah mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan ENGKAU lah Tuhan Yang Mengetahui perkara-perkara ghaib.

Ya ALLAH, jika ENGKAU tahu bahawa urusan ini baik untukku, pada agamaku, pada kehidupanku dan pada akibat urusanku, maka tentukanlah ia untukku dan mudahkanlah ia untukku, kemudian berkatilah untukku padanya.

Ya ALLAH, jika ENGKAU tahu bahawa urusan ini buruk untukku, pada agamaku, pada kehidupanku dan pada akibat urusanku, maka jauhkanlah ia dariku dan jauhkanlah aku darinya, dan tentukanlah untukku kebaikan di mana sahaja ia berada, kemudian jadikanlah aku redha dengannya.”

Kemudian Rasulullah bersabda lagi: 

“Kemudian dia menyebutkan apakah hajatnya…”

(HR al-Bukhari)

Allahu A`lam.

muzir.wordpress.com

Advertisements

One response to “Indahnya Doa Istikharah Nabi SAW

  • sahabat

    Jd hajat dr sholat istikhoroh disampaikan sesudah bacaan doa istikhoroh kah? Krn ada yg saya dengar hajatnya disebutkan dipertengahan doa.. mhon jawaban, syukron 🙂

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: