Category Archives: Keselamatan & Kesihatan

Doa Perlindungan Dari Haiwan Berbisa

screenshot_2016-04-21-00-13-25.jpeg

Dengan ALLAH lah kita berlindung dari segala keburukan dan bahaya.  Kerana hanya DIA sahaja yang dapat menjaga dan melindungi kita secara hakiki.

Antara bahaya yang ditakuti oleh manusia ialah haiwan berbisa.

Walaupun kita bebas menuturkan permintaan kita kepada ALLAH dalam bahasa dan gaya kita sendiri, namun ada eloknya kita memerhati lafaz doa yang pernah diucapkan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam khusus dalam hal memohon perlindungan ALLAH dari haiwan berbisa.

Pertama:

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

مَنْ قَالَ حِينَ يُمْسِي ثَلاَثَ مَرَّاتٍ

“Barangsiapa pada waktu petang mengucapkan tiga kali:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

a`uudzu bi kalimaati llaahi ttaammaati min syarri ma khalaq

aku berlindung dengan kalimat-kalimat ALLAH yang sempurna dari kejahatan apa yang diciptakanNYA

لَمْ يَضُرَّهُ حُمَةٌ تِلْكَ اللَّيْلَةَ

Nescaya dia tidak akan dimudharati oleh sengatan berbisa pada malam itu.”

Hadith ini telah direkodkan di dalam kitab Jami` at-Tirmidzi.  Suhail bin Abi Solih (سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ) iaitu salah seorang perawi hadith ini telah menyebut:  “Keluarga kami mempelajarinya dan mengucapkannya setiap malam.  Salah seorang perempuan telah disengat haiwan berbisa, lalu dia tidak berasa sakit.”

Kedua:

Dari Abil Yasar (أَبِي الْيَسَرِ) radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَدْمِ

“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung denganMU dari tertimpa benda keras,

وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ التَّرَدِّي

aku berlindung denganMU dari mati terjatuh,

وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْغَرَقِ وَالْحَرَقِ وَالْهَرَمِ

aku berlindung denganMU dari tenggelam, kebakaran dan nyanyuk,

وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ عِنْدَ الْمَوْتِ

aku berlindung denganMU dari gangguan Syaitan ketika kematianku,

وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ مُدْبِرًا

aku berlindung denganMU dari mati mengalah pada jalanMU,

وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ لَدِيغًا

dan aku berlindung denganMU dari mati disengat haiwan berbisa.”

Hadith ini direkodkan di dalam Sunan Abu Daud.  Al-Albani mensahihkannya.

Ketiga:

`Uthman bin `Affan radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ

Tidaklah seorang hamba mengucapkan setiap hari pada waktu pagi dan petang:

بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Bismillahi lladzi la yadhurru ma`asmihi syai’un fil ardh wa la fis sama’i wa HUA sSami`u l`Alim

Dengan nama ALLAH yang dengan NAMANYA, tiada yang dapat memberikan mudharat samada di bumi dan di langit.  Dan DIA lah Tuhan Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

ثَلاَثَ مَرَّاتٍ فَيَضُرُّهُ شَيْءٌ

sebanyak tiga kali, lalu dia dimudharatkan oleh sesuatu.”

Hadith ini direkodkan di dalam Jami` at-Tirmidzi.  Maksudnya ialah sesiapa yang membaca lafaz ucapan di atas, maka tiada apa pun yang dapat membahayakannya, termasuklah haiwan berbisa.  Dengan syarat mesti dibaca setiap hari:  tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang.

Allahu a`lam.  Semoga bermanfaat dan dapat kita sama-sama amal.  In shaa’ ALLAH.

– muzir.wordpress.com


Heat Stroke & Syariat Puasa

Punca Stroke Haba (Heat Stroke)

mummyfiras.blogspot.com

Heat-Stroke-First-Aid

safetypostershop.com

Berpuasa menyebabkan heat stroke?

Telah tersebar di media sosial mengatakan ada kanak-kanak yang menemui ajal akibat heat stroke ketika berpuasa.   Adakah sampai begitu sekali patut kita berpuasa?  Begitukah syariat dan maqasid berpuasa? Continue reading


Jika Kenderaan Ditenggelami Banjir…

Kereta tenggelam

Sumber dari Google-Image.

Musibah seperti banjir memang akan merugikan banyak pihak.  Bukan sahaja harta benda boleh rosak, bahkan nyawa juga turut boleh terancam.  Dari segi harta benda, kenderaan adalah antara yang besar nilainya di sisi kita.  Bukan sahaja pada nilai harganya, bahkan pada nilai jasanya.  Tentu banyak kos perlu dikeluarkan untuk membaikinya semula jika kenderaan ditenggelami banjir.  Bagaimana hendak menyelamatkannya dan mengurangkan kos pembaikan tersebut? Continue reading


Dakwat Kekal Pilihan Raya: Tatacara, Simulasi & Fatwa

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini, in shaa’ ALLAH dakwat kekal akan digunakan sebagai kaedah untuk mengelakkan penipuan di dalam pilihan raya, iaitu penipuan dari sudut pengundian lebih dari sekali.  Ia salah satu tuntutan BERSIH yang dipenuhi dan diterima baik oleh SPR.  Tahniah BERSIH dan SPR.

Kaedah ini adalah baru bagi saya dan menimbulkan beberapa persoalan kepada saya.  Jadi, catitan ringkas ini adalah pencerahan kepada saya sendiri.  Saya harap ia juga bermanfaat buat tuan/puan yang sudi singgah dan baca. Continue reading


Waspada Apabila Komen & ‘Like’ di Facebook

imagesCASGBDZ3Dalam tulisan yang lalu saya pernah menyentuh perihal tagging gambar, privacy setting dan etika menggunakan Facebook.  Tuan/puan boleh membacanya seperti berikut:

Kali ini saya hendak sentuh mengenai hal yang lain pula, iaitu sesuatu yang selalu pengguna Facebook lakukan:  Komen dan ‘Like’.

Komen dan ‘Like’ di Facebook selain bertujuan merespon sesuatu status Facebook, foto atau video, ia juga mewujudkan rantaian dalam rangkaian Facebook tuan/puan.  Apa yang tuan/puan komen dan ‘Like’ akan dimaklumkan oleh Facebook kepada rakan-rakan lain di dalam rangkaian tuan/puan.

Bagi menyampaikan mesej ini, saya sempat membuka News Feed di Facebook dan print screen beberapa paparan untuk memudahkan kefahaman.  Berikut adalah beberapa contoh paparan: Continue reading


Kenapa Lelaki Mudah Gemuk Selepas Kahwin?

Untuk dimuhasabah.

Contoh gambar seorang lelaki sebelum berkahwin.  Dan 11 tahun selepas berkahwin.  Membesar dan melebar.  Perut pula kedepan.  Lebih 30kg naik. Gambar ini untuk dimuhasabah kita semua.

Ramai di kalangan lelaki, pada zaman bujang dahulu tubuhnya tidaklah besar, lebar atau gemuk.  Mungkin lebih kecil kelebarannya berbanding sekarang.  Namun selepas berkahwin, keadaan tersebut berubah.  Semakin membesar dan melebar jadinya.

“Muka kau sekarang ni bagai di pam-pamlah.  Bulat sungguh!”

“Bulatnya kau sekarang ni!”

“Uit, dah nampak dah perut tu.  Makin ke depan dah tu…”

Itulah antara komen-komen yang sampai ke telinga seorang lelaki apabila berjumpa rakan lama.

Kenapa boleh jadi begitu?  Kenapa lelaki mudah menjadi lebar atau besar selepas berkahwin?  Atau dalam bahasa yang kurang didengar – menjadi gemuk? Continue reading


Lebih Baik Curiga Jika Mahu Selamat (Taktik Jahat)

Kita selalu dipesan agar jangan menerima apa-apa makanan atau minuman yang diberikan oleh individu yang kita kurang kenali. Risiko diberikan makanan yang sudah dimasukkan bahan yang boleh memabukkan adalah tinggi. Kita akan mudah diapa-apakan sekiranya sudah menjadi khayal atau mabuk. Hal ini sudah kerap diceritakan orang berlaku kepada anak-anak gadis dan wanita. Dalam filem-filem selalu ditayangkan hal ini bagi menunjukkan bagaimana kemungkinan itu boleh berlaku.

Adakah makanan atau minuman yang di dalam bungkusan, iaitu yang belum dibuka selamat dari risiko ini?

Gambar di atas adalah antara teknik yang dilakukan oleh penjenayah Continue reading


4 Pilihan Buat Perokok

Memang sukar seseorang yang sudah terjebak dengan tabiat merokok untuk melepaskan tabiat yang buruk itu.  Walaupun begitu, ada juga yang telah berjaya keluar 100% atau mengurangkan tabiat merokok.  Tahniah buat golongan ini.  Antara faktor utama yang membuatkan mereka beriltizam meninggalkan tabiat buruk merokok itu ialah:

  1. Faktor agama.  (Merokok telah difatwakan haram oleh jumhur ulama  dan institusi-institusi mufti)
  2. Faktor kasih kepada orang yang tersayang.

Saya ada menulis tentang hal tersebut di sini:

Buat seseorang yang masih lagi terlibat dengan tabiat merokok, mereka tidak dapat lari dari membuat 4 pilihan ini setiap hari, iaitu: Continue reading


Gangguan Jin: Apa Ikhtiar Yang Boleh Dilakukan?

Berikut ialah antara ikhtiar segera yang boleh dilakukan oleh seseorang Muslim jika berhadapan dengan gangguan jin, contohnya kerasukan atau diusik dalam bentuk jelmaan atau usikan:

1.  Mula-mula sekali, beristighfarlah kepada ALLAH, tauhidkan ALLAH dan luruskan pengharapan yang tinggi bahawa hanya ALLAH yang boleh bantu untuk menyelesaikan masalah gangguan itu.

2.  Menyebut nama ALLAH dengan membaca “بسم الله” (bismillah) yang masudnya “Dengan Nama ALLAH” dan fahami bacaan tersebut.

3.  Memohon perlindungan dengan ALLAH dari Syaitan yang dilaknat dengan membaca beberapa kali dengan jelas.  Sebaik-baiknya fahami dan hayati sungguh-sungguh ayat tersebut.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجِيمِ

(a`udzu billahi minasy-syaitaniirajim)

Maksudnya:  “Aku berlindung dengan ALLAH dari Syaitan yang direjam.”

Continue reading


Nurin Jazlin, Sharlinie, Nurul Nadirah dan Kita

Semoga ALLAH memberikan kasih sayangNYA kepada ruh anak gadis kecil ini, amin…

Inna lillahi wa inna ilaihi raji`uun.  Sungguh, kita ini milik ALLAH dan sungguh kita ini kepadaNYA pasti akan kembali.  Seorang anak gadis kecil bernama Nurul Nadirah telah kembali bertemu dengan TUHANnya dan mudah-mudahan beliau mendapat kasih sayang yang melimpah-limpah daripada TUHANnya yakni ALLAH, amin…

Apa yang berlaku kepada adik Nurul Nadirah betul-betul membingungkan kita semua.  Beliau meninggal dunia dalam keadaan yang tragis (baca berita).

Hal ini meningatkan saya akan artikel lama dan beberapa nama lain yang turut hilang seperti Nurin Jazlin dan Sharlinie.  Baca di sini:

Dalam tulisan di atas, saya telah memuatkan satu video yang sangat baik untuk dijadikan peringatan dan pengajaran buat kita semua: Continue reading