Category Archives: Remaja

Semangat Budak Ini Bagi Salam

Belum sempat saya sampai ke tangga masjid, ada sorang budak bagi salam.

“Assalamu`alaikum!” Dia beri salam sambil tersenyum riang.

“Wa`alaikumussalam wa rahmatullah. Bagus-bagus! Siapa yang bagi salam dulu dia menang.” Jawab saya mesra kepadanya.

Senyum-senyum dia pandang kawannya di sebelah dan berbisik. Tapi suaranya saya dapat tangkap dengar.

“Hah kan aku dah cakap.” Bisiknya.

“Assalamu`alaikum!” Kawan di sebelahnya pula ucapkan salam kepada saya.

Saya jawab salamnya sambil memuji perbuatan mereka berdua lalu terus masuk ke dalam masjid.

Mereka berdua ni dalam lingkungan darjah 5-6 agaknya. Tapi dah mempunyai semangat yang tinggi dan berani untuk memulakan ucapan salam kepada orang lain. Ucapan salam pula jelas dan baik serta beradab.

Masih ramai yang belum ada semangat dan keberanian macam budak ni. Sedangkan ia sunnah Nabi Muhammad ﷺ. Memang dalam hadith diceritakan Nabi Muhammad ﷺ selalu mendahului salam kepada orang lain walau Baginda seorang pemimpin yang dihormati. Kenal atau tak kenal Nabi bagi salam belaka. Itulah perbuatan Nabi. Dan sangat wajar kita hidupkan sunnah Nabi ini.

Berebut-rebutlah bagi salam. Jangan malu dan segan. Ia perbuatan mulia yang sepatutnya dihidupkan.

Kalau nak baca lebih lanjut hadih-hadith pasal sunnah menyebar-luaskan ucapan salam, bacalah di sini:

https://muzir.wordpress.com/2011/06/17/keutamaan-menyebarluaskan-salam/

Dalam tu pun ada kisah `Abdullah bin `Umar radhiAllahu `anhuma yang sangat semangat menghidupkan sunnah menyebarluaskan salam ini. Boleh jadikan kisah tersebut sebagai motivasi dan tauladan.


Penghormatan Manusia Buat Wanita Yang Berhijab

hijabApabila seseorang wanita memakai hijab sebagaimana yang disyariatkan Islam, manusia lain secara umumnya akan menganggap wanita itu sebagai wanita yang mulia dan tidak patut diganggu.  Itulah perasaan yang tercampak ke dalam hati-hati manusia.  Mereka dengan mudah melihat wanita-wanita yang berhijab sebagai wanita terhormat, in shaa’ ALLAH.

Cuba tonton video ini yang menunjukkan reaksi berbeza manusia terhadap gangguan kepada wanita tidak berhijab VS wanita berhijab.  Sungguh pun video berikut bukanlah hujjah untuk menguatkan mesej di perenggan di atas, namun ia bisa menjadi suatu yang difikirkan iktibarnya. Continue reading


Buli – Bentuk Mereka, Jangan Laknat Mereka

Saya sudah menonton video buli tersebut.  Daripada cara dia membelasah, nampak sangat filem telah mempengaruhinya.  Ada unsur-unsur sebuah seni pertahanan diri yang remaja itu cuba tiru.

Saya dulu masa remaja banyak juga terpengaruh dengan filem-filem gaduh dan pertahanan diri, cuma tidaklah mempraktikkannya pada tubuh orang, melainkan melakukan stunt-stunt dan aksi-aksi tertentu sahaja.  Remaja memang mudah meniru.  Mereka banyak tenaga.

Itulah bahana TV, filem dan media.  Ia mudah masuk dan mencorakkan fikiran manusia terutama kanak-kanak.  Selepas berjaya mencorakkan pola fikir, kemudian tindakan biasanya akan menyusul.  Yang boleh berfikir, dia menapis.  Yang jarang berfikir, ‘habis’ – geleng kepala. Continue reading


Makin Singkat Atau Makin Labuh?

tudung labuhKetika memandu keluar dari sebuah IPT, saya ternampak beberapa kelibat pelajar-pelajar perempuan yang bertudung labuh.  Dalam hati, saya bersyukur kepada ALLAH kerana ia merupakan suatu pemandangan yang agak baharu di IPT tersebut.  Moga-moga ALLAH pelihara mereka, amin.  Dahulu, seingat saya tidak berapa biasa nampak pelajar-pelajar perempuannya bertudung labuh.

Tup-tup, saya terfikir sesuatu.  Lalu saya menelefon seorang kenalan saya yang bertugas sebagai pensyarah di IPT tersebut.

“Mal, bila kemasukan pelajar-pelajar baharu ke universiti engkau ni?”  Tanya saya kepada seorang pensyarah universiti yang saya kenali melalui telefon.

“Bulan lepas diorang masuk.”  Jawab kenalan saya itu.

“Oh, patut lah…….”  Bisik hati saya antara bersemangat dan tidak. Continue reading


Post Mortem Tahsin Akhlaq

Khamis lepas, iaitu pada 27 Disember 2012 lalu, satu program yang diberi nama Tahsin Akhlaq telah diadakan di Surau Raudhatul Firdaus, Taman Alam Budiman, Shah Alam.  Alhamdulillah, ia berjalan dengan lancar dengan disertai anak-anak lelaki dan perempuan sekitar taman tersebut.  Seramai 66 orang telah menghadirinya.

Antara yang disentuh ialah:

  1. Mesej surah al-Luqman ayat 12-19
  2. Berakhlaq Mulia Dengan Siapa?
  3. Bagaimana Berakhlaq Mulia?
  4. Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam Sebagai Ikutan Akhlaq Mulia.  (Beberapa sunnah Nabi telah dipilih dan dibincangkan.) Continue reading

Program Tahsin Solat

Pembantu saya sedang memeriksa kejelasan paparan di dinding.

Pembantu saya sedang memeriksa kejelasan paparan di dinding sebelum program dimulakan.

Alhamdulillah, program Tahsin Solat telah dapat dilaksanakan di Surau Raudhatul Firdaus, Taman Alam Budiman, Shah Alam dengan penyertaan hampir 70 orang kanak-kanak dan remaja.  Saya rasa-rasa itulah jumlah kehadirannya kerana bilangan ais-krim yang saya bahagi-bahagikan seorang satu jumlahnya ialah 70 batang ais-krim, hehe.  Ia adalah rezeki anak-anak ini apabila pada penutup program, tiba-tiba ada seorang ibu datang menaja ais-krim.  Semoga ALLAH memberkati beliau sekeluarga, amin. Continue reading


Wanita Bukan Untuk Diiklan-Iklan!

Telefon bimbit, kereta dan komputer riba apabila dipaparkan dan diiklankan bisa menaikkan kemahuan ramai untuk memilikinya.  Itu tidak mengapa.  Kerana telefon bimbit, kereta dan komputer riba dihasilkan dalam keadaan yang banyak dengan ciri yang sama, harga yang sama dan kepuasan yang sama.  Jika ada yang berminat dengan model tertentu, dia boleh pergi ke kedai lalu beli. Model atau spesifikasinya dihasilkan sama.  Semua orang boleh beli jika dia teringin memilikinya.

Tapi wanita tidak begitu!

Wanita apabila kalian memaparkan wajah kalian ke internet (Facebook contohnya), pasti ramai akan timbul keinginan untuk memiliki kalian.  Masalahnya kalian hanya dihasilkan satu sahaja, bukan berbilang-bilang.   Continue reading


Tips Menghadapi Peperiksaan

Saya ditanya oleh seorang mahasiswa apakah tips-tips yang boleh saya kongsikan untuk beliau menghadapi peperiksaan penting yang bakal beliau hadapi.

Allahu A`lam.  Meninggalkan terlalu lama dunia pembelajaran di sekolah dan universiti membuatkan nasihat saya mungkin tidak tepat dengan situasi beliau.  Mungkin beliau pun sudah tahu jawapannya.  Namun, ingin saya kongsikan suatu perkara yang teramat penting untuk semua kita semua hayati, iaitu:


Bekalan Menempuh Kehidupan Di Universiti

Siang tadi saya memenuhi temujanji dengan sekumpulan remaja yang ingin mendapatkan nasihat-nasihat sebelum mereka menginjakkan kaki ke dunia universiti.  Inisiatif yang mereka usahakan itu benar-benar membuktikan bahawa mereka adalah di kalangan remaja yang terdidik sahsiah mereka.

Betapa jarangnya remaja yang mahu mendengar nasihat, inikan pula mencari nasihat.  Saya ucapkan syabas kepada ibubapa dan guru-guru mereka.  Tentu sekali tahniah buat diri mereka sendiri.  Latar belakang pendidikan agama yang mereka perolehi selama ini sudah membuahkan hasil awalan.  Mudah-mudahan kembara ilmu mereka dalam bidang dan universiti pilihan masing-masing bakal membentuk diri mereka lebih mulia di sisi ALLAH kelak.

Moga-moga pertemuan sejam tersebut memberikan manfaat buat mereka semua, amin.  Mungkin ada baiknya juga saya menyusunnya semula di blog ini supaya sebahagian daripada nasihat-nasihat itu dapat turut sama dimanfaatkan oleh remaja-remaja lain, insyaALLAH. Continue reading


Ceramah Persiapan Menghadapi Ramadhan di SAMTISH

Semoga ALLAH pelihara mereka, amin…

Alhamdulillah, petang tadi saya diberi peluang oleh ALLAH Subhanahu wa Ta`ala meluangkan masa selama 1 jam 30 minit bersama pelajar-pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTISH), Kampung Jawa, Klang.  Saya tiba jam 2.50 petang dan disambut oleh Ustadz Faaiz.  Sampai di dewan besar disambut pula oleh pengerusi majlis, yang namanya juga Ustadz Faiz.  Lebih kurang jam 3.05 petang, mikrofon diserahkan kepada saya. Continue reading