Category Archives: Nasihat & Tadzkirah

“Abah, Macam Mana Nak Ada Rasa Takut Kat ALLAH?”

Soalan ni ditanya oleh anak berumur 9 tahun kepada saya. Saya tersentap.

Berat nak bantu jawab.  Sebab abahnya sendiri pun ‘miskin’ dengan sifat tersebut.  Namun sebagai bapa, kita kena bantu anak dengan tujuan anak dapat panduan dan tunjuk ajar.

Tidak lain dan tidak bukan ‘supplement’ untuk menyuburkan rasa takut diri kepada ALLAH ialah dengan membaca al-Qur’an. 

Bukan baca saja-saja.  Tapi baca dengan sungguh-sungguh mahu memahaminya.  Bukan baca dengan laju dan terburu-buru seperti mahu mengejar sesuatu.  Tapi membacanya perkataan demi perkataan mahu menghayatinya.  Kerana al-Qur’an itu ialah petunjuk yang dapat membimbing manusia yang mahu mempunyai sifat taqwa kepada ALLAH.  Dan rasa takut kepada ALLAH adalah salah satu dari makna taqwa itu. 

Di dalam al-Qur’an sarat dengan mesej yang mensifatkan ALLAH.  Sifat TUHAN seluruh alam.  Dengan mengenali sifat-sifat ALLAH, manusia akan kenal lebih dekat akan keagungan ALLAH.  Bukan sahaja rasa takut, malah pelbagai rasa akan muncul dalam diri.  Hormat, segan, cinta, kagum, rindu, rendah diri, tunduk, hina dan 1001 perasaan akan menyusul juga.

Saya tanya kepada anak.  Kenapa dia ada rasa takut kepada sebahagian makhluk?  Walhal makhluk itu semuanya adalah ciptaan ALLAH belaka. Tentulah yang mencipta lebih hebat dan agung dari yang dicipta.

Saya berikan beberapa contoh sebagai latihan berfikir dan merenung.  Supaya dia mengerti bagaimana rasa takut itu boleh hadir dalam jiwanya. Rasa takut itu hadir kerana kita kenal makhluq tersebut, biasa dengar cerita mengenainya, nampak sifatnya dan dapat lihat zahir fizikalnya.

Ya!  Nak hadirkan rasa takut kepada ALLAH ialah dengan cara mengenali ALLAH.  Nak kenal ALLAH, hendaklah dengan al-Qur’an.  Ulang dan ulang baca.  Ulang dan ulang berusaha untuk memahami mesej-mesej di dalamnya. Supaya terus sebati. Supaya dapat istiqamah sampai mati.

Iman itu naik dan turun.  Supaya iman kita terus bertambah dan tidak lekas turun, al-Qur’an hendaklah dijadikan dampingan hidup.  Iman kepada perkara ghaib terutama iman kepada ALLAH dan Hari Kiamat sangat ampuh disegarkan dengan al-Qur’an. 

Selain al-Qur’an, dengan membaca serta mendengar hadith-hadith Nabi dan kisah-kisah ketaqwaan para salafussoleh juga dapat membantu kita mempunyai rasa takut kepada ALLAH.

Sesungguhnya rasa takut kepada ALLAH adalah sesuatu yang sangat tinggi dan penting untuk dimiliki.  Orang-orang soleh dan alim sejak zaman salafussoleh selalu berusaha memilikinya dan mereka meminta kepada ALLAH agar dibantu dapat memilikinya.  Berdoalah kepada ALLAH agar DIA membimbing kita.

Semoga ALLAH kurniakan kita sifat takut kepadaNYA dan mampu beristiqamah dengan sifat tersebut dalam kehidupan kita sampai mati.

Soalan anak tersebut adalah suatu tadzkirah kepada saya.  Ia mengetuk hati saya yang selalu lalai.  Mengajak saya agar memuhasabah diri akan kepentingan mempunyai sifat takut kepada ALLAH dan berusaha menerapkan sifat tersebut setiap masa dalam kehidupan.

Siapa kata anak tak boleh menasihati ibubapanya.  Inilah salah satu caranya.  Iaitu dengan membangkitkan soalan-soalan cepu emas seperti ini.  Terima kasih wahai anak.  Semoga ALLAH pelihara kita semua.


“Bang, Sekarang ni Orang Tak Berapa Baca Dah al-Qur’an”

“Bang, sekarang ni orang tak berapa baca dah al-Qur’an” kata seorang AJK masjid ketika saya nak hantar al-Qur’an yang diwaqafkan oleh orang-orang yang budiman.

Ketika itu negara sedang pulih dari COVID19. Memang masjid agak lengang. Saya akui apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut benar. Bukan sahaja naskhah al-Qur’an tak berapa disentuh oleh ahli jemaah masjid, bilangan yang datang pun tak ramai. Lesu sahaja kelihatan suasana dalam masjid.

Saya teruskan sahaja meletakkan al-Qur’an di tempat-tempat strategik dalam masjid dengan harapan agar naskhah al-Qur’an tersebut mudah dicapai serta kelihatan menarik untuk diambil dan dibaca. Apatah lagi kulitnya menarik berwarna-warni dan nampak eksklusif. Kalau buka di dalam, persembahannya lebih menarik. Ditambah pula dengan adanya terjemahan maksud al-Qur’an. Hasratnya agar bukan sahaja al-Qur’an itu dibaca ayatnya, tapi juga difahami!

Lagipun sasaran penggunaan al-Qur’an waqaf tersebut bukanlah seminggu dua atau sebulan dua, tapi bertahun-tahun hingga berbelas atau berpuluh tahun. Mudahan-mudahan bermanfaat dalam tempoh yang panjang.

Tak lama selepas itu selepas situasi COVID19 negara agak pulih, saya singgah ke masjid tersebut untuk solat fardhu. Kelihatan salah satu al-Qur’an yang diletakkan di situ sedang dibaca oleh seorang lelaki. Naskhah satu lagi berada di saf hadapan di atas sebuah rehal. Kedudukan naskhah-naskhah al-Qur’an yang lain pula berada di sana sini dalam masjid. Ini memberi isyarat kepada saya bahawa naskhah-naskhah al-Qur’an tersebut telah mula dimanfaatkan orang ramai. Bukan terbiar begitu sahaja. Saya lega dan gembira.

Kita buat je apa yang patut kita buat. Selebihnya serah kepada ALLAH. Moga-moga perbuatan baik yang kita cuba usahakan, ALLAH sudi terima dan redho serta membalas kita dengan kebaikan dari sisiNYA. Aamiin…

Terima kasih buat semua yang menyokong usaha ini.

Tuan/puan boleh sertai usaha ini di pautan berikut:

https://ilannur.onpay.my/order/form/waqaf


Tanggapan Kepada Jin Terus Berubah Setelah Baca Sirah

Ada banyak iktibar yang saya perolehi dari membaca buku Sirah Nabawiyyah ar-Rahiq al-Makhtum. Terutama dalam usaha nak memahami jiwa dan perasaan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Tanggapan saya kepada golongan jin juga berubah ketika membaca buku ini. ALLAH memberitahu Nabi bahawa ada segolongan jin menyahut seruan Nabi (tanpa pengetahuan Nabi). Sedangkan ketika itu segolongan manusia mengejek dan membaling batu kepada Baginda. Berita ini dapat menjadi penawar kepada sakit dan penat Nabi setelah dihambat oleh manusia. Manusia tak terima. Jin terima.

Jin adalah saudara makhluq kepada manusia. Ramai manusia bersangka buruk kepada mereka disebabkan oleh tindakan sebahagian jin yang nakal dan degil. Saya tak anggap mereka golongan jahat yang mengusik manusia. Mereka adalah seperti kita. Yang juga ditaklif atas mereka akan perbuatan pahala dan dosa. Bermasyarakat dan bermuamalah juga. Tapi dengan cara mereka. Pengalaman di Makkah baru ni ketika buat haji pun ada dapat pendedahan baharu pasal sikap jin sesama mereka. Sebahagian mereka bukan sengaja nak kacau manusia, tapi kadang-kadang muamalah mereka sesama mereka ada melibatkan manusia terutama jin yang melangkaui batas peraturan agama.

Terlalu banyak ibrah dapat kita keluarkan dari sirah Nabi Muhammad ﷺ. Kadang-kadang apabila datang sesuatu situasi dalam masyarakat dalam negara dan seluruh dunia, kita dapat mengaitkannya dengan sirah. Apakah perbuatan Nabi dan sikap para Sahabat dalam berhadapan situasi seumpama itu. Sekurang-kurang kita ada sedikit sebanyak panduan untuk diri sendiri.

Menariknya baca buku sirah ni, ia disusun ikut kronologi. Mudah faham konteksnya berbanding membaca potongan-potongan kisah. Apatah lagi kalau buku sirah tu meletakkan sekali ayat al-Qur’an dalam Bahasa Arab bukan sekadar terjemahan. Itu lebih memberi kesan yang syahdu ke dalam qalbu.

Bacalah sirah Nabi di samping lain-lain bahan bacaan penting. Baca sirah bukan sekadar nak tahu kisah, tapi yang lebih penting ialah ibrah yang diceduk buat bekalan menjadi hamba ALLAH yang 100% menyerah.

SIRAH NABAWIYYAH AR-RAHIQ AL-MAKHTUM
https://ilannur.onpay.my/


Semangat Budak Ini Bagi Salam

Belum sempat saya sampai ke tangga masjid, ada sorang budak bagi salam.

“Assalamu`alaikum!” Dia beri salam sambil tersenyum riang.

“Wa`alaikumussalam wa rahmatullah. Bagus-bagus! Siapa yang bagi salam dulu dia menang.” Jawab saya mesra kepadanya.

Senyum-senyum dia pandang kawannya di sebelah dan berbisik. Tapi suaranya saya dapat tangkap dengar.

“Hah kan aku dah cakap.” Bisiknya.

“Assalamu`alaikum!” Kawan di sebelahnya pula ucapkan salam kepada saya.

Saya jawab salamnya sambil memuji perbuatan mereka berdua lalu terus masuk ke dalam masjid.

Mereka berdua ni dalam lingkungan darjah 5-6 agaknya. Tapi dah mempunyai semangat yang tinggi dan berani untuk memulakan ucapan salam kepada orang lain. Ucapan salam pula jelas dan baik serta beradab.

Masih ramai yang belum ada semangat dan keberanian macam budak ni. Sedangkan ia sunnah Nabi Muhammad ﷺ. Memang dalam hadith diceritakan Nabi Muhammad ﷺ selalu mendahului salam kepada orang lain walau Baginda seorang pemimpin yang dihormati. Kenal atau tak kenal Nabi bagi salam belaka. Itulah perbuatan Nabi. Dan sangat wajar kita hidupkan sunnah Nabi ini.

Berebut-rebutlah bagi salam. Jangan malu dan segan. Ia perbuatan mulia yang sepatutnya dihidupkan.

Kalau nak baca lebih lanjut hadih-hadith pasal sunnah menyebar-luaskan ucapan salam, bacalah di sini: https://muzir.wordpress.com/2011/06/17/keutamaan-menyebarluaskan-salam/

Dalam tu pun ada kisah `Abdullah bin `Umar radhiAllahu `anhuma yang sangat semangat menghidupkan sunnah menyebarluaskan salam ini. Boleh jadikan kisah tersebut sebagai motivasi dan tauladan.


Kaedah Untuk Menyaring Dana Dari KWSP

Saya rasa ramai telah maklum bahawa pelaburan KWSP memang tidak menepati syariah Islam.  Ia isu lama yang belum diselesaikan hingga kini dan sukar untuk diselesaikan melainkan dengan iman yang sangat tinggi di kalangan pemimpin-pemimpin kita.  Surat ini dengan jelas menyatakan ketidakpatuhan syariah dana KWSP (sumber web ustadz Zaharuddin).

Hendak keluarkan semua memang tak boleh melainkan telah sampai umur persaraan.  Tapi kalau hendak keluarkan sebahagian memang boleh berdasarkan syarat-syarat yang telah ditentukan oleh KWSP.  Silalah merujuk kepada KWSP.

Sudah tentulah apabila duit di dalam KSWP lama disimpan dan dilaburkan di dalamnya, maka bercampur-campurlah antara yang halal, syubhah dan yang haram.  Yang halal berpunca dari duit caruman kita dan majikan serta pelaburan-pelaburan yang halal yang dilakukan oleh KWSP.  Manakala yang haram berpunca dari pelaburan-pelaburan yang tidak patuh syariah.

Jadi, bagi orang yang beriman tentunya mereka tertanya-tanya bagaimana agaknya hendak memisahkan antara yang halal dan haram setelah duit di dalam dana tersebut beranak-pinak secara compounding sekian lama?  Tentu melibatkan pengiraan yang kompleks.  Dan ini pastinya menyusahkan orang awam yang mahu menitik beratkan soal halal dan haram ini.

Continue reading


“Kalau Nak Boikot Sangat, Boikotlah Facebook tu” ???

“Kalau nak boikot sangat, boikotlah Facebook tu sekali!”

Itulah ungkapan yang saya baca beberapa kali di Facebook yang keluar dari mulut orang yang memandang sinis terhadap usaha boikot.

Mereka bukan hanya dengan sinis menyuruh boikot Facebook, malah juga menyuruh orang-orang yang menyokong usaha boikot supaya turut memboikot perisian komputer dan teknologi moden.  Alasan mereka kerana penyumbang-penyumbang teknologi ini terdiri dari Yahudi, Nasrani dan malah ada sebahagiannya yang cenderung kepada kezaliman yang dilakukan terhadap ummat Islam. Continue reading


Boikot Cara ‘Pro’?

Beberapa hari lepas saya terbaca di Facebook mengenai dua contoh perbuatan boikot yang dikatakan cara boikot yang profesional.

Ah, saya berasa tidak selesa dengan perkongsian tersebut.  Saya biarkan sahaja kerana menganggap ia tidak penting.  Saya agak pasti tentu ramai tidak setuju.  Tetapi memandangkan perkongsian tersebut keluar di News Feed beberapa kali, maka saya kira perlu juga disentuh perkara tersebut.  Saya risau jika ia dicontohi. Continue reading


Banyakkan Berdoa Ketika Dalam Perjalanan Jauh

image

Perjalanan yang jauh memang memenatkan.  Bukan hanya disebabkan oleh jarak, tetapi juga dugaan fizikal dan mental yang terpaksa dihadapi.  Apatah lagi jika berlaku musibah di tengah-tengah perjalanan seperti kenderaan rosak, kesesakan luar biasa, kemalangan dan cuaca buruk.  Tentulah lebih menyusahkan. Continue reading


Inilah Yang Terjadi Apabila Video Menjadi ‘Viral’

viral-video-imageSaban waktu ada sahaja video-video yang menjadi viral di media-media sosial seperti Facebook dan Youtube.  Itulah istilah yang digunakan oleh pengguna internet.  Sesuatu video disebut viral video apabila ia menjadi begitu popular secara mendadak melalui perkongsian oleh pengguna-pengguna internet.

Tema viral video ada bermacam-macam jenis.  Ada lucu, berita tergempar, aksi luar biasa, kontroversi, skandal dan lain-lain lagi.  Ada yang sengaja disebarkan oleh si pelaku aksi sendiri dan ada juga yang disebarkan oleh si perakam tanpa kebenaran si pelaku aksi.  Ada yang bertujuan menyebarkan maklumat, perkongsian, hiburan, iktibar.  Dan ada juga yang secara sengaja mendedahkan aib orang lain.

Walau apapun tujuan dan niat si penyebar video, perkara berikut pasti akan berlaku.  Iaitu video tersebut pasti ditonton oleh ribuan malah jutaan manusia kerana ia sudah menjadi viral. Continue reading


Risiko Mempunyai ‘Smartphone’

Sedang Abdullah beriktikaf di sebuah masjid di Shah Alam, tiba-tiba beliau terperasan ada seorang lelaki Bangladeshi asyik memandangnya sejak dari tadi.  Lelaki itu memandang-mandang dari tempat duduknya yang kira-kira 4 meter jaraknya.  Sedang beriktikaf juga.

Walaupun Abdullah berasa pelik, namun beliau tidak mempedulikannya kerana ramai orang sedang duduk-duduk di dalam kawasan yang sama.  Beliau tidak risau.  Cuma berasa tidak selesa.

Lama kemudian, lelaki berkurta putih itu pun bangun dan datang menghampiri Abdullah.  Abdullah menjeling.  Semakin pelik.

Dengan ramah, lelaki itu terus mengucapkan salam lantas terus bertanya: Continue reading


%d bloggers like this: