Waqaf Kitab

Assalamu`alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah. Usaha edaran untuk waqaf kitab al-Quran dan kitab agama ini pada asalnya dilakukan di kalangan ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja.

Namun, setelah mendapati madrasah Tuan Guru Sheikh Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman rosak teruk akibat banjir besar yang melanda Kelantan akhir tahun 2014, maka usaha lebih besar telah diadakan. Bukan sahaja ahli keluarga dan rakan-rakan, bahkan yang tidak dikenali pun turut sama membantu bagi membekal buku-buku agama (ketika itu terlalu ramai membekalkan al-Quran) khususnya untuk perpustakaan Madrasah Muhammadiyyah Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan yang telah terjejas teruk.

madrasah muhammadiyyah

Bertitik-tolak dari usaha tersebut, maka ia melahirkan usaha yang seterusnya iaitu pengedaran kitab-kitab al-Quran dan kitab-kitab agama ke pelbagai masjid, surau, sekolah, institusi dakwah dan pusat kebajikan. Semoga ALLAH berkati usaha ini dan mengganjarkan semua yang terlibat (khususnya para penyumbang) dengan kebaikan di dunia dan di Akhirat, amin…

Bagaimana mahu menyertai usaha ini?

Hubungi saya di 019-3826408 untuk maklumat lanjut atau tunggu pengumuman dari saya untuk projek waqaf kitab yang seterusnya dari semasa ke semasa.  Biasanya projek khas waqaf kitab adalah berdasarkan permintaan atau keperluan pihak-pihak tertentu samada untuk pengajian, kebajikan dan lain-lain lagi.  Jika tuan/puan mempunyai hasrat khusus untuk disalurkan kitab al-Quran atau kitab agama ke pihak tertentu, maka itu lebih baik.

In shaa’ ALLAH, hasrat tuan/puan akan ditunaikan seberapa segera setelah pihak saya membuat pilihan ke mana untuk dihantarkan kitab al-Quran atau kitab agama tersebut.  Sebarang pertanyaan atau urusan, tuan/puan boleh ajukan kepada saya melalui nombor telefon di bawah.  Semoga ALLAH berkati kita semua, amin…

SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR, 019-3826408

____________________________________________

Di bawah ini adalah senarai pihak-pihak masjid, surau, sekolah, institusi dakwah dan pusat kebajikan yang pernah mendapat manfaat dari usaha ini. Sebahagian darinya telah dibekalkan lebih dari sekali:

SELANGOR

  1. Masjid al-I`tisam, TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.
  2. Pusat Asuhan Tunas Islam, TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.
  3. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
  4. Surau Raudhatul Firdaus, Taman Alam Budiman, Shah Alam, Selangor.
  5. Surau al-Mawaddah, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
  6. Surau al-Ikhwan, Taman Sandaran Permai, Shah Alam, Selangor.
  7. Pusat Islam Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
  8. Sekolah Rendah Agama TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.
  9. Masjid al-Falah, Kampung Budiman, Seksyen U14, Shah Alam, Selangor.
  10. Masjid at-Taqwa, Desa Subang Permai, Shah Alam, Selangor.
  11. Madrasah Khairul Kalam, Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor.
  12. Pusat Tahfiz Ihya Ulum Wahyu, Meru, Klang, Selangor.
  13. Masjid asy-Syarif, Meru, Klang, Selangor.
  14. Masjid Nurul Jannah, Jalan Jabar, Meru, Klang, Selangor.
  15. Yayasan Usuluddin Malaysia, Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor.
  16. Surau ar-Raudhah, Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor.
  17. Sekolah Agama Menengah Nurul Iman, Bukit Cherakah, Klang, Selangor.
  18. Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamudin, Sungai Bertih, Klang, Selangor.
  19. Masjid al-Islah, Kampung Sementa, Klang, Selangor.
  20. Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Kampung Jawa, Klang, Selangor.
  21. Sekolah Agama Menengah Bestari, USJ, Subang, Selangor.
  22. Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor.
  23. Surau Kiyai Haji Redzwan, Jalan Belimbing, Meru, Klang, Selangor.
  24. Surau al-Fattah, Pangsapuri Lili, Taman Bukit Subang, Selangor.
  25. Masjid Saujana Utama, Saujana Utama 2, Sungai Buloh, Selangor.
  26. Masjid at-Taqwa, Kampung Bukit Kapar, Selangor.
  27. Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor.
  28. Majlis Iftor Amal Perdana, Khatam al-Quran dan Sumbangan Amal Kebajikan bersama Mufti WP Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, anjuran Syabab Care di Gombak, Selangor.
  29. Masjid Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
  30. Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  31. Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor, Selangor.
  32. Masjid Makmuriah, Sungai Besar, Selangor.
  33. Darul Quran Maahad Tahfiz Al-Quran wa Ulumuddin, Sungai Besar, Selangor.
  34. Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah, Sungai Besar, Selangor.
  35. Masjid ar-Raudhah, Tanjung Karang, Selangor.
  36. Masjid Ma’muniah, Sungai Nipah, Selangor.
  37. Masjid Jami` Ma`muriah, Sungai Besar, Selangor.
  38. Rumah Jagaan Amal Asyura, Desa Coalfield, Sungai Buloh, Selangor
  39. Rumah Siti Khadijah Anak-Anak Yatim Puteri, Meru, Klang, Selangor.
  40. Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin, Sungai Pinang, Klang, Selangor
  41. Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Klang, Selangor
  42. Rumah Aman 2, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor
  43. Asrama Anak-anak Yatim, Kg Damai, Kuang, Rawang, Selangor
  44. Pertubuhan Anak Yatim & Kebajikan Darul Izzah, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  45. Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim Miskin, Sungai Besar, Selangor.
  46. Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Sabak Bernam, Selangor.
  47. Rumah Safiyyah, Taman Alam Budiman, Shah Alam, Selangor.
  48. Akademi Generasi Al-Falah, Sungai Buloh, Selangor.
  49. Makmal al-Quran, Jabatan Pengajian al-Quran, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
  50. SMK Telok Gadong, Klang, Selangor.
  51. SMK TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.
  52. SMK Meru, Klang, Selangor.
  53. SMK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
  54. SRA Bukit Kapar, Klang, Selangor.

KUALA LUMPUR

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur, Bandar Menjalara, Kepong, Kuala Lumpur.
  2. Pusat Pembelajaran Komuniti, Chow Kit, Kuala Lumpur (di bawah usaha StreetNgaji oleh NGO Rose2Rose dan I-Bantu IKRAM)

NEGERI SEMBILAN

  1. Masjid Nurul Ihsan, Rasah Kemayan, Seremban, Negeri Sembilan.
  2. Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR), Port Dickson, Negeri Sembilan.

JOHOR

  1. SMA Lughatul Arabiah, Tangkak, Johor.
  2. Maktab Rendah Sains Mara, Muar, Johor.
  3. SMK Taman Damansara Aliff, Johor Bahru, Johor.

PERAK

  1. Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran wal Qiraat Pondok Darul Furqan, Ipoh, Perak.
  2. Sekolah Kebangsaan Tambun, Ipoh, Perak.
  3. Maahad Tahfiz Nur al-Salam, Selama, Perak.
  4. Maahad Tahfiz Bayt az-Zakiah, Ipoh, Perak.

TERENGGANU

  1. Institut Tahfiz Al-Quran Al-Mizan, Bukit Besi, Dungun, Terengganu.
  2. Masjid Rusila, Marang, Terengganu.
  3. Maahad Darul Quran, Rusila, Marang, Terengganu.
  4. Masjid Bandar Marang, Marang, Terengganu.
  5. Madrasah Darul Hikmah, Chukai, Kemaman, Terengganu.
  6. SMA Sultan Ismail, Dungun, Terengganu.
  7. SM Imtiaz Kemaman, Terengganu.
  8. Kelas Bimbingan Saudara Kita, Dungun, Terengganu.
  9. Surau Baitun Najihin, Sekolah Menengah Sains, Dungun, Terengganu.
  10. SK Sura, Dungun, Terengganu.

KELANTAN

  1. Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.
  2. Masjid Tok Guru, Pulau Melaka, Kelantan.
  3. Masjid Darul Kautsar, Pusat Pengajian al-Quran Darul Kautsar, Bachok, Kelantan.
  4. Darul Hadith an-Nabawi, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.
  5. Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim, Malaysia (Cawangan Kelantan), Kota Bharu, Kelantan.

PULAU PINANG

  1. Madrasah Manabi ul-`Ulum (Pondok Penanti), Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

SABAH

  1. Pusat Dakwah As-Syahadah, Keningau, Sabah.
  2. Masjid-masjid dan surau-surau sekitar Kg Sg Udin, Tawau, Sabah.  (projek di bawah kelolaan Imam Mustapha Nakirun)
  3. Pusat dakwah dan dan pembelajaran di Kg. Sinisian, Kundasang, Ranau, Sabah (kelolaan puan Noorishawaldiza).

SARAWAK

  1. Masjid-masjid dan surau-surau di daerah Kabong, Sarawak (projek di bawah kelolaan ustadz Anuwi bin Jusoh)

INDONESIA

  1. Perkampungan di Riau, Indonesia (anjuran Global Islamic Students Outreach (GISO 2018), USIM di bawah program Jejak Sinar Ilmu di Bumi Riau, Indonesia)

Dan lain-lain lagi yang tak mampu hendak disenaraikan.


%d bloggers like this: