Ada orang minat nak beli buku agama, tapi tiada bajet.
Ada orang tak terfikir nak baca buku agama, tapi kalau orang bagi, dia baca je. Malah dia hargai dan memanfaatkan ilmu tersebut.
Ada orang sibuk dan leka dengan urusan harian, sampai tak peduli pasal agama dan ilmu agama.
Ada orang tak tahu nak baca buku agama yang mana sebab terlalu banyak dalam pasaran.
In shaa ALLAH, kami merancang untuk berjumpa masyarakat di jalanan, di kedai/gerai, di sekolah, di masjid/surau, di taman rekreasi dan kawasan sekitar bandar Dungun untuk meningkatkan kesedaran beragama dan mempertingkatkan pengetahuan agama dengan cara memberikan buku-buku agama yang sesuai dan baik kepada mereka.
Kami mengajak tuan/puan memberikan sokongan kepada projek kecil ini dengan menampung harga buku-buku yang akan diagihkan. Tuan/puan belanja harga buku, kami agihkan.
Moga dengan Projek BELANJA BUKU yang diadakan ini bermanfaat kepada semua yang tersenarai di atas dan lain-lain golongan juga.
Ramadhan dah dekat. Semoga usaha ini dapat menyedarkan masyarakat umum akan kepentingan beragama dan kepentingan meningkatkan ilmu agama di samping sibuk dengan urusan penting harian yang lain.
Ayuh! Semoga keterlibatan anda menyumbang dalam projek ini memanfaatkan diri sendiri dan masyarakat. Semoga ALLAH terima ia sebagai amalan soleh yang dapat memberatkan timbangan amal kita kelak pada Hari Akhirat. Aamiin…
Maklumat lanjut:
https://ilannur.onpay.my/order/form/belanjabuku
Terima kasih atas sokongan tuan/puan untuk merealisasikan usaha ini. Semoga ALLAH berkati.
SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
019-3826408
Dungun, Terengganu Darul Iman.
Laporan:
Alhamdulillah, telah selesai apa yang cuba diusahakan oleh projek kecil ini. Walau tak dapat mencapai skala yang diharapkan, namun ia berjaya juga dilaksanakan dengan kadar yang ada. Terima kasih kepada semua yang terlibat menyumbang dan menyokong hasrat projek ini. Semoga ALLAH balas semuanya dengan kebaikan. Aamiin…
Sebanyak 36 buah buku dan majalah tajaan para penyumbang yang budiman telah disampaikan kepada orang ramai dalam rangka bertemu masyarakat awam menyebarkan risalah khas berkaitan Ramadhan. Jelas terpancar keterujaan mereka apabila diberitahu ada orang belanja mereka buku agama. Tentu seronok dapat hadiah buku kan? Semoga ia bermanfaat buat merancakkan lagi semangat, ilmu dan iman mereka semua.
In shaa ALLAH, jika ada sokongan yang lebih besar, usaha ini akan dilakukan lagi pada masa akan datang. Hubungi saya jika tuan/puan ingin berkongsi idea bagi menambahbaikkan lagi usaha ini. Harapnya lebih banyak buku dapat diberikan dan lebih ramai akan tersenyum gembira apabila dikhabarkan bahawa ada orang belanja mereka buku agama. 🙂
Semoga ALLAH berkati kita semua.
Di bawah ini adalah beberapa gambar yang sempat dirakam.