Tag Archives: palestin

9/11, Palestin dan al-Qur’an

Pasca peristiwa 9/11 (11 September 2001) dulu, membuak-buak masyarakat barat marah dan menuduh peristiwa tersebut dilakukan oleh orang-orang Islam.  Sana-sini diadakan sekatan dan tekanan kepada ummat Islam terutama di Amerika Syarikat dan Eropah.

Namun, di sebalik melarat kebencian dunia kepada Islam dan ummat Islam, ramai juga di kalangan orang bukan Islam terutama dari benua barat cuba berfikir dan menyelidik.  Mereka cuba menyemak kitab suci ummat Islam iaitu al-Qur’an untuk mengetahui sisi buruk ajaran Islam.  Benarkah ajaran Islam menganjurkan keganasan?  Apakah lagi elemen negatif yang terkandung di dalamnya?

Ada yang ingin mencari keburukan.  Tak kurang juga yang cuba menyelami dan cuba memahami ajaran Islam yang sebenar.

Bukan keburukan yang mereka temui. Sebaliknya, mereka temui kebenaran dan keindahan. Hasilnya, ribuan malah puluhan ribu masuk Islam beberapa tahun selepas itu terutama di negara yang majoriti Kristian seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia. Alhamdulillah.

Peristiwa terbaru yang kini berlaku di Palestin juga sedang menatijahkan perkara yang sama. Selepas 7 Oktober 2023, wujud trend di media sosial orang yang bukan Islam di barat tertanya-tanya tentang sikap orang Islam di Palestin yang kelihatan tetap bersabar dan redho terhadap ujian yang menimpa mereka.

Kejahatan rejim zionist yang mengebom ke penempatan orang awam bahkan mengebom bangunan seperti masjid, sekolah dan hospital telah mengakibatkan ribuan penduduk Gaza termasuk wanita, kanak-kanak dan orang sakit menjadi korban.  Di sebalik kesengsaraan mangsa pengeboman tersebut, kelihatan mereka tetap sabar disebabkan oleh faktor dalaman yang kuat dan jitu.

Mereka merujuk kepada TUHAN akan susah payah mereka.  Mereka tetap bertahmid dengan menyebut “alhamdulillah”, bertakbir “Allahu akbar”, beristirja` “inna lillahi wa inna ilaihi raji`un” dan bermacam-macam ucapan yang memasrahkan diri mereka kepada TUHAN.

Para pengguna media sosial khususnya dari barat bingung dengan sikap tersebut.  Mereka pelik bagaimana penduduk Palestin khususnya Gaza yang kini dizalimi bertalu-talu oleh rejim jahat zionist boleh menghadapinya dengan sangat tabah dan redho.

Mereka lalu mencari kitab al-Qur’an untuk memahami apakah inti pegangan orang-orang Islam di Palestin sehingga begitu kuat menghadapi ujian getir kemusnahan dan kematian. Mereka ramai-ramai buka dan baca al-Qur’an. Bukan sahaja baca berdasarkan kitab terjemahan yang mereka telah beli tapi juga menganalisis mengikut kadar kemampuan masing-masing. Ternyata ramai terkejut dan mula nampak kebenaran serta keindahan Islam.

Banyak kata-kata semangat yang meneguhkan jiwa di dalam al-Qur’an.  Banyak kisah para Nabi di dalamnya yang mana ia menjadi contoh kekuatan iman dan kesungguhan.  Banyak mesej tentang Hari Akhirat yang mana ia merupakan kegembiraan untuk yang beriman dan kesengsaraan untuk yang engkar kepada TUHAN.

Dengan membaca satu per satu ayat al-Qur’an, mereka merasakan bahawa TUHAN benar-benar bercakap dengan mereka. Mereka mengalami perasaan yang selama ini mereka tak pernah alami ketika membaca kitab suci agama mereka. Kali ini mereka merasai seperti sedang berkomunikasi dengan TUHAN yang sebenar melalui kitab suci yang benar.  Di media sosial mereka menyatakan pengalaman masing-masing bagaimana al-Qur’an menyentuh jiwa mereka yang paling dalam.

Sejuk hati melihat situasi ini.  Alhamdulillah.

Walau kita rasa marah dan geram terhadap kezaliman yang berlaku kepada saudara-saudara kita di Palestin dan di lain-lain tempat di pelusuk dunia, namun hendaklah kita sedar bahawa itu semua dalam pengetahuan dan kawalan ALLAH.  Ia ujian buat kita semua.

Yang dizalimi diuji dengan kesabaran.  Kita yang tak dizalimi sekarang ini diuji dengan pilihan tindakan.  Doakah kita?  Bantukah kita?  Sensitifkah kita?  Cintakah kita kepada saudara-saudara seIslam kita?

Setiap peristiwa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita serahkan segala urusan kepada ALLAH serta redho dengan taqdir ketentuan yang berlaku setiap hari kepada kita. Samada taqdir itu baik atau buruk, kita tetap serahkan jiwa kepada TUHAN. Sabar dan redho serta syukur. Berusaha untuk hidup dalam Islam dan mati dalam Islam.

Semoga ALLAH buka hati sekalian manusia dan jin untuk masuk Islam. Kenal ALLAH, sembah ALLAH dan tidak syirikkanNYA. Aamiin… 🤲


Doa, Doa dan Doa!

Entahlah!

Setiap hari scrolling berita dan video tentang keadaan di Palestin, melihat penderitaan mereka, tangisan dan jeritan mereka, kedhaifan mereka, darah dan air mata mereka, berlari ke sana sini bergegas dalam kecemasan; tapi kita di sini tak boleh nak buat apa-apa pergi kepada mereka membantu. Sangat rasa tak puas hati. Dunia pula masih bercakap-cakap dan memerhati sedangkan jiwa manusia saban minit ada yang cedera dan mati.

Terasa sangat tak berguna dan lemahnya diri. Terasa sangat harga diri dirobek-robek di hadapan mata melihat saudara kita, wanita kita dan anak-anak kita di sana diseksa emosi dan fizikal mereka. Kita di sini pula hanya boleh melihat dan menonton dari jauh tanpa boleh terlibat secara langsung mengurangkan kesakitan mereka, jauh sekali membela mereka.

Entahlah!

Kita semua akan disoal pada Hari Akhirat nanti. Mereka akan dakwa kita pada Hari Akhirat nanti. Tentang pengabaian kita. Tentang lesunya kita terhadap isu saudara-saudara kita yang ditindas dan dizalimi.

Kita semua akan ditanya.
Persiapkanlah jawapan dari sekarang.

“Ya ALLAH, selamatkan orang-orang beriman yang tertindas”. Potongan doa dari doa qunut Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. Rujuk: https://sunnah.com/bukhari:6393

Doa, doa dan doa! Dalam solat dan di luar solat. Ingatlah mereka dalam doa kalian. Dalam i`tidal, dalam sujud dan sebelum beri salam panjatkanlah permintaanmu kepada TUHAN tentang nasib saudara-saudara kita di Palestin khususnya di Ghazzah, juga di lain-lain tempat di dunia ini. Semoga ALLAH kurniakan kita dan mereka akan kesabaran dan kemenangan di dunia dan di Akhirat.

Doa adalah yang paling minima kita boleh bantu dan buat. Jangan buat yang minima sahaja. Infaq, sebarkan berita tentang nasib saudara-saudara kita di sana dan juga bercerita tentang isu ini di kalangan kita khususnya dalam keluarga harus juga kita lakukan. Dan macam-macam lagi.

Semoga ALLAH teguhkan iman saudara-saudara kita di sana. Diberikan pertolongan dan kemenangan. Di dunia dan di Akhirat.

 


Isu Ummat Islam: Ambil Tahu – Doa – Sumbang

AMBIL TAHU & TURUT MERASAI

Dari an-Nu`man bin Basyir radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya: Continue reading


Boikot Produk Yang Menyokong Yahudi Zionist & Sekutunya

Last updated 4th June 2012 – http://www.inminds.com/boycott-brands.html

Last updated 4th June 2012 – http://www.inminds.com/boycott-brands.html

Semalam anak saya bertanya apa itu boikot?  Selepas menerangkannya, kami anak beranak cuba bertekad untuk mengelakkan diri kami dari terlibat memberikan ringgit kami kepada beberapa organisasi yang ada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan yahudi zionist dan sekutunya. Continue reading


[An-Nasihah] Persaudaraan SeISLAM

Muka surat 1

Muka surat 2

Jika ada manfaatnya risalah ini, silalah sebarkan dan tampal di papan-papan kenyataan masjid/surau/pejabat atau rumah tuan/puan.  Semoga ALLAH membalasi kebaikan tuan/puan semua dengan ganjaran yang banyak, amin.

Untuk memuat turun (download) dalam versi PDF, sila klik pautan (link) berikut, insyaALLAH:

Tuan/puan boleh memuat turun lain-lain terbitan An-Nasihah di pautan ini:

Semoga ada manfaatnya, insyaALLAH.

www.muzir.wordpress.com


Malulah Kalian, Orang Susah Di Palestin Pun Derma Ke Somalia!

Saya baru sahaja pulang dari mendengar taklimat dari dua orang wakil Aqsa Syarif Berhad yang baru-baru ini telah berada beberapa hari di Ghazzah, Palestin.  Biasalah, beberapa pengalaman dan kisah yang mereka sampaikan memang biasa saya dengar dari beberapa wakil NGO yang memperjuangkan nasib saudara-saudara kita di Palestin.

Cuma, kali ini diceritakan tentang perkembangan terkini sumbangan-sumbangan yang telah dihulurkan oleh rakyat Malaysia dan bagaimana sumbangan-sumbangan itu diterjemahkan ke dalam bentuk yang boleh memanfaatkan rakyat Palestin di sana.  Alhamdulillah, tahniah buat Aqsa Syarif Berhad.

Rakyat Palestin Prihatin Terhadap Krisis Kebuluran di Somalia

Anak Palestin

Apa yang paling menyentuh hati saya ialah apabila kami diberitahu bahawa masyarakat di Ghazzah (Gaza), Palestin dengan inisiatif sendiri telah mengumpul sejumlah wang untuk membantu saudara-saudara seagama mereka di Somalia yang kini teruk dilanda krisis kebuluran.  Setiap keluarga telah menyumbangkan sebanyak 10 dollar dan dikatakan bahawa antara bantuan terawal yang sampai ke Somalia ialah dari Palestin. Continue reading


Pemandangan Dalaman Masjid al-Aqsa

Nabi kita, Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

“Tidak ditekankan ziarah (kunjungan) ke masjid-masjid kecuali pada ketiga masjid, yaitu masjidil Haram (Mekah), masjidil Aqsha (Baitul Maqdis), dan masjidku ini (Madinah).” (HR. Bukhari dan Muslim)

“Solat di dalam masjid suci Al Masjid Al Haram (Mekah) diganjari 100,000 solat, satu solat di Masjidku (Madînah) diganjari 1,000 dan satu solat di Al Masjid Al Aqsa (Palestin) diganjari 500 solat lebih dari masjid-masjid lain.” (HR Bukhari)

Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam sangat menyarankan kita untuk pergi ke tiga-tiga masjid ini.  Tiada tempat yang lebih diberkati selain ketiga-tiga tempat ini.  Justeru, hendaklah kita berazam di dalam hati untuk menziarahi tempat-tempat di atas bagi menyahut kata-kata Pesuruh ALLAH sallAllahu ‘alaihi wasallam.

Masjid al-Haram dan Masjid an-Nabawi tidak ada masalah bagi kita untuk menziarahinya, alhamdulillah.  Syukur kepada ALLAH kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk menziarahi kedua-dua tempat ini pada tahun 2006 yang lalu, alhamdulillah.

AlMasjidAlAqsaCloseUpViewMalangnya, Masjid al-Aqsa masih belum bebas dari cengkaman tentera Zionist.  Bukan sahaja pelawat dari luar negara Palestin sukar untuk melawatnya, malah rakyat tempatan juga menghadapi kesukaran untuk melawatnya, mereka perlu melalui beberapa sekatan.

Sebagai pengubat rindu, di sini ingin saya kongsikan gambar-gambar yang saya perolehi di http://www.visualdhikr.com/extra/aqsa_pano.php .  Di sana terdapat gambar dalaman Masjid al-Aqsa yang disambung-sambung menjadi pandangan 360 darjah.

Berikut adalah gambar-gambar yang saya telah pisahkan kepada 4 keratan untuk memudahkan saya menyimpannya dan berkongsi dengan kalian.

aqsa 1

aqsa 2

aqsa 3

aqsa 4

Mudah-mudahan suatu hari nanti PALESTIN bebas dari cengkaman Zionist dan membolehkan kita ummat ISLAM melawatnya dengan bebas, amin…

(Tapi, sebelum itu kita kena menjadikan diri setiap kita TAQWA, kembali kepada al-Quran & as-Sunnah dan bersatu supaya ALLAH membantu kita dalam semua hal yang kita usahakan)

Baca KEPEDULIAN KITA TERHADAP PALESTIN

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
11 Jun 2009


Konvensyen BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS

lenyaplah-agenda-zionis

Tarikh:

9 MEI 2009 (Sabtu)

 Masa:

8am-5pm

Tempat:

Dewan Merdeka PWTC

Yuran:

RM10 sahaja (Makanan dan Beg Seminar Disediakan)

Untuk pendaftaran, sila telefon:

Tel:  03-89267019  Continue reading


Erdogan Melangkah Keluar Protes Kenyataan Peres

Semalam, berita melaporkan bahawa Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan meninggalkan WORLD ECONOMIC FORUM selepas beliau berasa tidak puas hati dengan ketidakadilan yang diberikan kepada beliau.  Masa yang diberikan kepada beliau tidak memadai berbanding masa yang telah diberikan kepada Simon Peres, wakil negara haram Israel.  (Maaf, saya tak iktiraf Israel sebagai negara yang berdaulat, apatah lagi nak iktiraf si Peres sbg PM, ptui…)

Berikut adalah terjemahan ucapan tak sampai seminit beliau di akhir forum:

Continue reading


Frederic Oumar Kanoute Menjulang Palestin

Minggu lepas, saya menerima SMS daripada abg Zack yang mengatakan bahawa seorang pemain bolasepak Liga Sepanyol telah melakukan suatu yang amat membanggakan dan wajar menjadi contoh kepada kita semua.

Saya browse di dalam internet hari ni, cuba untuk memeriksa kesahihan berita tersebut.  Baru sempat hari ini.  Dan alhamdulillah, saya telah terjumpa berita tentangnya.  MasyaALLAH, alhamdulillah :) .  Memang suatu yang amat membanggakan.

Alhamdulillah, Frederic Kanoute, 31 dalam perlawanan antara Seville vs Deportivo La Coruna telah menyatakan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan menyelak jersinya dan menayangkan perkataan “PALESTINA” setelah menjaringkan gol kedua bagi pasukannya, Seville.  Perlawanan bolasepak tersebut telah diadakan pada 8/1/2009.

Meraih prihatin dunia terhadap PALESTIN melalui sukan bolasepak.

Meraih prihatin dunia terhadap PALESTIN melalui sukan bolasepak.

 

Dikhabarkan bahawa dalam perlawanan menentang Osasuna (4/1/09), beliau juga memakai baju yang sama tertera perkataan “PALESTINA”.  Tetapi tidak ditunjuk kerana beliau tidak dapat menghasilkan gol pada ketika itu.

Namun, pada saat keunggulan beliau telah menjaringkan gol pada perlawanan menentang Deportivo La Coruna;  Pada saat semua kamera menumpukan fokus kepada beliau;  Pada saat ribuan manusia bersorak kepada beliau;  Pada saat ribuan pasang mata menonton kejayaan beliau; Pada saat itulah, Frederic Kanoute memilih untuk menayangkan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan cara yang tersendiri.  Sungguh pandai dan sungguh bijak.  Alhamdulillah… :D .

Berikut adalah video yang saya petik dari youtube:  Continue reading