Tag Archives: muslimah

Muslimah Solehah Tudungnya Labuh

378587_299015693457130_100000461059332_1109326_1123763187_n

Muslimah solehah tudungnya labuh,
Menutup aurat bertabirkan malu;
Menuruti semua yang ALLAH suruh,
Beriman, bertaqwa, beramal soleh selalu.
 
Muslimah solehah tudungnya labuh,
Kepada ALLAH bertaat setia;
Berilmu, berakhlaq dan beriman utuh,
Dialah bidadari perhiasan dunia. Continue reading

Makin Singkat Atau Makin Labuh?

tudung labuhKetika memandu keluar dari sebuah IPT, saya ternampak beberapa kelibat pelajar-pelajar perempuan yang bertudung labuh.  Dalam hati, saya bersyukur kepada ALLAH kerana ia merupakan suatu pemandangan yang agak baharu di IPT tersebut.  Moga-moga ALLAH pelihara mereka, amin.  Dahulu, seingat saya tidak berapa biasa nampak pelajar-pelajar perempuannya bertudung labuh.

Tup-tup, saya terfikir sesuatu.  Lalu saya menelefon seorang kenalan saya yang bertugas sebagai pensyarah di IPT tersebut.

“Mal, bila kemasukan pelajar-pelajar baharu ke universiti engkau ni?”  Tanya saya kepada seorang pensyarah universiti yang saya kenali melalui telefon.

“Bulan lepas diorang masuk.”  Jawab kenalan saya itu.

“Oh, patut lah…….”  Bisik hati saya antara bersemangat dan tidak. Continue reading


Dakwah Bil-Hal Si Muslimah Bertudung Labuh

Di dalam tulisan bertajuk Muslimah & Tudung Labuh, ada seorang muslimah yang telah memberi komen menceritakan sebab beliau masuk Islam.  Menurut beliau, pemakaian sebahagian muslimah yang bertudung labuh telah menarik hatinya untuk mengenali seterusnya memeluk agama yang suci ini.

Berikut adalah petikan komen beliau:

Tudung labuh boleh jadi sebab kepada hidayah ALLAH.

Hari ini, saya menulis dengan ringkas di Facebook mengenai satu situasi yang berlaku di dalam majlis rasmi sebuah kementerian.  Ia berkaitan bagaimana si muslimah bertudung labuh secara tidak langsung telah mengubah situasi majlis kepada yang lebih baik.

Berikut adalah mesej tersebut:

Continue reading


Ibadah 10 Terakhir Ramadhan Bagi Wanita Haid

“Aduhai, tak boleh pulak nak beribadah di 10 terakhir Ramadhan ni…”  isteri saya mengadu kepada saya dengan nada sedikit kecewa.

Kesian pula saya melihatnya.  Saya faham sangat apa yang terpaksa dihadapi beliau.  Tentunya semangat beliau berkobar-kobar ingin memenuhi 10 terakhir Ramadhan ini dengan ibadah-ibadah sunat.  Namun, apakan daya.  Ia taqdir ALLAH yang seseorang itu mesti redho.

Saya lalu menasihati beliau dengan beberapa nasihat yang mudah-mudahan dengan nasihat itu boleh menaikkan semula semangat beliau untuk beribadah sepanjang 10 terakhir Ramadhan walaupun dalam keadaan ‘uzur’.

Berikut adalah beberapa nasihat yang wajar diamati oleh para muslimah sekiranya didatangi haid sedangkan di dalam hati bersemangat hendak beribadah.  Disenarai juga beberapa ibadah yang boleh dilakukan sebagai alternatif kepada solat, puasa dan iktikaf di masjid yang dilarang mereka melakukannya ketika haid. Continue reading


Busana Muslimah: Betul VS Salah

Buat para Muslimah, perbaikilah cara berpakaian kalian supaya kalian dikasihi dan disayangi ALLAH.  Jika benar kalian mahukan redha ALLAH, mahukan kasih sayangNYA, mahu supaya ALLAH tempatkan kalian ke dalam Syurga, mahu supaya ALLAH jauhkan dari Neraka; maka ikutilah cara yang ALLAH sukai.

Poster yang sangat bagus untuk disebarkan.

Cara Yang Betul

Busana Muslimah yang betul dan tepat dengan kehendak ALLAH ialah: Continue reading


[Video] Kehidupan Seorang Isteri/Muslimah Di Arab Saudi

Melihat cara kehidupan mereka, nampaknya mereka benar-benar faham akan tuntutan syariah.  Mungkin pada mata sebahagian kita, melihatnya sebagai sesuatu yang sangat pelik, malah mungkin ada yang mengatakan ia satu penindasan terhadap wanita.  Namun, Continue reading


Wanita Muslimah Adalah ‘Ratu’ Kami

Saya tertarik dengan dialog berikut yang saya salin dari perkongsian seorang rakan di Facebook.  Darinya dapat dipelajari cara yang berhikmah apabila menjawab soalan daripada seseorang yang belum beragama Islam tentang mengapa wanita muslimah tidak boleh bersalam dengan lelaki ajnabi:

A British man came to Sheikh and asked:  “Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man?”

The Sheikh said:  “Can you shake hands with Queen Elizabeth?”

British man said:  “Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth.”

Sheikh replied:  “Our women are queens and queens do not shake hands with strange men!”

Jawapan seringkas ini bisa membuka minda si penanya akan satu dimensi baru yang belum pernah dia fikirkan.  Jawapan seumpama ini mengajak si penanya melihat bagaimana pandangan ISLAM terhadap wanita.   Continue reading


Muslimah dan Tudung Labuh

Seorang lelaki muslim yang bagus imannya akan terpaut hatinya kepada wanita muslim yang bagus imannya juga.  Begitu juga sebaliknya.  Ini adalah fitrah manusia.  Saling tertarik apabila mereka mempunyai ciri-ciri dan kualiti yang hampir sama.

Manusia tidak dapat menilai kebaikan seseorang manusia lain melainkan setelah mengenali di antara satu sama lain.  Jadi, perkara pertama yang menjadi ukuran seseorang pastinya melalui penampilannya.  Melalui penampilannya, seseorang dapat diukur secara zahir bagaimana peribadinya.  Samada seseorang itu baik, rajin, pandai, kelakar, garang, malas dan sebagainya masih belum pasti.  First impression comes first.

Awal-awal Bertudung Labuh

aurat1

Sila klik gambar!

Wanita yang bertudung labuh atau dipanggil juga bertudung bulat memberi impressi (tanggapan pertama) bahawa dia wanita yang bagus agamanya.  Ia cuma impressi sahaja.  Belum tentu dia solehah atau tidak.  Dan kebiasaannya wanita yang memakai tudung labuh ini berlatar belakangkan sekolah agama.  Kerana mereka diwajibkan untuk memakai tudung labuh.

 

 Ada sebahagian pelajar-pelajar agama ini, di sekolah mereka bertudung labuh.  Tetapi apabila berada di luar sekolah mereka tidak lagi mengenakan pada diri mereka tudung labuh.  Ada yang memakai tudung biasa sahaja.  Tudung tiga segi, malahan skaf pun ada.  Ada juga yang tidak menutup aurat secara sempurna, tetapi bilangan mereka sedikit sahaja. Continue reading