Ahad semalam, kami beberapa bekas pelajar MRSM Muar batch 93/94 ada buat mini-gathering di Kota Damansara. Alhamdulillah, dapatlah berjumpa dengan rakan2, walaupun tak ramai.
“Muzir, apa cerita di Perak?” tanya salah sorang dari mereka.
Aduh, bab politik ni aku memang kurang sikit. Sekadar mengambil tahu perkembangan luarannya sahaja. Perinciannya, memang aku tak pandai tak olah. Sebab, tak mampu kepala aku nak absorb benda sumpah-seranah, maki-hamun, kutuk-keji, fitnah-domba, tipu-zalim, rasuah-hasad dan macam-macam lagi. Memang aku tak mampu.
Melihatkan keadaan politik dunia dan negara kini yang haru-biru dengan pelbagai kezaliman manusia, aku hanya membisik:
“Tatkala bumi ini sudah hancur… tatkala kamu semua dibangkitkan… tatkala ALLAH Berdiri di hadapan kamu pada Hari Pengadilan… SIAPLAH KAMU!!! Pada ketika itu, apa yang kamu kejar2kan (harta dan kuasa) pada hari ini, tidak dapat memanfaatkan KAMU!!!”
Aku kalau boleh ingin mengelak dari berbual hal tersebut. Kerana sebagai rakyat biasa, suara2 di kedai kopi dan jalanan tidak memberi apa2 impak. Aku bukanlah menolak untuk berbicara tentangnya secara total, tetapi cuba untuk berbicara tentang perkara yang lebih produktif dan praktikal. Itu cara aku. Pembacaanku melalui blog, e-news, berita tv dan suratkhabar sudah cukup untuk aku membuat keputusan akan peristiwa yang berlaku.
Sedikit point yang aku faham tentang peristiwa di Perak ialah:
Continue reading
Like this:
Like Loading...