Tag Archives: yahudi

Siapakah ALLAH?

Banyak ayat-ayat di dalam al-Quran telah memberitahu kita siapakah ALLAH dan bagaimanakah sifat-sifat ALLAH.  Di dalam tulisan ini akan diterangkan secara ringkas siapakah ALLAH sebagaimana yang telah diceritakan sendiri oleh ALLAH di dalam al-Quran iaitu kitab suci yang diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Muhammad (semoga solawat dan salam ALLAH ke atasnya).

Berikut disenaraikan beberapa ayat yang biasa dibaca oleh orang-orang Islam beberapa kali dalam sehari.  Ayat-ayat ini dibaca berulang-ulang kali supaya antara hikmahnya ialah orang-orang yang beragama Islam dan beriman dengan ALLAH faham dan menghayati dengan sungguh-sungguh akan siapakah ALLAH dan bagaimanakah sifat-sifatNYA.

Siapakah ALLAH dan Bagaimana Sifat-sifatNYA?

Surah pertama di dalam al-Quran iaitu surah al-Fatihah ada menceritakan siapakah ALLAH dan bagaimanakah sifat-sifatnya.  Surah ini dibaca berulang-ulang kali oleh umat Islam ketika mengerjakan ibadat solat.  Paling kurang 17 kali dalam satu hari.  Lihat ayat 2-5 yang dari surah tersebut yang menceritakan siapakah ALLAH: Continue reading


Dr Zakir Naik Mengajak Kepada Persaudaraan Sejagat

Kita berasal dari insan yang satu. Kita bersaudara.

Sejak awal program, dua lelaki ini telah mendengar dengan sangat khusyuk dan kadang-kadang mengangguk perlahan tanda setuju dengan apa yang Dr Zakir Naik sampaikan malam semalam, 29 September 2012 di Dewan Agung Tunku Canselor, UiTM Shah Alam, Selangor.  Dalam hati saya, saya berdoa mudah-mudahan mereka mendapat hidayah dan taufiq dari ALLAH Ta`ala, amin.

Saya rasa itulah juga respon sebahagian besar hadirin yang terdiri dari yang beragama Islam dan juga yang belum beragama Islam pada malam itu.  Pendekatan secara lojik fikiran yang disampaikan oleh Dr Zakir Naik di hadapan lebih 12,000 orang yang duduk di dalam dewan dan di luar dewan begitu menarik perhatian semua.   Continue reading


Hadith-hadith Mengenai Dajjal, Isa, Ya’juj, Ma’juj dan Peristiwa Dekatnya Hari Qiamat.

Perkara-perkara ghaib seperti turunnya al-Masih ad-Dajjal, al-Masih `Isa `alaihissalam, Ya’juj, Ma’juj dan lain-lain peristiwa yang bakal berlaku menjelang Hari Qiamat tidak dapat kita tahu melainkan melalui wahyu sahaja.

Kita sewajarnya tidak pandai-pandai bercakap mengenai hal yang besar ini mengikut hawa nafsu, melainkan bercakap tentangnya menurut apa yang telah dikatakan oleh ALLAH Ta`ala dan RasulNYA.  Berikut disenaraikan beberapa hadith Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam yang menerangkan perkara-perkara tersebut supaya pengetahuan kita berdasarkan sumber yang sahih, dipercayai lagi muktamad. Continue reading


10 Penipuan Besar Tentang Israel

Wartawan Belgium, Michel Collon, menggunakan bukunya, ‘Israel, let’s talk about it’ (Israel, mari kita berbicara mengenainya) untuk mendedahkan bagaimana laporan media Eropah melakukan penipuan berdekad-dekad dalam usaha mereka menyokong kewujudan negara haram Israel.

Dalam buku itu, Collon menyenaraikan 10 penipuan besar disebarkan media Barat bagi menjustifikasi penubuhan negara Israel serta menghalalkan tindakan negara Zionis itu.

Penipuan itu adalah:

1. Penubuhan Israel adalah sebagai reaksi terhadap pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi ketika Perang Dunia Kedua.

Hakikatnya, kata Collon, projek mewujudkan Israel itu diluluskan Kongres Zionis Pertama di Basel, Switzerland, pada 1897.

Dalam persidangan itu, pemimpin Zionis memutuskan untuk menakluk Palestin bagi menyediakan ruang untuk mereka membangunkan Israel.

Untuk makluman, Perang Dunia Kedua berlaku di antara 1939 hingga 1945. Continue reading


Konvensyen BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS

lenyaplah-agenda-zionis

Tarikh:

9 MEI 2009 (Sabtu)

 Masa:

8am-5pm

Tempat:

Dewan Merdeka PWTC

Yuran:

RM10 sahaja (Makanan dan Beg Seminar Disediakan)

Untuk pendaftaran, sila telefon:

Tel:  03-89267019  Continue reading