Tag Archives: aqidah

Hati-Hati Dengan Manusia Seperti `Amru bin Luhay

Orang-orang `Arab di Makkah telah menerima dan menganuti agama Nabi Ibrahim `alaihis salam melalui seruan anaknya Nabi Isma`il `alaihis salam.  Majoriti mereka mengesakan ALLAH, menyembahNYA, tidak mensyirikkanNYA serta mengamalkan syari`at Nabi Ibrahim `alaihis salam.

Namun lama-kelamaan setelah melalui beberapa zaman, kebanyakan mereka telah pun lupa sedikit demi sedikit akan ajaran Nabi Ibrahim itu.  Ada yang mereka masih ingat dan ada yang mereka telah lupakan.  Namun mereka tetap tidak lupakan ajaran yang utama iaitu mengesakan ALLAH dan tidak mensyirikkan ALLAH.

Hal tersebut berlanjutan sehinggalah munculnya lelaki bernama `Amru bin Luhay (عمرو بن لحي).  Beliau merupakan seorang yang dikenali ketokohannya sebagai seorang yang baik, banyak melakukan kebaikan, suka menderma dan amat menjaga perkara-perkara berkaitan agama.  Sebagai pemimpin Bani Khuza`ah, beliau bukan sahaja dihormati sebagai tokoh pemimpin, bahkan disayangi masyarakat disebabkan oleh sifat baik dan kedermawanan beliau.  Lebih dari itu, masyarakat juga telah menganggap beliau sebagai seorang `alim besar, malah wali yang mulia. Continue reading


Bukan UMNO! Tapi ALLAH!

UMNO 1

UMNO

Kata-kata yang terpampang di dada akhbar di atas adalah kata-kata yang boleh menjerumuskan seseorang kepada dosa besar yang paling berat iaitu dosa mensyirikkan ALLAH! Continue reading


Barisan Jemaah Gerakan Islam Mesti Hanya Yang Bersih Aqidah Mereka!

Tatkala membaca kitab terjemahan Ar-Rahiq Al-Makhtum pada helaian yang ke-422 lama dulu, qalbu saya tiba-tiba diserbu ingatan terhadap keadaan gerakan Islam yang ada di Malaysia.  Bukan tidak pernah mengalaminya semasa membaca kisah pada helaian-helaian sebelumnya, cuma pada episod ini ia sangat kuat menerjah ke qalbu.  Terutama ketika membaca ayat ALLAH berikut:

مَّا كَانَ اللَّهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنتُمْ عَلَيْهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ ۗ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَجْتَبِي مِن رُّسُلِهِ مَن يَشَاءُ ۖ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۚ وَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا فَلَكُمْ أَجْرٌ عَظِيمٌ

Maksudnya:  “ALLAH tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman).  Dan ALLAH tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi ALLAH memilih dari Rasul-NYA sesiapa yang dikehendaki-NYA (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada ALLAH dan Rasul-rasul-NYA; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.”

(Surah Aali `Imran, 3:179) Continue reading


Perbandingan Aqidah Antara Ahli Sunnah Wal Jama`ah & Syi`ah

Berikut adalah jadual perbandingan aqidah antara Ahli Sunnah wal Jama`ah dan Syiah yang disalin dari brochure yang diterbitkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:

 

Ahli Sunnah Wal Jama`ah

Syi`ah

1

Al-Quran adalah terpelihara dan bebas dari penyelewengan dan kekurangan.

Al-Quran yang ada sekarang terdapat kekurangan dan telah diseleweng.

2

Beri`tiqad bahawa penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan kepada apa yang datang dari Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam.

Berpendapat bahawa penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan kepada apa yang diriwayatkan Ahli Bayt dengan riwayat-riwayat yang mencela para Sahabat Nabi dan mendakwa Imam Ali sebagai tuhan serta imam selepasnya.

3

Al-Quran diturunkan sepenuhnya kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, tiada kekurangan padanya dan tiada kitab lain selepasnya.

Beri`tiqad bahawa ada mushaf yang diturunkan selepas kewafatan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang dinamakan mushaf Fatimah. Continue reading


Bagaimana Mematahkan Helah Orang Kristian Yang Mahu Guna Kalimah ‘ALLAH’ ?

Alhamdulillah, penjelasan daripada Brother Shah Kirit ini sangat lojik, ilmiah dan berimpak tinggi, in shaa’ ALLAH.  Khususnya untuk situasi di Malaysia.

Selain beliau berkongsi mengenai bagaimana untuk mematahkan helah orang Kristian yang mahu gunakan kalimah ‘ALLAH’ dalam bible mereka, beliau juga ada berkongsi suatu nasihat yang sangat penting dalam usaha kita dan generasi akan datang mengenai pengukuhan aqidah ummat Islam.

Di dalam blog ini, ada juga disentuh perihal isu ini sedikit sebanyak.  Diulas dari sisi yang lain:

ALLAH A`lam.


Perosak Aqidah Menyusup Liar Apabila Ulama Asyik Bertengkar

`Aqidah ummat boleh goyah jika ulama asyik bertelingkah

Mutaakhir ini, pengikut-pengikut agama Syiah semakin berani menempelak jabatan-jabatan agama negeri melalui media dan mahkamah.  Kumpulan tareqat yang sesat pula nampaknya telah berjaya menyusup masuk mencemarkan istana.

Selain itu, buku-buku liberalisme agama juga semakin mendapat tempat di kedai-kedai buku yang nampaknya menfokus kepada mempengaruhi golongan elit dan moden di kalangan ummat Islam.  Manakala idea pluralisme agama pula kelihatan semakin diterima di kalangan pemimpin politik dan masyarakat akhir-akhir ini.

Aduh! Ini betul-betul bahana terhadap `aqidah! Continue reading


99 Buku Tebal Penuh Dosa VS Sekeping Kad Tauhid

SURUH yang paling besar ialah menyuruh kepada mentauhidkan ALLAH, yakni mengajak manusia kepada inti kalimah tauhid, لا اله الا الله, tiada tuhan yang layak disembah melainkan hanya ALLAH!

Hanya ALLAH lah satu-satunya Tuhan yang layak disembah.  Hanya ALLAH sahajalah tempat ditujukan ibadah dan permintaan.  Hanya ALLAH satu-satunya yang menjaga, mentadbir, mengawasi dan menentukan seluruh makhluq dan alam ini.  Dan hanya ALLAH sahajalah yang memiliki nama-nama dan sifat-sifat yang maha baik dan sempurna.  Hanya DIA.  DIA satu-satunya!

Dan JANGAN yang paling besar ialah jangan syirikkan ALLAH.  Perbuatan mensyirikkan ALLAH adalah sebesar-besar perbuatan zalim dan dosa.

Ya, itulah SURUH yang terbesar dan JANGAN yang terbesar.

Mengetahui hakikat ini, maka hendaklah kita berusaha sungguh-sungguh terhadapnya.  Jaga ia sungguh-sungguh kerana ia adalah suatu yang paling besar dalam kehidupan kita.

Saya tertarik dengan satu hadith yang apabila membacanya saya tergambar akan besar dan luasnya rahmat ALLAH terhadap sesiapa yang menjaga tauhidnya hanya kepada ALLAH.  Berikut hadith yang saya maksudkan:  Continue reading


Wahai Adik-adik SMKAKL, Jagalah ALLAH, Nescaya ALLAH Jaga Kamu!

Adik-adik SMKAKL sekalian, terima kasih kerana sudi mendengar dan meluangkan masa mendengar celoteh dari seseorang yang serba kekurangan ini.  Kesabaran kalian duduk 2 jam bersama saya amat saya hargai.  Juga buat Ust Muhammad Abduh yang merealisasikan program tersebut, semoga ALLAH membalas usaha Ustadz dengan kebaikan, amin.

Kepada ALLAH jualah segala pujian diberikan atas peluang dan izinNYA yang menemukan kita semua, alhamdulillah.

Berikut ini saya senaraikan beberapa nasihat penting yang telah kita sama-sama bincangkan Sabtu lalu, 7/1/2012 di surau sekolah.  Mudah-mudahan kalian dapat ingatinya semula, insyaALLAH: Continue reading


Ramadhan Mentarbiyah Aqidah, Ibadah & Akhlaq Insan

Aqidah, ibadah & akhlaq insan menjadi segar sepanjang Ramadhan

Para ulama menggelarkan bulan Ramadhan sebagai bulan tarbiyah.  Iaitu suatu tempoh latihan dan kursus khas kerohanian.  Di dalamnya penuh dengan rahmat & keampunan ALLAH `Azza wa Jalla.  Syaitan, iaitu musuh utama manusia digari dan dibelenggu sepanjang bulan yang mulia ini.  Disebabkan syaitan telah dikeluarkan dari diari hidup manusia buat sementara waktu dalam bulan Ramadhan, maka manusia mampu beroleh kekuatan tambahan dalam usaha membentuk diri menyematkan sifat taqwa ke dalam dada masing-masing.

Betapa ramai manusia yang tiba-tiba menjadi dekat dengan ALLAH dan jinak dengan masjid apabila Ramadhan datang menziarahi mereka.  Inilah barakah yang terdapat di bulan Ramadhan yang tidak ada pada bulan-bulan yang lain. Continue reading