Category Archives: Akhlaq

Semangat Budak Ini Bagi Salam

Belum sempat saya sampai ke tangga masjid, ada sorang budak bagi salam.

“Assalamu`alaikum!” Dia beri salam sambil tersenyum riang.

“Wa`alaikumussalam wa rahmatullah. Bagus-bagus! Siapa yang bagi salam dulu dia menang.” Jawab saya mesra kepadanya.

Senyum-senyum dia pandang kawannya di sebelah dan berbisik. Tapi suaranya saya dapat tangkap dengar.

“Hah kan aku dah cakap.” Bisiknya.

“Assalamu`alaikum!” Kawan di sebelahnya pula ucapkan salam kepada saya.

Saya jawab salamnya sambil memuji perbuatan mereka berdua lalu terus masuk ke dalam masjid.

Mereka berdua ni dalam lingkungan darjah 5-6 agaknya. Tapi dah mempunyai semangat yang tinggi dan berani untuk memulakan ucapan salam kepada orang lain. Ucapan salam pula jelas dan baik serta beradab.

Masih ramai yang belum ada semangat dan keberanian macam budak ni. Sedangkan ia sunnah Nabi Muhammad ﷺ. Memang dalam hadith diceritakan Nabi Muhammad ﷺ selalu mendahului salam kepada orang lain walau Baginda seorang pemimpin yang dihormati. Kenal atau tak kenal Nabi bagi salam belaka. Itulah perbuatan Nabi. Dan sangat wajar kita hidupkan sunnah Nabi ini.

Berebut-rebutlah bagi salam. Jangan malu dan segan. Ia perbuatan mulia yang sepatutnya dihidupkan.

Kalau nak baca lebih lanjut hadih-hadith pasal sunnah menyebar-luaskan ucapan salam, bacalah di sini: https://muzir.wordpress.com/2011/06/17/keutamaan-menyebarluaskan-salam/

Dalam tu pun ada kisah `Abdullah bin `Umar radhiAllahu `anhuma yang sangat semangat menghidupkan sunnah menyebarluaskan salam ini. Boleh jadikan kisah tersebut sebagai motivasi dan tauladan.


Jom TT! :D

Jom TT!  Itulah antara seruan yang selalu terpapar di media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram.  Perbualan lebih meriah dan bermakna apabila dapat bersua muka.  Bermacam-macam cerita keluar dari mulut masing-masing.  Disahut dengan gelak ketawa dan gurauan.  Memang seronok!

Berbual sambil minum Teh Tarik (TT) memang mengasyikkan.  Masa yang berlalu tidak terasa lama kerana berjumpa dengan kawan-kawan yang ‘sama kepala’.  Berkepul-kepul asap di premis perjumpaan kerana ramai juga yang Tarik Tembakau (TT) dan menghembuskannya sesuka hati.  Sambil bercakap, sambil keluar asap.  Memang Tambah Thrill (TT)!  1 2 3 4 5

Saya tidak berhasrat untuk menyentuh kebaikan atau keburukan sesi TT.  Memang ada kebaikan jika sekali sekala berjumpa untuk merapatkan persahabatan dan meluaskan rangkaian (networking).  Tapi jika selalu sangat, memang tidak bagus.  Apa yang tidak bagus?  Itu tuan/puan sendiri boleh senaraikan.  Yang merisaukan ialah apabila sesi TT itu dapat menjebakkan kita ke dalam perkara yang sia-sia dan dosa.

Di kesempatan ini, saya sekadar mahu mengajak kita semua agar ber-TT juga.  Tapi yang ini TT yang lain.

TT yang mana?

TT dengan maksud Tambah Taqwa.

Ya, itulah dia.

TT yang ini lebih bermanfaat untuk diri sendiri.  Yang mana manfaatnya itu boleh membawa kita menjadi orang yang sangat beruntung di dunia dan di Akhirat.

Banyak cara untuk kita tambah taqwa dalam diri kita.  Antaranya ialah dengan mentadabbur ayat-ayat al-Quran, menghayati hadith-hadith Nabi, mendengar nasihat-nasihat agama, duduk di dalam majlis ilmu, menziarahi kubur, menjenguk orang sakit, mendampingi orang-orang susah, iktikaf di masjid, merenung kejadian alam sekeliling dan lain-lain lagi.

Bahkan jika sambil minum teh tarik dengan rakan-rakan membincangkan soal yang dapat menambahkan iman dan taqwa, itu juga sesi TT yang bermanfaat juga.  Dua dalam satu.

Mungkin inilah masanya untuk kita sama-sama muhasabah di manakah kita gunakan masa dan umur kita?  Muhasabah balik apa tujuan kita di dunia ini?

Jika mahu berjumpa ke sesi TT, jadikanlah ia sesi TT yang lebih bermakna dan menguntungkan.  Mungkin kita boleh melihat bagaimana sayyidina `Umar bin al-Khattab dan Ubai bin Ka`ab (radhiAllahu `anhuma) berinteraksi saat mereka berdua berjumpa (baca di sini).  Atau mungkin kita boleh mengambil pengajaran dari satu ungkapan yang cukup popular keluar dari mulut sayyidina Mu`adz bin Jabal radhiAllahu `anhu tatkala berjumpa dengan rakan-rakannya, iaitu:

إجلس بنا نؤمن ساعة

“Duduklah bersama kami.  Kita beriman sebentar”

Betapa mereka para salafussoleh sangat mengambil berat akan masa mereka supaya diisi dengan sesuatu yang menambah iman dan menyebabkan mereka bertaqwa.  Allahu Akbar!

Jom TT!  😀

Jom Tambah Taqwa!

Jangan Tambah Teruk!

muzir.wordpress.com


3 Doa Jibril Yang Nabi SAW Aminkan Ketika Baginda Menaiki Mimbar

image

Replika mimbar Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam.

Ada satu peristiwa ganjil terjadi kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam ketika Baginda menaiki minbar.  Para sahabat ketika itu dapat melihat dan mendengar Baginda menyebut “amin” sebanyak tiga kali.  Ia suatu yang agak pelik lalu menyebabkan para sahabat bertanya.

Peristiwa tersebut ada diriwayatkan di dalam hadith seperti berikut:

Continue reading


Ummat Islam Ibarat Satu Bangunan / Jasad

Dalam satu hadith dari Abu Musa radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

‏ الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا

وَشَبَّكَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ‏

“Seorang Mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti satu bangunan yang mana bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain”.  

Baginda terus menyusupkan antara jari-jarinya.

(HR al-Bukhari)

Continue reading


Arak & Pesta Arak – Jangan Lali & Rasa Tidak Mengapa!

Dulu masa bujang mula-mula dapat pekerjaan di Shah Alam, apabila nampak kilang arak Carlsberg sebelah Lebuhraya Persekutuan siap tahan nafas lagi.  Punyalah benci.  Bukan setakat itu sahaja, malah macam-macam terlintas di fikiran akan tindakan-tindakan untuk menghapuskan kilang minuman dosa besar itu dari terus beroperasi.

Kini dah 15 tahun saya tinggal di Shah Alam.  Memandang kilang tersebut sudah menjadi kebiasaan buat saya.  Bau yang dikeluarkan oleh kilang tersebut sudah tidak lagi saya perasan.  Agaknya sudah tidak sensitif deria penglihatan dan deria bau saya terhadap kilang tersebut.  Dah lali orang kata.  Ini isyarat bahaya! Continue reading


Apabila Ilmuan Mengkritik

Para ilmuan apabila mengkritik, mereka bukan mengkritik untuk menjatuhkan macam perangai kebanyakan kita orang biasa.  Mereka mengkritik kerana untuk melahirkan lebih kebaikan kepada ummat.  Itu kebiasaannya.

Mereka tidak mengkritik lalu meninggalkannya tanpa dibuat penambahbaikkan.  Sebaliknya ramai di kalangan mereka (ulama) mengkaji dengan mendalam lalu menyediakan solusi dalam bentuk tulisan bagi menjawab dan menambahbaik apa yang mereka kritik itu.  Maka, terhasil lah manfaat kepada masyarakat dalam bentuk risalah atau buku yang akhirnya menambah lagi khazanah ilmu kepada ummat Islam.

Continue reading


Tadzkirah Mengenai Musibah Lidah


Sifat Baran Merosakkan Rumahtangga

Pemuda-pemuda yang mempunyai sifat cepat marah dan panas baran mesti ubati sifat tersebut dengan segera.  Jika tidak, nanti apabila sudah berumahtangga, isteri dan anak-anak pasti akan menjadi mangsa baran kalian itu.  

Telah banyak isteri dan anak-anak yang bukan sahaja dimarah dan ditengking akibat perkara-perkara kecil, bahkan ada juga yang telah dilempang, ditumbuk dan ditendang oleh suami akibat panas baran yang menggila.  Sungguh, ini bukan sifat suami yang mudah masuk Syurga! Continue reading


Tragedi MH370: 10 Nasihat Buat Saya!

Pesawat penerbangan MH370 masih belum dijumpai hingga ke hari ini.  Banyak berita, pandangan, teori dan spekulasi tersebar di media rasmi dan tidak rasmi.  Masing-masing buntu.

Dalam kebuntuan itu, berikut adalah 10 nasihat yang saya tujukan khas buat saya supaya keadaan yang keruh hasil dari tragedi pesawat hilang ini tidak menjadi semakin keruh disebabkan oleh saya:

1.  Jangan sebarkan berita yang tak pasti.

2.  Elakkan beri komen atau pandangan di media sosial yang berdasarkan kepada rasa-rasa, agak-agak atau lahir dari pemikiran sendiri tanpa sandaran yang kukuh.  (Baca: Bahaya Berspekulasi Di Media Sosial)

Continue reading


Bahaya Berspekulasi Di Media Sosial

Seseorang itu dikatakan berspekulasi apabila dia sedang mengatakan atau mengeluarkan pandangannya berdasarkan sesuatu yang tidak pasti, tidak bersandarkan pada fakta atau hanya keluar dari pemikirannya sahaja.

Jika dia berspekulasi hanya di dalam dirinya, maka tidaklah menjadi masalah.  Bahkan semua orang melakukannya.  Ia sifat manusia yang suka berfikir dan bersangka-sangka.

Berspekulasi di kalangan ahli keluarga atau rakan-rakan terdekat juga tidaklah mendatangkan apa-apa kesan yang besar kerana ia hanya berlegar di kalangan itu sahaja, selagi ia tidak disebarkan.  Tetapi kalau spekulasi dilakukan di media samada media cetak atau elektronik, maka kesannya lebih besar.  Kita risaukan impak buruk.   Continue reading


%d bloggers like this: