Tag Archives: politik

Wahai Orang-orang Baik, Berpolitiklah!

Berpolitiklah!

Berpolitiklah!

Pada zaman Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam memegang kuasa politik di Madinah, negara jadi aman, masyarakat saling hormat-menghormati, tiada sistem kasta, politik menjadi sejahtera, ekonomi sangat adil, gejala sosial hampir sifar, jenayah sangat kurang dan bermacam-macam nilai positif dapat dikembangkan di dalamnya.

Bukan tiada anasir luar dan dalam yang cuba menggugat keadaan Madinah ketika itu.  Ada, tetapi disebabkan oleh Madinah dipimpin oleh insan yang sempurna akhlaqnya dan didokong pula oleh lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang soleh, maka kesejahteraan negara dapat ditingkatkan ke tahap yang optimum. Continue reading


Jangan Sampai Putus Saudara, Kawan & Tuhan!

Walau berbeza, persaudaraan tetap dijaga.

Walau parti apa pun yang saya pilih, walau parti apa pun yang saya sokong dan tolong; saya harap saudara-mara dan rakan-rakan saya yang tidak sama dengan pilihan saya tidak berkecil hati.

Kita tetap bersaudara.  Kalau boleh kita tunjukkan kepada masyarakat bahawa perbezaan kecenderungan parti politik tidak menyebabkan kita bermusuhan.  Tidak menyebabkan kita putus persaudaraan.  Bahkan kita boleh berfikiran terbuka tentangnya.

Kita adalah insan-insan yang matang.  Raikanlah perbezaan.  Agree to disagree.

Hendak berkempen, berkempenlah sampai ke awan.

Tapi jangan sampai putus saudara, kawan dan Tuhan!

muzir.wordpress.com


K-Fiqh Politik Islam Semasa 2013

Poster-KFIQHp-30Jan2013

TENTATIF PROGRAM:  http://k-fiqh.com/tentatif/

PENDAFTARAN:  http://k-fiqh.com/daftarpolitik/


Setiap Muslim Mesti Berpolitik

Ada sebahagian orang tidak boleh mendengar perkataan ‘politik’.  Bau politik pun mereka sudah ter’bersin’.  Alergik bagi mereka.  Kata mereka lagi, mereka bencikan politik kerana politik itu kotor.  Pada mereka, Islam dan politik tidak boleh digabungkan.  Dan hal politik tidak boleh dibincangkan di masjid-masjid atau di surau-surau.  Ceramah agama di masjid atau surau mesti hanya bercerita bab ibadah sahaja.  Itu kata sesetengah orang yang cukup alah dengan politik.

Sampai begitu sekali tanggapan mereka terhadap politik.

Tepatkah pandangan begini jika kita lihat dari pandangan Islam? Continue reading


Negara ISLAM: Biarkan Wacana Kritis Berjalan

Artikel di bawah telah saya petik dari al-Ahkam.net.  Sangat menarik untuk dibaca.

Saya mengharapkan tokoh2 muda lapisan akan datang gerakan ISLAM dapat menyertai bukaan minda ini seperti yang diutarakan oleh artikel di bawah. Suara seperti ini mesti diketengahkan. Ia hasrat ramai ahli gerakan ISLAM yang berfikir, tetapi selalu dianaktirikan dek populariti manusia2 yg kuat vokalnya…

Betapa nasihat `Umar `Abdul-`Aziz kepada anaknya perlu direnung terutama pada zaman yang telah jauh ruh ISLAM kini:

“Jangan tergesa-gesa wahai anakku, sesungguhnya Allah mencela arak sebanyak dua kali dan mengharamkannya pada kali yang ketiga, dan aku takut untuk membawa kebenaran secara total lantas mereka (rakyat) meninggalkannya secara total, maka berlakulah fitnah.”.

www.muzir.wordpress.com

=====================================================

Negara Islam, Biarkan Wacana Kritis Berjalan

Oleh Marwan Bukhari (Universiti Yarmouk) | Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front (IRF)

Saya kira, debat mengenai Islam dan kenegaraan pernah berlangsung hangat tatkala Syeikh Ali Abdul Raziq menggemparkan wacana politik Mesir menerusi buku terkenalnya, al-Islam wa Usulul Hukm beberapa tahun selepas kejatuhan pemerintahan Uthmaniyyah. Dengan hanya sebuah buku kritikal mengenai politik kenegaraan dan Islam, sekalian ulama al-Azhar pada waktu itu seakan-akan terkejut, lantaran Ali Abdul Raziq juga merupakan salah seorang ulama al-Azhar bersama-sama mereka. Lantas, menyebabkan Ali Abdul Raziq dihukum dengan beberapa tindakan, antaranya ialah dilucutkan statusnya selaku ulama al-Azhar. Continue reading


Parti Islam SeMalaysia (PAS) Tetap di Hati

Tak habis-habis kisah lompatnya para pemimpin Parti Keadilan Rakyat ke parti UMNO.  Masalah peribadi?  Dibeli maruah?  Hilang semangat perjuangan?  Saya tak tahu apakah sebabnya?

Senario ini memang dilihat tidak sihat, apatah lagi pada pandangan dan hati rakyat yang memilih mereka sebagai wakil rakyat.  Mereka yang lompat-lompat ini sebelum itu bukanlah sangat dipilih kerana kredibiliti atau terkenalnya mereka sebagai calon.  Mereka tidak dikenali.  Tetapi, lebih kepada harapan menggunung rakyat kepada PR, iaitu Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP) yang dilihat mampu untuk menyeimbangkan keangkuhan Barisan Nasional.  Dan yang paling penting memperjuangkan suara rakyat yang selama ini dipandang sepi oleh kerajaan BN.

Pastinya senario ini mengecewakan hati-hati para pengundi, penyokong parti serta rakan seperjuangan mereka sebelum ini.

Berbanding Parti Islam SeMalaysia (PAS), senario lompat parti ini tidak berlaku di kalangan pimpinan mereka.  Mereka jarang menimbulkan masalah dan sentiasa istiqamah dengan perjuangan.  Malah, PAS sentiasa meraikan sahabat di dalam PR dan sangat menghormati perjanjian  yang telah mereka meterai di dalam PR.  Mungkin ini lahir dari tarbiyyah dan kefahaman yang kuat yang diperolehi di dalam PAS.  Dan tentulah juga, atas keyakinan dan keimanan bahawa perjuangan ini akan menjadi bekalan tatkala bertemu dengan ALLAH nanti. Continue reading


Adakah Malaysia Negara ISLAM?

Adakah Malaysia negara ISLAM?  Banyak perdebatan di kalangan masyarakat umum tentangnya.  Sebahagian kita mengatakan “Malaysia bukan negara ISLAM”.  Sebahagian pula mengatakan, “Ya, Malaysia negara ISLAM”. 

Dalam kepelbagaian pendapat itu, pasti majoriti dari kalangan kita ummat ISLAM di Malaysia ingin melihat bahawa sistem Islami dapat dilaksanakan keseluruhannya di Malaysia.  Merangkumi sosial, politik, ekonomi, kewangan, perundangan dan lain-lain.

Apa yang kita lihat di Malaysia, suasananya masih belum mencapai apa yang digambarkan sebagai negara ISLAM.  Usahkan suasana Islami, malah masyarakat sering dalam ketakutan disebabkan oleh pelbagai kes-kes jenayah yang semakin menjadi-jadi mutaakhir ini.  Fenomena ini sangat merisaukan kita.

Alangkah bagusnya jika hukum-hukum yang disyariatkan ALLAH subhanahu wata’ala di dalam al-Quran dapat dilaksanakan di negara kita.  Pastinya, kes-kes jenayah dapat dikurangkan jika tidak dapat disifarkan.  Pastinya, bakal penjenayah berasa gerun dengan hukuman-hukuman yang tersedia.  Dan pastinya juga nyawa, agama, akal, harta dan keturunan ummat manusia akan terbela.  Dan itulah tujuan hukum syariah.

Bagi merungkai samada Malaysia adalah negara ISLAM atau tidak, barangkali analogi berikut boleh diambil untuk memudahkan kita berfikir, insyaALLAH:  Continue reading


Mudzakarah Ulama Membongkar Kesesatan SYIAH!

Tujuan pembongkaran ini adalah memberikan pendedahan kepada ummat ISLAM tentang kesesatan SYIAH.  SYIAH semakin membahayakan kerana telah memasuki sebahagian jiwa-jiwa ummat ISLAM di Malaysia melalui taqiyyahnya.

Mudah-mudahan video di bawah dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.  Ikutilah sehingga habis, supaya kita dapat bangkit dari kejahilan tentang SYIAH.  Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata’ala memelihara aqidah kita dan dzuriat kita, amin…

SYIAH Bukan Satu Mazhab Tetapi Satu Agama oleh Maulana Mohd Asri Yusuf – Anjuran Persatuan Ulama’ Kedah.

Video di atas 1/21.  Ada 21 set semuanya.  Habis video tu, insyaALLAH boleh sambung 2/21, 3/21, 4/21…dan seterusnya.


Konvensyen BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS

lenyaplah-agenda-zionis

Tarikh:

9 MEI 2009 (Sabtu)

 Masa:

8am-5pm

Tempat:

Dewan Merdeka PWTC

Yuran:

RM10 sahaja (Makanan dan Beg Seminar Disediakan)

Untuk pendaftaran, sila telefon:

Tel:  03-89267019  Continue reading


Alhamdulillah, Menang!

Alhamdulillah, berita gembira kemenangan calon PAS, Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin telah disampaikan oleh isteri saya melalui telefon bimbit.  Nada kegembiraan dan syukur kami kongsi bersama.  Malam pengumuman tak dapat ikuti sebab keletihan.  Tertidur awal.

Syukur, mudah2an dengan kemenangan ini menyuntikkan semangat berjuang insan2 yang memilih ISLAM sebagai teras perjuangan.  Kemenangan ini juga pastinya memberi makna yang besar kepada senario politik Malaysia yang kini telah mempunyai PM yang baru.

Kita doakan agar Dato’ Seri Ir Nizar dapat meneruskan agenda perjuangan PAS untuk meletakkan ISLAM di tempat yang sepatutnya.