Category Archives: mutawwif

Rasmi Sebagai Mutawwif

Terkejut tengok poster ni!

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kerana saya diberi kepercayaan oleh pihak Kem Mutawwif Integrasi (Tim Haramain) untuk berkhidmat sebagai mutawwif di dua Tanah Suci iaitu Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah. Ini adalah poster rasmi yang mereka terbitkan.

Kerinduan dan keinginan untuk selalu hadir serta berada di Tanah Suci membuatkan saya memilih jalan ini.  Moga ALLAH berkati.

Buat ahli keluarga dan teman-teman samada yang saya kenal atau belum kenal sudilah kiranya menghubungi saya jika ada keperluan di Tanah Suci.  Ada bermacam-macam khidmat saya boleh tawarkan dengan harapan agar pelaksanaan ibadah `umrah dan haji kalian serta keberadaan kalian di Tanah Suci lebih sempurna dan menyakinkan, in shaa ALLAH.  Saya amat mengalu-alukan!  ๐Ÿค—

Antara yang saya boleh tawarkan ialah khidmat mutawwif peribadi dan kumpulan, bimbingan `umrah/haji, bimbingan ziarah sekitar Makkah dan Madinah, menyantuni ahli jemaah yang berkerusi roda, melaksanakan infaq/waqaf di Tanah Suci, badal `umrah/haji dan sebagainya.

Jika kalian mengutamakan kualiti beribadah sesuai dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, maka saya sangat suka untuk menjadi teman mempermudahkan urusan kalian. Semoga ALLAH terima ibadah tersebut dan mengganjarinya dengan balasan yang sebaik-baiknya.

Terima kasih.

Saudaramu,

Shahmuzir Nordzahir

019-3826408

http://wasap.my/60193826408/mutawwif


Tak Sangka Dapat Datang Lagi!

Sebenarnya saya tak sangka akan dapat datang lagi ke Tanah Suci dalam masa terdekat selepas menunaikan haji tahun 2022 (musim 1443H) yang lalu.

Ingatkan lama lagi akan ada peluang nak ke sini. Maklumlah, saya ni bukanlah berduit orangnya. Setiap kali tengok orang kongsi cerita dan berita pasal Tanah Suci, hati menjadi sayu. Rindu dan cemburu! Tak mampu.

Syukur kepada ALLAH atas taqdirNYA yang membolehkan saya ke sini kali ini. Walau tak berduit tapi tetap nak โ€˜do itโ€™. Kali ni saya ke sini sendirian. Passport hidup lagi. Pohon visa secara online dan terus ke Tanah Suci mencabar diri. Tekad! Mujur ada contact di Tanah Suci boleh tunjuk ajar agar proses ke Tanah Suci lebih lancar.

Sebelum ni, pernah 2 kali ke Tanah Suci melalui pakej syarikat umrah dan 1 kali melalui Muassasah Tabung Haji mengerjakan haji. Kali ini so-called DIY lah pulak. Cuma penginapan tu dah ada orang carikan. In shaa ALLAH, kali ni akan lama di sini. Selain melunaskan rasa rindu kepada Tanah Suci dan beribadah di sini yang mana itulah tujuan asal, saya juga akan turut menyertai usaha khidmat kepada para tetamu Tanah Suci di sini. Nak belajar jadi orang yang berguna di sini.

Kalau kalian perlukan apa-apa khidmat yang membolehkan kalian beribadah di sini dengan lebih yakin, hubungilah saya. Saya sangat suka kalau diberi peluang dapat berkhidmat dan menemani kalian. Moga ALLAH berkati kita semua.

Hubungi saya melalui WhatsApp ye.

019-3826408
Shahmuzir bin Nordzahir
Al-`Aziziah, Makkah.