Category Archives: Uncategorized

Terima Kasih Atas Sokongan Kalian!

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH. Berkat sokongan, kerjasama dan kepercayaan ahli keluarga, sahabat-sahabat serta rakan taulan, berikut beberapa usaha telah dapat dijalankan dengan jayanya sepanjang Ramadhan:

  1. Agihan 100 buah naskhah al-Qur’an saiz B5 dengan terjemahan BM ke sebuah sekolah rendah KAFA dan 3 buah surau.
  2. Menaja 33 buah buku agama untuk dihadiahkan kepada para peserta yang cemerlang dalam pertandingan tilawah dan hafazan anjuran MSU, Shah Alam, Selangor.
    • (Rujuk laporan di FB ustadz Herzali)
  3. Mengagihkan 120 pek tamar Ajwa AA kepada beberapa asnaf zakat, jemaah beberapa buah surau, pengawal-pengawal keselamatan, pekerja-pekerja kontrak, pelajar-pelajar tahfiz dan penduduk setempat.
  4. Mengagihkan 25kg tamar Ajwa AA ke 4 sekolah/madrasah tahfiz al-Qur’an (2 di Dungun, 2 di Kemaman).
    • SM Imtiaz Kemaman, Terengganu
    • Madrasah Darul Hikmah, Chukai, Kemaman, Terengganu
    • SM Imtiaz Dungun, Terengganu
    • Pondok Manazil Siddiqin, Dungun, Terengganu
  5. Mengagihkan 70 balang biskut Raya di ambang Syawwal kepada beberapa asnaf zakat, ibu tunggal, keluarga anak yatim, pekerja-pekerja kontrak, pengawal-pengawal keselamatan, penduduk kampung, nelayan dan jemaah surau.

Terima kasih semua. Tanpa sokongan kalian, tentu usaha kecil ini sukar untuk direalisasikan.

Semoga ALLAH terima amalan kalian, berkati kalian dan balas kalian dengan kebaikan.

Shahmuzir bin Nordzahir

Dungun, Terengganu

1 Syawwal 1445


Peluang Infaq Ramadhan

Assalamu`alaikum wa rahmatullah…

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan oleh ALLAH `Azza wa Jalla untuk meraih keberkatan dan peluang menambah amal di bulan yang sangat berkat ini.

Jika tuan/puan bersemangat untuk melakukan infaq pada bulan Ramadhan yang berkat ini, saya ada menguruskan 3 saluran infaq sebagai alternatif, iaitu:

  • Waqaf al-Qur’an dengan terjemahan BM = RM50 sebuah SELESAI!
  • Infaq bagi menaja hadiah buku-buku agama untuk program Quranic Recitation & Memorization Championship anjuran MSU melibatkan penyertaan kategori kanak-kanak, remaja, IPT dan dewasa = RM50 seunit (akan dimasukkan ke dana tajaan untuk belian buku) SELESAI!
  • Infaq tamar Ajwa AA keluaran Madinah kepada golongan sasaran seperti penduduk kampung yang miskin, yang uzur, ahli masjid, guru, pelajar IPT, pendatang, petugas keselamatan dan keluarga sekitar = RM20 sepeket SELESAI!
  • [ BAHARU! ] Taja biskut Raya (homemade cookies) bagi diagihkan di penghujung Ramadhan kepada golongan asnaf zakat, ibu tunggal, anak yatim, warga emas, pengawal keselamatan, pekerja buruh, nelayan, pelajar IPTA, pendatang asing dan lain-lain yang sesuai = RM20 sebalang SELESAI!

Tuan-puan yang ada kelebihan harta dan ingin menyokong usaha ini dalam menambah amal kebaikan dalam bulan Ramadhan, silalah manfaatkan saluran khas ini dengan mengisi butiran di bawah dengan lengkap. Atau boleh juga hubungi saya jika perlukan bantuan lanjut.

Terima kasih.

Semoga ALLAH berkati kita semua.

Shahmuzir Nordzahir

019-3826408

https://wasap.my/60193826408/infaq+ramadhan


5 Juta Hits!

Alhamdulillah.

Blog https://muzir.wordpress.com yang dimulakan pada tahun 2008 kini dah mencecah angka 5,000,000 hits semalam (16 Disember 2023).

Terima kasih buat semua yang pernah mengunjunginya, membacanya, menyalinnya, menyebarkannya dan memanfaatkannya dalam apa jua bentuk serta cara. Moga ia memberi manfaat buat kalian di dunia dan di Akhirat.

Saya pernah berazam untuk menyusun tulisan-tulisan di dalamnya, mengkategorikannya dan menghasilkan ebook apabila mencecah angka tersebut. In shaa ALLAH, saya akan usahakannya setelah balik semula ke tanahair.  Kalau kalian ada sebarang cadangan atau nasihat, saya sangat mengalu-alukan.


Al-Quran Muka Surat 604/604

[Muka surat 604/604]
[Surah al-Ikhlaas]
[Surah nombor 112, ayat 1-4]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): “DIA lah ALLAH Yang Maha Esa;” {112:1}

اللَّهُ الصَّمَدُ

“ALLAH tempat tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;” {112:2}

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ

“DIA tiada beranak, dan DIA pula tidak diperanakkan;” {112:3}

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

“Dan tidak ada sesiapa pun yang setara denganNYA”. {112:4}

[Surah al-Falaq]
[Surah nombor 113, ayat 1-5]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung dengan (ALLAH) TUHAN yang menguasai Subuh.” {113:1}

مِن شَرِّ مَا خَلَقَ

“Dari kejahatan makhluk-makhluk yang DIA ciptakan.” {113:2}

وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ

“Dan dari bahaya gelap apabila telah gelap gelita.” {113:3}

وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ

“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk (tukang sihir) yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);” {113:4}

وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

“Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”. {113:5}

[Surah an-Naas]
[Surah nombor 114, ayat 1-6]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung dengan TUHAN (yang memelihara dan menguasai) sekalian manusia.” {114:1}

مَلِكِ النَّاسِ

“Raja Yang Menguasai sekalian manusia,” {114:2}

إِلَٰهِ النَّاسِ

“TUHAN yang berhak disembah oleh sekalian manusia.” {114:3}

مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ

“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.” {114:4}

الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ

“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam dada manusia.” {114:5}

مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ

“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”. {114:6}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Al-Quran Muka Surat 603/604

[Muka surat 603/604]
[Surah al-Kaafiruun]
[Surah nombor 109, ayat 1-6]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

قُلْ يَآ أَيُّهَا الْكَافِرُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!” {109:1}

لَآ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ

“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah”. {109:2}

وَلَآ أَنتُمْ عَابِدُونَ مَآ أَعْبُدُ

“Dan kamu tidak mahu menyembah (ALLAH) yang aku sembah”. {109:3}

وَلَآ أَنَاْ عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ

“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat”. {109:4}

وَلَآ أَنتُمْ عَابِدُونَ مَآ أَعْبُدُ

“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat”. {109:5}

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

“Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”. {109:6}

[Surah al-Nasr]
[Surah nombor 110, ayat 1-3]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

إِذَا جَآءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

Apabila datang pertolongan ALLAH dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), – {110:1}

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا

Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama ALLAH beramai-ramai, {110:2}

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ  إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji TUHANmu dan mintalah ampun kepadaNYA, sesungguhnya DIA amat menerima taubat. {110:3}

[Surah al-Masad]
[Surah nombor 111, ayat 1-5]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

تَبَّتْ يَدَآ أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ

Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama! {111:1}

مَآ أَغْنَىٰ عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ

Hartanya dan segala yang diusahakannya tidak dapat menolongnya. {111:2}

سَيَصْلَىٰ نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ

Ia akan menderita bakaran api Neraka yang marak menjulang. {111:3}

وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ

Dan juga isterinya seorang perempuan pemunggah kayu api. – {111:4}

فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِّن مَّسَدٍ

Di lehernya sejenis tali dari tali-tali yang dipintal. {111:5}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Al-Quran Muka Surat 602/604

[Muka surat 602/604]
[Surah al-Quraisy]
[Surah nombor 106, ayat 1-4]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

لِإِيلَافِ قُرَيْشٍ

Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah) {106:1}

إِيلَافِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَآءِ وَالصَّيْفِ

(laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam), {106:2}

فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَٰذَا الْبَيْتِ

Maka hendaklah mereka menyembah TUHAN yang menguasai Rumah (Kaabah) ini, {106:3}

الَّذِيٓ أَطْعَمَهُم مِّن جُوعٍ وَءَامَنَهُم مِّنْ خَوْفٍ

TUHAN yang memberi mereka makanan (penghidupan) menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan. {106:4}

[Surah al-Maa`uun]
[Surah nombor 107, ayat 1-7]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ

Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi Hari Pembalasan)? {107:1}

فَذَٰلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ

Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, {107:2}

وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ

Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. {107:3}

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ

(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Solat – {107:4}

الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ

(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya; {107:5}

الَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ

(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), {107:6}

وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ

Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya). {107:7}

[Surah al-Kautsar]
[Surah nombor 108, ayat 1-3]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

إِنَّآ أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ

Sesungguhnya KAMI telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di Akhirat). {108:1}

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Oleh itu, kerjakanlah solat kerana TUHANmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). {108:2}

إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). {108:3}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Al-Quran Muka Surat 601/604

[Muka surat 601/604]
[Surah al-`Asr]
[Surah nombor 103, ayat 1-3]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

وَالْعَصْرِ

Demi Masa! {103:1}

إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ

Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian – {103:2}

إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. {103:3}

[Surah al-Humazah]
[Surah nombor 104, ayat 1-9]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, {104:1}

الَّذِي جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُ

Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; {104:2}

يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ

Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! {104:3}

كَلَّا ۖ  لَيُنبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ

Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam ‘Al-Hutamah’. {104:4}

وَمَآ أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apakah ‘Al-Hutamah’ itu? {104:5}

نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ

(Al-Hutamah) ialah api ALLAH yang dinyalakan (dengan perintahNYA), – {104:6}

الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الْأَفْئِدَةِ

Yang naik menjulang ke jantung hati; {104:7}

إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌ

Sesungguhnnya api Neraka itu ditutup rapat atas mereka. {104:8}

فِي عَمَدٍ مُّمَدَّدَةٍ

(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. {104:9}

[Surah al-Fiil]
[Surah nombor 105, ayat 1-5]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana TUHANmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? {105:1}

أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ

Bukankah TUHANmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? {105:2}

وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ

Dan DIA telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, – {105:3}

تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, – {105:4}

فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ

Lalu DIA menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. {105:5}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Al-Quran Muka Surat 600/604

[Muka surat 600/604]
[Surah al-`Aadiyaat]
[Surah nombor 100, ayat 10-11]

وَحُصِّلَ مَا فِي الصُّدُورِ

Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada? {100:10}

إِنَّ رَبَّهُم بِهِمْ يَوْمَئِذٍ لَّخَبِيرٌ

Sesungguhnya TUHAN mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNYA kepada) mereka – pada Hari itu. {100:11}

[Surah al-Qaari`ah]
[Surah nombor 101, ayat 1-11]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

الْقَارِعَةُ

Hari yang Menggemparkan, {101:1}

مَا الْقَارِعَةُ

Apakah Hari yang Menggemparkan itu? {101:2}

وَمَآ أَدْرَاكَ مَا الْقَارِعَةُ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan Hari yang Menggemparkan itu? – {101:3}

يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ

(Hari itu ialah Hari Kiamat), Hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran, {101:4}

وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنفُوشِ

Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan. {101:5}

فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ

Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, – {101:6}

فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ

Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. {101:7}

وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ

Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, – {101:8}

فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ

Maka tempat kembalinya ialah ‘Haawiyah’ {101:9}

وَمَآ أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apakah ‘Haawiyah’ itu? {101:10}

نَارٌ حَامِيَةٌ

(Haawiyah itu ialah) api yang panas membakar. {101:11}

[Surah at-Takaathur]
[Surah nombor 102, ayat 1-8]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh), – {102:1}

حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ

Sehingga kamu masuk kubur. {102:2}

كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ

Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! {102:3}

ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ

Sekali lagi (diingatkan) jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada Hari Kiamat)! {102:4}

كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ

Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk Hari Akhirat). {102:5}

لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ

(Ingatlah) demi sesungguhnya! – Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang. {102:6}

ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ

Selepas itu – demi sesungguhnya! – kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin! {102:7}

ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ

Kemudian, kamu benar-benar akan ditanya pada Hari itu tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! {102:8}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Al-Quran Muka Surat 599/604

[Muka surat 599/604]
[Surah al-Bayyinah]
[Surah nombor 98, ayat 8]

جَزَآؤُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَآ أَبَدًا ۖ  رَّضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ  ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ

Balasan mereka di sisi TUHAN mereka ialah Syurga `Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; ALLAH redha akan mereka dan mereka pun redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNYA. Balasan yang demikian itu untuk sesiapa yang takut (melanggar perintah) TUHANnya. {98:8}

[Surah al-Zalzalah]
[Surah nombor 99, ayat 1-8]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, {99:1}

وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا

Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, {99:2}

وَقَالَ الْإِنسَانُ مَا لَهَا

Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?” {99:3}

يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا

Pada Hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: {99:4}

بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا

Bahawa TUHANmu telah memerintahnya (berlaku demikian). {99:5}

يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ

Pada Hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. {99:6}

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! {99:7}

وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! {99:8}

[Surah al-`Aadiyaat]
[Surah nombor 100, ayat 1-9]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

وَالْعَادِيَاتِ ضَبْحًا

Demi kuda perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya, {100:1}

فَالْمُورِيَاتِ قَدْحًا

Serta mencetuskan api dari telapak kakinya {100:2}

فَالْمُغِيرَاتِ صُبْحًا

Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh, {100:3}

فَأَثَرْنَ بِهِ نَقْعًا

Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu, {100:4}

فَوَسَطْنَ بِهِ جَمْعًا

Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh; {100:5}

إِنَّ الْإِنسَانَ لِرَبِّهِ لَكَنُودٌ

Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat TUHANnya. {100:6}

وَإِنَّهُ عَلَىٰ ذَٰلِكَ لَشَهِيدٌ

Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian; {100:7}

وَإِنَّهُ لِحُبِّ الْخَيْرِ لَشَدِيدٌ

Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba). {100:8}

أَفَلَا يَعْلَمُ إِذَا بُعْثِرَ مَا فِي الْقُبُورِ

(Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur? {100:9}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Al-Quran Muka Surat 598/604

[Muka surat 598/604]
[Surah al-Qadr]
[Surah nombor 97, ayat 1-5]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

إِنَّآ أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (Al-Qur’an) ini pada Malam al-Qadar, {97:1}

وَمَآ أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apakah kebesaran Malam al-Qadar itu? {97:2}

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. {97:3}

تَنَزَّلُ الْمَلَآئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ

Pada malam itu, turun para Malaikat dan Jibril dengan izin TUHAN mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); {97:4}

سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! {97:5}

[Surah al-Bayyinah]
[Surah nombor 98, ayat 1-7]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

لَمْ يَكُنِ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ مُنفَكِّينَ حَتَّىٰ تَأْتِيَهُمُ الْبَيِّنَةُ

Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata, – {98:1}

رَسُولٌ مِّنَ اللَّهِ يَتْلُو صُحُفًا مُّطَهَّرَةً

Iaitu seorang Rasul dari ALLAH yang membacakan (kepada mereka) lembaran-lembaran Suci, {98:2}

فِيهَا كُتُبٌ قَيِّمَةٌ

Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar. {98:3}

وَمَا تَفَرَّقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَآءَتْهُمُ الْبَيِّنَةُ

Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata. {98:4}

وَمَآ أُمِرُوٓا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ  وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah ALLAH dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNYA, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar. {98:5}

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَآ ۚ  أُوْلَٰٓئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ

Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam Neraka Jahannam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk. {98:6}

إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُوْلَٰٓئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. {98:7}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat