Tag Archives: haji

Panduan Ibadah Haji

Semoga bermanfaat, in sha’ ALLAH.

muzir.wordpress.com

Siaran Langsung dari Makkah & Madinah 1433H, 2012

Hati ini syahdu.  Hati ini rindu.

Labbaik ya ALLAH!

1)  Ibadah Haji – SaudiChannelOne

http://www.youtube.com/user/SaudiChannelOne?v=L1ofE3wPe5Q

2)  Masjid al-Haram, Makkah al-Mukarramah – SaudiQuranTV

http://www.youtube.com/user/SaudiQuranTv?v=S2PriQcCG38

3)  Masjid an-Nabawi, Madinah al-Munawwarah – SaudiSunnahTV

http://www.youtube.com/user/SaudiSunnahTv?v=KonSX32x5YU


Ingatan Ringkas Eidul-Adha

Assalamu`alaikum…

Eidul Adha datang lagi​.  Alhamdulillah, segala pujian untuk ALLAH yang memberikan kita peluang meraikan hari kebesaran Islam iaitu `Eidul-Adha.

Sebelum datangnya `Eidul Adha, kita semua telah ditawarkan dengan banyak peluang untuk berbuat ibadah dan merebut ganjaran.  Antaranya ialah amalan kebaikan pada 10 awal Zulhijjah yang merupakan seutama-utama amalan dan puasa sunat Hari Arafah yang mana diberikan keampunan setahun lalu dan setahun akan datang.

Buat insan-insan terpilih yang mengerjakan haji, pahala yang sangat besar menanti mereka semua.  Mudah-mudahan amalan kita semua diterima ALLAH dan dikurniakan Haji yang Mabrur buat saudara-saudara kita yang mengerjakan ibadah haji, amin. Continue reading


Siaran Langsung Haji

Semoga semua jemaah haji dipermudahkan urusan mereka semua, diberikan kesihatan dan dikurniakan haji yang mabrur.  Dan mudah-mudahan kita semua diampuni ALLAH, Tuhan Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang, amin…

www.muzir.wordpress.com


Rebutlah Keistimewaan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Pada bulan Dzulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar pahalanya di sisi ALLAH `Azza wa Jalla, iaitu ibadah mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu.  Ia melengkapkan rukun ISLAM pada diri seseorang Muslim.

Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

اَلْعُمْرَةُ إِلَى اَلْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا, وَالْحَجُّ اَلْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا اَلْجَنَّةَ

“Satu umrah ke satu umrah berikutnya adalah kaffarah (penebus dosa-dosa) antara keduanya. 

Dan haji yang mabrur tiada balasan untuknya kecuali Syurga.”

(HR al-Bukhari & Muslim)

Continue reading


Poster Panduan Haji & Umrah

Poster Panduan Haji

Poster Panduan Umrah

Sila klik poster di atas untuk melihat dengan jelas.  Boleh muat-turun dan sebarkanlah.  Untuk lain-lain poster Islami, kalian boleh ke laman web Islamic Posters, insyaALLAH.

Semoga semua amalan kita diterima ALLAH `Azza wa Jalla, amin…

www.muzir.wordpress.com


Ibadat Haji: Bayangan Perjalanan Menuju Kematian – Oleh TGNA

Perutusan Bulan Haji

Bersyukur ke hadrat Allah SWT yang masih memberi peluang kepada kita semua bertemu kali ini, di bulan Zulhijjah merupakan musim umat Islam menyempurnakan ibadat Haji, rukun Islam kelima. Pertemuan di bulan ini dirasai amat istimewa, lebih-lebih lagi bagi umat Islam yang dapat hadir ke Tanah Suci Mekah dan Madinah bagi menyempurnakan lambaian ibadat Haji.

Ciptaan Allah ada regu dan pasangan

Setiap ciptaan Ilahi yang melingkungi kehidupan kita di dunia ini mempunyai regunya masing-masing. Hitam regunya putih, lelaki regunya perempuan, pagi regunya petang, dan siang regunya malam. Continue reading