Category Archives: kenangan

Reunion/Futsal Batch 3 SMAKL

image

  • Program:  Reunion dan Futsal Batch 3 SMAKL.
  • Tarikh:  13 Jun 2015 (Sabtu)
  • Masa:  9 pagi – 1 tengahari
  • Tempat:  UTC Sentul, KL.

Alhamdulillah, lebih kurang 65 orang dapat dikumpulkan pada program ini.  Ada yang sudah biasa jumpa dan dengar berita.  Ada yang sudah lama tidak berjumpa dapat ditemukan di sini.  Ada yang sejak 1993 lagi tidak berjumpa!!!  Memang lama!

Apabila berjumpa begini, terasa macam balik ke tingkatan 1 semula.  Kerana kami semua kenal semasa di tingkatan satu di SMAKL, Wangsa Maju.  Jiwa yang dulu pada tahun 1990 masih jiwa yang sama pada tahun 2015.  Gila-gila dan sifat lama masih ada.  Sangat melucukan dan menggamit kenangan.

Semoga ALLAH pelihara dan berkati kami semua, amin…

Muzir, L274.  SMAKL 1990 – 1993


Nostalgia Berforum di Al-Ahkam.net

Malam ni perasaan saya tiba-tiba didatangi nostalgia ketika berforum siber di al-Ahkam.net.  Saya tak ingat bilakah dan bagaimanakah saya boleh mengenali forum siber tersebut?  Tapi melaluinya terlalu banyak yang telah saya belajar dan kenal.

Umur 20-an saya banyak mengutip mutiara dari situ.  Di sana saya belajar mengendurkan jumud, meleraikan ego, memperluaskan pandangan, menerima perbezaan dan meraikan pendapat pihak lain.  Dan di situlah juga saya didedahkan dan semakin kenal dengan manhaj beragama yang patut dipilih oleh seseorang muslim sesuai dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah.  Alhamdulillah, segala pujian milik ALLAH.

Ruangan forum yang dulunya panas (mungkin tahun 2000-2009) dengan perbincangan ilmiah sudah tiada lagi di laman tersebut.  Ia kini ditampilkan menarik dengan cara yang tersendiri.  Jemputlah lawat!  

Laman web al-Ahkam.net:  

Versi 1998 yang pada asalnya tiada ruangan forum juga:   Continue reading


Perkuburan al-Baqi` (البقيع)

Perkuburan al-Baqi` (البقيع) yang juga dikenali sebagai Jannatul Baqi` (جنة البقيع) adalah kawasan lapang yang menempatkan tanah perkuburan bagi penduduk-penduduk Madinah.  Ia terletak di sebelah kiri Masjid Nabawi.

Kawasan ini telah dijadikan sebagai tanah perkuburan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  Ramai ahli keluarga dan para sahabat Baginda dikebumikan di kawasan perkuburan al-Baqi`.  Qadhi `Iyad rahimahullah meriwayatkan bahawa Imam Malik mengatakan seramai 10,000 para sahabat yang telah meninggal dunia di Madinah telah dikebumikan di perkuburan Baqi`.

Pada hayat Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, Baginda selalu keluar pada lewat malam untuk menziarahi kawasan perkuburan ini serta mendoakan keampunan buat penghuni-penghuni kubur.

DSC_0819

Perkuburan al-Baqi`

Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam mengajarkan kepada para sahabat akan suatu ucapan untuk mereka ucapkan apabila melalui kawasan kubur, iaitu: Continue reading


Pameran Mengenai Sirah Nabi Muhammad SAW

Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala aali Muhammad.

Di sebelah Masjid Nabawi, Madinah baru-baru ini sedang dilangsungkan pameran mengenai sirah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Maklumat dan bahan pameran yang dipamerkan sangat mengujakan para pengunjung.  Ia bukan sahaja dalam bentuk maklumat bacaan, gambar dan gambarajah, bahkan terdapat juga model-model mini yang dibina bagi memberikan gambaran rupabentuk asal beberapa bangunan dan objek penting dalam sirah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  SubhanaALLAH!

DSC_0882

‘Roadshow Exhibition’ mengenai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang terletak di sebelah Masjid Nabawi, Madinah.

Berikut adalah beberapa bahan pameran dalam bentuk model yang sempat dirakam pada 30 Jun 2013: Continue reading


Pondok Soal Jawab Agama

DSC_0939

Pondok No. 8

Syahdu dan terharu di hati apabila melalui pondok kecil ini.

Bukan kerana terlihatkan pondok tersebut.  Tetapi kerana fungsinya. Continue reading


Suasana Majlis Ilmu Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi

DSC_0777

280613 – Masjid Nabawi, Madinah.

DSC_0844

300613 – Tadarus al-Quran di Masjid Nabawi, Madinah.

DSC_0901

010713 – Masjid al-Haram, Makkah – Sheikh Saleh Fauzan al-Fauzan

DSC_0919

020713 – Masjidil Haram, Makkah.

DSC_0938

050713 – Masjidil Haram, Makkah – Sheikh Soleh bin Muhammad al-Luhaidaan

Daripada Anas bin Malik radhiAllahu `anhu katanya, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda: Continue reading


Kenangan Dari SMAKL

Sabtu lepas, 22/6/2013 telah diadakan Jubli Perak SMAKL-SMKAKL sempena ulangtahunnya yang ke-25 tahun. Alhamdulillah.  Dapat bersua dengan rakan-rakan lama dan juga guru-guru yang pernah berbakti pada diri ini.  Semoga ALLAH memelihara kami semua dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…

Balik dari program tersebut, terasa pulak dalam hati ini ingin berkongsi di blog ini akan sedikit barang yang masih dalam simpanan saya yang mempunyai kaitan dengan SMAKL, sekadar bernostalgia dengan rakan-rakan lama yang mungkin tersinggah ke laman yang dhaif ini.  Ini dia, hehe… : Continue reading


Bertemu Si Murobbi, Ust Mohamad Awang

Alhamdulillah, Sabtu lepas saya berpeluang bertemu secara empat mata dengan Ust Mohamad Awang di Shah Alam.  Selepas meninggalkan SMAKL pada tahun 1993, rasanya sejak itu saya tidak berpeluang berjumpa dengan Ust Mohamad Awang.  Saya cuma mendapat khabar bahawa beliau sudah berpindah ke Kelantan, ke negeri kelahiran beliau dan membuka pondok pengajian di sana.

Setahu saya, Ust Mohamad Awang mula berkhidmat di SMAKL sekitar tahun 1990 iaitu sejak awal penubuhan SMAKL lagi.  Yang menjadi faktor betapa rindu dan terhutang budinya saya dan semua pelajar-pelajar SMAKL kepada beliau ialah kerana beliau bukan sahaja guru agama, bahkan juga menjadi warden asrama sekolah kami.  Dan yang paling istimewa ialah kediaman Ust Mohamad Awang ketika menjadi warden ialah sangat dekat dengan kami, batch ke-3 SMAKL.  Banyak ragam kami beliau tangani dengan penuh sabar dan hikmah.  Beliaulah ayahanda kami ketika kami jaga dan tidur di SMAKL.  Beliaulah murobbi yang mendidik dan mentarbiyyah kami agar terpahat kami ini dengan jiwa agama. Continue reading


Menjenguk Tapak Asal SMAKL Setelah 18 Tahun

Logo asal SMAKL

Saya keluar dari SMAKL (Sek. Men. Agama Kuala Lumpur) pada tahun 1993 selepas ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke tingkatan empat di MRSM Muar.  Bermakna sudah 18 tahun lamanya.  Ketika itu bangunan SMAKL terletak di Bandar Baru Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur.  SMAKL lahir di situ.  Selama tiga tahun saya bersekolah dan berasrama di situ, berkongsi bangunan dengan Sek. Men. Wangsa Maju Seksyen 2.

Sejak itu saya tidak pernah melawat lagi ke tapak asal SMAKL di Wangsa Maju tersebut.  Ini tidaklah bermakna saya tidak menziarahi sekolah saya yang tercinta itu.  Kerana pada tahun 1993, SMAKL telah pun berpindah ke Bandar Menjalara, Kepong.

Sudah beberapa kali saya menziarahi SMAKL yang baru yang terletak di Bandar Menjalara.  Sempatlah jumpa dan bertanya khabar dengan pihak sekolah, terutama dengan bekas guru dan pelajar-pelajar di sana.  SMAKL yang kini digelar sebagai SMKAKL (Sek. Men. Keb. Agama Kuala Lumpur) terdiri daripada bangunan sekolah yang indah, kawasannya luas, kemudahannya canggih, kelas dan asramanya selesa.  Jauh lebih baik dari keadaannya dari sekolah asal di Wangsa Maju, tempat kami belajar.

Ahad lepas pada 25/9/2011, kami ada buat perjumpaan semula.  Inisiatif ini telah dilakukan oleh Abang Jef Hazimin yang merupakan salah seorang bekas pelajar dari  batch pertama SMAKL.  Saya batch ketiga. Continue reading


Ziarah Ust Hassan Yasin, Bekas Pengetua SMAKL

Logo SMAKL

Tahun lepas (2008), memang saya kadang-kadang tertanya-tanya di manakah Ustadz Hassan bin Yasin kini?  Teringat sifat kebapaan yang ada pada beliau, senyum dan lembut beliau.  Ustadz Hassan adalah Pengetua pertama SM Agama Kuala Lumpur (SMAKL) yang ketika itu lokasi asalnya di Bandar Baru Wangsa Maju.  Kini, SMAKL dikenali dengan nama SMKAKL, iaitu SM Kebangsaan Agama Kuala Lumpur dan terletak di Bandar Menjalara, Kepong, Kuala Lumpur.  Saya tak sempat bersekolah di sekolah baru di tempat tersebut.

**Untuk membaca sejarah ringkas penubuhan SMAKL, KLIK SINI!

Alhamdulillah, berita tentangnya telah saya perolehi dari seorang ustadzah yang mengajar di sebuah sekolah aliran agama di Klang.  Beliau menceritakan serba sedikit perihal Ustadz Hassan setelah mengetahui bahawa saya merupakan bekas pelajar SMAKL.  Beliau memberikan nombor telefon Ustadz Hassan untuk dihubungi, malangnya nombor tersebut telah hilang dari simpanan.  Terpaksa tangguh dulu hasrat untuk berjumpa beliau.

Beberapa bulan kemudian, bekas-bekas pelajar batch-1 merancang untuk berjumpa ustadz Hassan.  Continue reading


%d bloggers like this: