Dapatkan Kitab Sirah Nabawiyyah (Ar-Rahiq Al-Makhtum) Di Sini!

https://ilannur.onpay.my/order/form/sirahnabawiyyah

Dikemaskini pada 15/3/2021!

Kitab ar-Rahiq al-Makhtum (الرحيق المخثوم) terhasil dari tulisan Sheikh Safiyyu ar-Rahman al-Mubarakfuri mengenai sirah Nabi Muhammad ﷺ.  Penulisan tersebut menyentuh secara terperinci bermula dari latar belakang masyarakat Arab, keturunan Baginda, zaman sebelum kenabian, zaman setelah kenabian hinggalah sampai wafatnya Baginda ﷺ. Ia dikisahkan mengikut kronologi dan diriwayatkan dari sumber-sumber yang dipercayai.

Pada tahun 1978, karya beliau telah dinobatkan sebagai karya terbaik penulisan sirah Nabi Muhammad ﷺ mendahului 170 karya lain.  Ia telah diumumkan oleh Rabitah al-`Alam al-Islami di Karachi, Pakistan dan telah mendapat liputan secara besar-besaran.  Manakala penyampaian hadiah diadakan di Makkah al-Mukarramah pada tahun berikutnya dengan sambutan yang gilang-gemilang dan dihadiri ramai tokoh.

Kitab ar-Rahiq al-Makhtum telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa dan disebarkan ke seluruh dunia Muslim lantaran mutu penulisannya yang dipercayai dapat memberikan manfaat yang banyak kepada ummat Islam dan bukan Islam yang mahu mengenali dan menghayati kisah hidup dan perjuangan Nabi Muhammad ﷺ.

Semoga usaha penterjemahan, penerbitan dan penyebaran kitab ini dikira sebagai salah satu khidmat yang bererti kepada penghulu dan junjungan kita, Nabi Muhammad ﷺ. Dan semoga ALLAH berkati, amin…

1615817926606.jpg

1) Maklumat Ringkas Kitab

  • Nama buku: Sirah Nabawiyyah: Ar-Rahiq Al-Makhtum.
  • Pengarang: Sheikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri.
  • Penterjemah: Ustadz Muhammad Ramzi bin Omar.
  • Cetakan: 2021 (Cetakan ke-12)
  • Ketebalan: 864 muka surat.
  • Berat: 1.4 kg
  • Saiz: 230mm x 155mm
  • Harga: RM65.00
  • Berkulit keras.

–> Boleh baca latar belakang mengenai buku tersebut di sini: KLIK!

2) Harga?

  • Harga Buku = RM65 sebuah
  • Poslaju dalam Semenanjung Malaysia = RM10
  • Poslaju ke Sarawak, Sabah & Labuan = RM15
  • Beli 2 buah:
    • RM130 (Poslaju PERCUMA untuk Semenanjung)
    • RM130 + RM15 Poslaju ke Sarawak, Sabah & Labuan

3) Cara Pembelian?

A. Online

Beli di sini:  https://ilannur.onpay.my/order/form/belibukuagama

ATAU:

Masukkan jumlah harga buku dan caj Poslaju ke akaun berikut:

  • No akaun Maybank: 162272504827
  • Nama pemegang akaun: SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR

Selepas melakukan pembayaran, SMS / WhatsApp ke 019-3826408 maklumat berikut untuk dimasukkan ke dalam borang Poslaju:

  • Nama penuh:
  • Alamat penuh:
  • No. telefon:

poslaju13

poslaju30
B. COD (Cash On Delivery)

Pembelian secara COD (Cash On Delivery) boleh juga dilakukan khususnya untuk tuan/puan yang berada di bandar Dungun, Terengganu. Bagi pembelian secara pukal, khidmat penghantaran boleh diuruskan, in shaa’ ALLAH.

Jazakumullahu khairan.

Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala aali Muhammad.

~ SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
~ 019-3826408 ( SMS / WhatsApp )
~ https://ilannur.onpay.my/order/form/belibukuagama
 
 
 
 

Senarai kandungan kitab:

Contoh muka surat dalam kitab:


42 responses to “Dapatkan Kitab Sirah Nabawiyyah (Ar-Rahiq Al-Makhtum) Di Sini!

  • Shahmuzir

    Mesej dari seorang budak remaja yang mengejutkan saya. Saya kenal beliau. Semoga ALLAH berkati beliau, amin…

    Like

  • Shahmuzir

    Hari tu, beliau dah order 2. Saya dah hantar ke pejabatnya menggunakan Poslaju, alhamdulillah.

    Ni nak 2 lagi! Katanya beliau dah ada buku Ar-Rahiq Al-Makhtum tu. Beliau beli masa pesta buku dulu. Semua yang beliau order ni sebenarnya untuk kawan2nya di pejabat. Bukan untuknya. Ma shaa’ ALLAH!

    Like

  • Shahmuzir

    Sahabat dari Kelantan ni pernah beli 2 kitab terjemahan sebelum ini. Saya juga pernah beli, tapi 1 je. Maknanya sahabat ni lebih faham kesusahan dalam isu terjemahan ini.

    Inilah sebabnya saya suka mempromosikan terbitan YADIM ni. Saya tak mahu tuan/puan kecewa akibat tersilap beli, sedangkan kitab ini sangat baik dimiliki, dibaca dan dihadam.

    Kitab yang saya jual ni diterjemahkan ke BAHASA MALAYSIA dengan susunan bahasa yang mudah difahami. Ia terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Untuk manfaat semua, in shaa’ ALLAH.

    Like

  • Shahmuzir

    Ma shaa’ ALLAH! Seronok apabila dapat mengetahui bahawa insan2 yang sudah memiliki kitab ar-Rahiq al-Makhtum sangat menghargainya lalu berkongsi pula penghargaan mereka kepada orang2 lain. Semoga ALLAH membalas kebaikan mereka dengan kebaikan, amin…

    Like

  • Shahmuzir

    Betul apa beliau kata.

    Banyak lagi fakta sebenar yang bakal ditemui oleh pembaca dalam kitab ini. Kerana penulis kitab ini seorang yang sangat teliti dari segi pengambilan riwayat ketika menulis sirah Nabi.

    اللهم في الرفيق الأعلى

    “Ya ALLAH! Pada Teman Yang Maha Tinggi”

    Itulah ucapan yang diucapkan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam ketika menghembuskan nafas yang terakhir sebagaimana yang disebut di dalam Sahih al-Bukhari. Bukan “ummati, ummati” yang selalu kita dengar dari mulut para penceramah. Ucapan “ummati, ummati” itu dalam keadaan lain sebenarnya.

    Teruskan membaca Ar-Rahiq Al-Makhtum! :)

    Like

  • Shahmuzir

    Saya berasa bahagia apabila orang2 yang membeli buku tersebut turut merasai kebaikan padanya. Alhamdulillah. Anak muda ini telah membelinya dari saya malam tadi di Meru, Klang. Semoga ALLAH memelihara beliau sekeluarga, amin… :)

    Like

  • Shahmuzir

    Mungkin kita boleh contohi hamba ALLAH ini.

    Ada macam2 cara untuk kita berjariah. Ini salah satunya. Iaitu dengan mewakafkan buku untuk bacaan ummat. :)

    Semoga ALLAH berkati beliau dan kita semua, amin…

    Like

  • Shahmuzir

    Dah 3 round sahabat ni order buku Sirah Nabawiyyah terbitan YADIM terjemahan kepada ar-Rahiq al-Makhtum. Beliau bukan order untuk dirinya. Sebab beliau telah lama memilikinya. Tapi semua order itu untuk rakan2nya. Semoga ALLAH berkati beliau.

    Like

  • Shahmuzir

    Sahabat ni order bulan lepas sebuah. Saya dah pos ke Kelantan tempat kerjanya. Kali ni beliau nak jumpa. Nak 3 naskhah pula. Katanya untuk dibawa kepada sahabat2nya di Kelantan sana.

    Kami jumpa di Shah Alam. Rupa2nya junior sekolah saya. Belum berumahtangga. Soleh orangnya. Moga2 beliau dikurniakan isteri yang solehah, amin… :)

    Like

  • Shahmuzir

    Qalbu saya tiba2 mengerdil apabila terima mesej ini. Menjadi kerdil lantaran ALLAH menunjukkan kepada saya suatu perbuatan untuk saya contohi. Betapa manusia sentiasa mengejar untuk melakukan kebaikan.

    Hamba ALLAH ini memesan 15 buah buku untuk diposkan kepada sekian2 alamat. SubhanALLAH! Semoga ALLAH membalas beliau dengan kebaikan, amin…:)

    Like

  • Shahmuzir

    Sahabat ini sudah pun memiliki kitab ar-Rahiq al-Makhtum yang berbahasa Arab. Dan pernah memiliki yang Bahasa Melayu. Tetapi tetap nak beli satu.

    Sungguh, kitab ini adalah kitab yang mesti dimiliki kita semua. Pada pandangan saya, ia kitab sirah nabi yang terbaik setakat ini. Setakat inilah… :)

    Like

  • Shahmuzir

    1)
    Sahabat ini menyentuh perihal terjemahan. Ya, buku terbitan YADIM ini lebih telus penterjemahannya. Ia tidak menukar fakta sebagaimana fakta dalam buku asal Ar-Rahiqul-Makhtum.

    Kerana memang tidak dinafikan ada terbitan lain yang menukarkan fakta. Saya dah jumpa 2 buku terjemahan dari 2 syarikat penerbit yang berbeza yang telah menukarkan fakta, yakni tidak sama dengan fakta kitab asal. Saya jumpa di kedai buku Shah Alam dan Klang. Kecewa juga dengan perbuatan begini.

    2)
    Pasal mengantuk baca buku sirah. Ya, itu juga pengalaman saya dan ramai orang. Tapi yang terbitan YADIM ni jalan bahasanya mudah dan olahannya menarik. Semoga ALLAH berkati penulis asal iaitu Sheikh Safiyyur Rahman al-Mubarakfuri dan penterjemah iaitu ustadz Muhammad Ramzi Omar.

    :)

    Like

  • Shahmuzir

    Ni sahabat saya snap dari kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum yang berbahasa Arab. Alhamdulillah, buku terbitan YADIM terjemahkannya sebagaimana asal. :)

    Ada syarikat terbitan lain menukar fakta mengenai kelahiran Nabi. Saya dah jumpa 2 buku dari syarikat terbitan yang berbeza yang buat begitu. Kecewa saya dibuatnya… :(

    Ini cuma satu contoh yang ditemui.

    Like

  • Shahmuzir

    Wanita ini telah berkongsi kebaikan buku Sirah Nabawiyyah terbitan YADIM yang beliau telah beli daripada saya 2 minggu lalu kepada rakan2nya di pejabat.

    Alhamdulillah, semoga ALLAH berkati beliau sekeluarga atas kebaikan yang telah beliau lakukan, amin…

    Buku2 ni saya hantar di perkarangan pejabat beliau di KL, kebetulan memang saya ke KL Jumaat semalam. ALLAHU AKBAR!

    Like

  • Shahmuzir

    Beliau tambah lagi 1, jadi 3 buah buku Ar-Rahiq Al-Makhtum beliau beli dengan saya. Semuanya untuk dihadiahkan kepada orang. Baru sebentar tadi sempat jumpa beliau, COD di Kota Damansara.

    Katanya buku Ar-Rahiq Al-Makhtum terbitan YADIM yang beliau beli dengan saya dulu diletakkan dalam kereta sentiasa. Menjadi sajian bacaan di kala lapang. Disebabkan bahasanya mudah, menarik dan berkronologi dari bab ke satu bab, maka buku terbitan YADIM ini beliau suka untuk dijadikan hadiah.

    2 beliau ambil untuk dihadiahkan by-hand. 1 lagi beliau minta saya poskan. Alhamdulillah :)

    Like

  • Shahmuzir

    Maklum balas dari seorang pembaca kitab Sirah Nabawiyyah terbitan YADIM, yang diterjemahkan dari kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum. Beliau menceritakan kepada saya ketika kami bertembung di Shah Alam. Alhamdulillah :)

    Like

  • Shahmuzir

    Jazahullahu khairan atas review ringkas yang sahabat saya ni lakukan. Sangat baik review beliau . Hasilnya, ada 2 lagi rakan beliau berminat memilikinya dan menghubungi saya, alhamdulillah. Semoga ALLAH membalas kebaikan buat beliau, amin…

    Buku ni beliau COD dengan saya minggu lepas. Semoga beliau sekeluarga diberkati ALLAH, amin… :)

    Like

  • Shahmuzir

    Ada beberapa sebab kenapa saya usahakan agar tuan/puan mudah untuk memiliki buku Sirah Nabawiyyah terbitan YADIM yang diterjemahkan dari buku Ar-Rahiq Al-Makhtum:

    1) Kandungan buku itu sendiri dan nilainya yang diperakui oleh ulama seluruh dunia Islam bahawa ia antara kitab sirah Nabi yang terbaik setakat ini. Kalau ditanya mana2 ilmuan Islam mengenai buku sirah Nabi yang wajar dimiliki, mereka pasti menyebutkan Ar-Rahiq Al-Makhtum antara buku yang sangat wajar dimiliki jika bercakap soal buku sirah Nabi.

    2) Agar tuan/puan seronok membacanya dan tidak bosan. Kerana buku terbitan lain bahasanya ada yang terlalu pekat keIndonesiaannya. Buku yang saya jual ini adalah usaha dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu Malaysia. Bahasanya lebih lancar, mudah dan malah seronok membacanya.

    3) Agar tuan/puan dapat memiliki buku terjemahan yang telus terjemahannya. Kerana di luar sana ada beberapa buah terbitan yang telah mengubahsuai fakta yang telah ditulis oleh penulis buku iaitu Sheikh Safiyyur Rahman al-Mubarakfuri. Sekurang2nya, saya sudah menjumpai 2 buah syarikat terbitan melakukannya dan ia mudah ditemui di rak2 kedai buku. Saya tak mahu tuan/puan terbeli yang itu!

    4) Buku terbitan YADIM ini agak sukar ditemui di kedai2 buku biasa. Mengikut pengalaman saya dan beberapa pembeli yang sudah lama membelinya, mereka semuanya membeli di ekspo buku, di ekspo kerajaan yang ada YADIM mengambil bahagian dan seumpamanya. Kedai2 buku biasa memang sukar dijumpai. Yang ada ialah terbitan lain. Saya sudah pusing2 sekitar Shah Alam, Klang dan KL untuk mengesahkan hal ini. Ya, ia memang benar. Memang tiada terbitan YADIM setakat jenguk-jengukan saya ke beberapa buah kedai buku Islami. Jadi usaha ini nak memudahkan tuan/puan memilikinya.

    Itulah antara sebabnya. ALLAHU A`LAM.

    Saya nak bagi mudah pada tuan/puan. Apabila tuan/puan kata setuju, saya akan hantar melalui Poslaju ke alamat yang tuan/puan minta. Nak COD sekitar Shah Alam pun OK juga. Asalkan tuan/puan dapat memilikinya, in shaa’ ALLAH.

    Saudaramu,
    Shahmuzir bin Nordzahir, 019-3826408

    Like

  • Shahmuzir

    Terkejut saya sewaktu menerima mesej ni. Sekejap betul sahabat ni baca. Tak sampai sebulan dah habis. Alhamdulillah, memang mengasyikkan dan seronok baca buku Sirah Nabawiyyah terbitan YADIM ni.

    Makin semangat saya nak jual buku nih! :) (Y)

    Like

  • Shahmuzir

    Alhamdulillah. Seronok dapat SMS petang semalam dari seorang pembeli buku Sirah Nabawiyyah terbitan YADIM iaitu buku yang telah diterjemahkan dari buku Ar-Rahiq Al-Makhtum, tulisan Sheikh Safiyyur Rahman al-Mubarakfuri. Respon beliau mengujakan saya utk terus sampaikan buku ini pada semua. Semoga tuan/puan yang telah memilikinya mendapat kemanisan yang sama seperti beliau. :)

    Yang belum memilikinya, boleh hubungi saya untuk mendapatkannya, in shaa’ ALLAH :)

    Like

  • Mior Latfee

    Ustaz boleh bagi email, untuk masukkan ke dalam transaksi maybank.

    Like

  • Shahmuzir

    Alhamdulillah, menerima nasihat dan kata2 semangat dari seorang pembeli di Brunei Darus Salam yang saya telah poskan bukunya minggu lepas.

    In shaa’ ALLAH, saya akan cuba terus menjual kitab Sirah Nabawiyyah Ar-Rahiq Al-Makhtum. Moga2 saya mampu juga untuk menyampaikan kitab2 bermanfaat lain kepada ummat.

    Yang berminat memiliki kitab Sirah Nabawiyyah Ar-Rahiq Al-Makhtum terbitan YADIM ini, sila PM atau SMS saya di 019-3826408 :)

    Like

  • Shahmuzir

    Pesanan buku dari mahasiswa2 perubatan yang sedang belajar di India. Alhamdulillah :)

    Like

  • Shahmuzir

    Alhamdulillah. Seorang sahabat saya berkongsi gambar ini dengan saya melalui mesej.

    Ia ‘book review’ mengenai kitab Sirah Nabawiyyah terbitan YADIM yang diterjemahkan dari kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum karangan Sheikh Safiyyu ar-Rahman al-Mubarakfuri yang saya jual tu. Ditulis dalam surat khabar bertarikh hari ini, 11/12/2013.

    Like

  • Shahmuzir

    Inilah insan yang telah menterjemahkan kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum, iaitu al-fadhil ustadz Muhammad Ramzi bin Omar, hafizohullah. Buku tersebut berjudul Sirah Nabawiyyah dan diterbitkan oleh YADIM.

    Alhamdulillah, keramahan dan sifat merendah diri beliau membuatkan saya selesa untuk duduk dan berbual dengannya.

    Kuliah beliau di Madrasah Nurul Muttaqin, Gombak Setia adalah pada hari Rabu minggu ke-4 setiap bulan, in shaa’ ALLAH. Kuliah mengenai sirah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam, menggunakan kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum karangan Sheikh Safiyyu ar-Rahman al-Mubarakfuri.

    Moga kami dapat duduk dekat dengan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam pada Hari Akhirat nanti, amin…

    Like

  • Shahmuzir

    Nota rujukan seperti ini bermanfaat buat penuntut ilmu yang ingin membuat rujukan atau kajian lanjut terhadap maklumat yang diberikan dalam tulisan.

    *Ini antara kelebihan kitab Sirah Nabawiyyah Ar-Rahiq Al-Makhtum terbitan YADIM. Setiap bab dinyatakan nota rujukan.

    Like

  • Shahmuzir

    Buku2 ini telah dibeli oleh 5 orang sahabat2 FB yang berhati mulia dengan tujuan untuk diwakafkan. Semoga kalian mendapat pahala yang berterusan dan dibalas ALLAH dengan kebaikan pada Hari Akhirat nanti, amin…

    *Buku2 ini telah dibalut terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada sekolah2 agama, rumah2 anak yatim, masjid atau surau dengan plastik pembalut untuk memastikan ia bertahan lama.

    Like

  • Shahmuzir

    Antara lain kelebihan buku Ar-Rahiq Al-Makhtum terbitan YADIM berbanding terbitan2 lain ialah perkataan2 `Arab seperti nama, tempat atau nama khas ditulis dengan kaedah transliterasi. Ini membolehkan pembaca menyebutnya dengan betul, walaupun perkataan2 `Arab itu ditulis dalam tulisan rumi. :)

    Like

  • Shahmuzir

    Komen di WhatsApp oleh salah seorang pengumpul kitab sirah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam:

    Like

  • saudaramu..

    Semoga Allah memberkati usahamu saudaraku… amin…

    Like

  • Shahmuzir

    Kulit buku dengan wajah baru dan harga baru RM65 sebuah. Baru sampai dari kilang percetakan semalam, Jumaat 7/11/2014…

    Like

  • Shahmuzir

    Berikut ini adalah review buku Sirah Nabawiyyah terbitan YADIM yang ditulis oleh salah seorang pembeli saya tahun lepas di blognya. Saya baru terjumpa dan baca. Sangat menarik!!! :)

    Like

  • Sheikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri – Penulis Kitab ar-Rahiq al-Makhtum | Kerana DIA...

    […] belakang sheikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri, iaitu penulis kitab sirah yang masyhur iaitu kitab ar-Rahiq al-Makhtum.  Saya rakam catitan ini dari majalah Solusi Isu 67.  Semoga […]

    Like

  • Ringkasan Kisah Muhammad SAW Sejak Kelahiran Hingga Dilantik Nabi. Selengkapnya … – dilemaCinta.Com

    […] mulia yang kita semua sama-sama sayangi dan kasihi sepenuh hati kita.  Saya petik dari kitab al-Rahiq al-Makhtum, tulisan Safiyyu al-Rahman […]

    Like

  • Anonymous

    aasalam…
    masih ada ke buku ini?

    Liked by 1 person

  • MOHAMAD AZMI ABU BAKAR

    Assalamualaikum, Pada December 2018 saya pergi menunaikan umrah dan membeli buku ini yang diterjemahkan dalam English di sebuah kedai buku di Mekah. Buku ini menjadi buku kesayangan saya. Saya baca buku ini slow slow, dan banyak part yang menyentuh perasaan. Anda boleh menagis bila baca buku ini. Saya berpendapat setiap umat Islam perlu baca buku ini.

    Liked by 1 person

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah… Ma shaa ALLAH! Terima kasih tuan kerana berkongsi pengalaman. Memang benar. Buku ini benar² dapat menyentuh perasaan dan memberi penghayatan kepada kisah hidup Baginda yang mulia, Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. Semoga ALLAH berkati, amin…

      Like

  • Muhammad Rahimi

    “Saya belum ada bajet nak beli buku Sirah Nabawiyyah ar-Rahiq al-Makhtum, tapi saya sebenarnya sangat berminat nak memiliki dan membacanya kerana saya ingin menimbulkan kembali rasa kasih dan cinta kepada baginda nabi yg telah hanyut dibuai nikmat dunia yg melampau”

    Like

Leave a comment