Doa Nabi Yusuf `Alaihis Salam Ketika Gembira

Doa Nabi Yusuf `alaihis salam:

فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ

أَنتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

 تَوَفَّنِي مُسْلِمًا

وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai TUHAN yang menciptakan langit dan bumi,

Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di Akhirat;

sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam,

dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”.

(Surah Yusuf, 12:101)

Ucapan ini disebut oleh Nabi Yusuf `alaihissalam pada saat kegembiraan Baginda memuncak iaitu ketika memiliki kekuasaan kerajaan dan ditemukan semula dengan bapanya, Nabi Ya`qub `alaihis salam dan adik-beradiknya.

Antara pengajaran yang boleh kita ambil sebagai tauladan dan contoh ialah:

  1. Ketika sangat gembira, ingatlah ALLAH, syukurlah kepadaNYA, pujilah DIA dan sedarlah bahawa ALLAH adalah Penjaga kita semua di dunia dan di Akhirat.
  2. Apabila gembira, ingatlah mati dan minta agar dimatikan dalam keadaan Islam (berserah diri kepada ALLAH).
  3. Mengharapkan agar diri kita digolongkan di kalangan orang-orang yang soleh di sisi ALLAH.

Semoga bermanfaat.


Leave a comment