Al-Quran Muka Surat 4/604

[Muka surat 4/604]
[Surah al-Baqarah]
[Surah nombor 2, ayat 17-24]

مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الَّذِي اسْتَوْقَدَ نَارًا فَلَمَّآ أَضَآءَتْ مَا حَوْلَهُ ذَهَبَ اللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِي ظُلُمَاتٍ لَّا يُبْصِرُونَ

Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) ALLAH hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkan mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun). {2:17}

صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ

Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). {2:18}

أَوْ كَصَيِّبٍ مِّنَ السَّمَآءِ فِيهِ ظُلُمَاتٌ وَرَعْدٌ وَبَرْقٌ يَجْعَلُونَ أَصَابِعَهُمْ فِيٓ ءَاذَانِهِم مِّنَ الصَّوَاعِقِ حَذَرَ الْمَوْتِ ۚ وَاللَّهُ مُحِيطٌ بِالْكَافِرِينَ

Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jari mereka ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) ALLAH meliputi orang-orang yang kafir itu. {2:19}

يَكَادُ الْبَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَارَهُمْ ۖ  كُلَّمَآ أَضَآءَ لَهُم مَّشَوْا فِيهِ وَإِذَآ أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُوا ۚ  وَلَوْ شَآءَ اللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ ۚ  إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya ALLAH menghendaki, nescaya dihilangkanNYA pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. {2:20}

يَآ أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada TUHAN kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. {2:21}

الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَآءَ بِنَآءً وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَآءِ مَآءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَّكُمْ ۖ  فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

DIA lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkan air hujan dari langit, lalu dikeluarkan dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi ALLAH, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa ALLAH ialah TUHAN Yang Maha Esa). {2:22}

وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَآءَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang KAMI turunkan (Al-Qur’an) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Qur’an itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari ALLAH, jika betul kamu orang-orang yang benar. {2:23}

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا وَلَن تَفْعَلُوا فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ ۖ  أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ

Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari Api Neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu Neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir. {2:24}

Nota:

Pada ayat 17 hingga 20, ALLAH memberikan perumpamaan mengenai golongan munafiq yang masuk Islam tapi di dalam hati mereka sebenarnya tidak beriman kepada ALLAH.  Perumpamaan ini diberi bagi memberi manusia gambaran betapa ruginya golongan ini.

Pada ayat 21 dan 22, ALLAH menyeru sekalian manusia agar beribadat kepadaNYA kerana DIA lah yang menciptakan manusia dan seluruh dunia ini.  Jangan sekutukanNYA dengan sesuatu atau sesiapa pun.

Pada ayat 23 dan 24, ALLAH mencabar manusia yang tidak beriman kepada al-Qur’an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad agar mencipta satu surah sahaja seperti yang terdapat dalam al-Qur’an.  Sah memang manusia tak mampu melakukannya.  Kerana al-Qur’an bukannya ciptaan manusia.  Ia perkataan dari ALLAH, TUHAN Seluruh Alam.  Tiada siapa yang dapat menandingiNYA.  Golongan yang degil tidak mahu beriman hanya menempah bahaya buat diri sendiri, iaitu akan dimasukkan ke dalam Api Neraka.  Maka, takutlah!

Kembali ke senarai muka surat


Leave a comment