Tak Sangka Dapat Datang Lagi!

Sebenarnya saya tak sangka akan dapat datang lagi ke Tanah Suci dalam masa terdekat selepas menunaikan haji tahun 2022 (musim 1443H) yang lalu.

Ingatkan lama lagi akan ada peluang nak ke sini. Maklumlah, saya ni bukanlah berduit orangnya. Setiap kali tengok orang kongsi cerita dan berita pasal Tanah Suci, hati menjadi sayu. Rindu dan cemburu! Tak mampu.

Syukur kepada ALLAH atas taqdirNYA yang membolehkan saya ke sini kali ini. Walau tak berduit tapi tetap nak ‘do it’. Kali ni saya ke sini sendirian. Passport hidup lagi. Pohon visa secara online dan terus ke Tanah Suci mencabar diri. Tekad! Mujur ada contact di Tanah Suci boleh tunjuk ajar agar proses ke Tanah Suci lebih lancar.

Sebelum ni, pernah 2 kali ke Tanah Suci melalui pakej syarikat umrah dan 1 kali melalui Muassasah Tabung Haji mengerjakan haji. Kali ini so-called DIY lah pulak. Cuma penginapan tu dah ada orang carikan. In shaa ALLAH, kali ni akan lama di sini. Selain melunaskan rasa rindu kepada Tanah Suci dan beribadah di sini yang mana itulah tujuan asal, saya juga akan turut menyertai usaha khidmat kepada para tetamu Tanah Suci di sini. Nak belajar jadi orang yang berguna di sini.

Kalau kalian perlukan apa-apa khidmat yang membolehkan kalian beribadah di sini dengan lebih yakin, hubungilah saya. Saya sangat suka kalau diberi peluang dapat berkhidmat dan menemani kalian. Moga ALLAH berkati kita semua.

Hubungi saya melalui WhatsApp ye.

019-3826408
Shahmuzir bin Nordzahir
Al-`Aziziah, Makkah.


Leave a comment