Saya tak ingat sudah berapa lama saya menggunakan Facebook. Walaupun pada mulanya teragak-agak untuk membuka akaun di Facebook, namun disebabkan oleh jemputan rakan-rakan dan dikatakan ramai pula boleh dijumpai rakan-rakan lama di sana, maka saya pun membuka akaun Facebook.
Memang canggih sungguh Facebook ni. Jika dimanfaatkan betul-betul, memang agak pasti boleh memberikan kebaikan buat diri sendiri dan rakan-rakan yang berada di dalam rangkaian Facebook itu. Maksud saya dalam hal:
-
ta’awwanu ‘ala al-birri wa at-taqwa (tolong menolong dalam hal kebaikan & taqwa)
-
amru bil-ma’ruf wa nahyu ‘anil-munkar (mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran).
-
tawasau bil-haq wa tawasau bis-sobr (nasihat menasihat dengan kebenaran dan kesabaran)
Platform sudah tersedia, tinggal mahu digunakan sahaja. Adakah bakal memberi kebaikan atau sia-sia begitu sahaja. Sayang sekali jika platform tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa digunakan untuk menambah amal kebaikan.
Berikut disenaraikan secara ringkas beberapa perkara yang digalakkan kita melakukan dan juga perkara yang tidak wajar dilakukan:
Jangan tak:
- malu
- fikir sebelum berbuat sesuatu
- ingat bahawa perbuatan kita dicatit, dan akan dipertanggungjawabkan setiapnya
- tegur-menegur
- nasihat-menasihat
- saran buat baik
- kongsi link/tips/cerita/berita yang baik
- ajak kepada ma’ruf, cegah kemungkaran
- awas dengan mudharat yg berpotensi diwujudkan oleh Facebook
- rekomen perkhidmatan & produk keluaran ummat Islam yang bagus
- set di privacy setting ikut keperluan anda supaya bukan semua maklumat/gambar anda boleh dilihat/diceroboh
- dan banyak lagi…sila sambung
Jangan:
- kutuk-mengutuk
- fitnah-menfitnah / gossip
- gedik-menggedik
- ejek-mengejek
- upload foto yang menimbulkan fitnah, terutama foto wanita
- upload foto anda (sekiranya anda wanita), foto adik perempuan anda, isteri anda, anak perempuan anda, rakan perempuan anda atau lain-lain wanita bagi menjaga kehormatan, kemuliaan & maruah mereka.
- buka aib diri sendiri & orang lain
- terlalu berkongsi maklumat diri & keluarga
- bermain dengan kuiz yang boleh merosakkan aqidah dan tidak berfaedah
- bermain dengan permainan (games) yang hanya membuang masa
- bebas sangat
- berlebih-lebihan dalam bergurau
- berkhayal dengan foto2 rakan Facebook anda
- memuji diri sendiri, nanti orang menyampah
- taksub & lalai dengan Facebook
- terus percaya & sebarkan semua khabaran orang
- dan banyak lagi….sila sambung.
Sebenarnya nasihat di atas adalah nasihat umum yang patut insan ingat selalu. Namun, disebabkan oleh insan ini selalu lupa (saya terutamanya), jadi sebab itulah tulisan ini ditulis. Apatah lagi sekarang ini, Facebook sudah menjadi kegilaan orang ramai. Dan didapati ada yang agak lalai dan terjatuh dari landasan kemuliaan akhlaq. Mudah-mudahan tulisan ini bermanfaat.
Akhir sekali, mari kita renung semula perkataan dari Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam hal ini. Semoga ia dapat mengingatkan kita tatkala kita leka, asyik dan lupa.
“Kalau kamu sudah tidak punya malu lagi, lakukanlah apa yang kamu kehendaki.” (HR. Bukhari)
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah berbicara yang baik-baik atau diam.” (HR. Bukhari)
Tahukah kamu apa ghibah itu? Para sahabat menjawab, “Allah dan rasulNya lebih mengetahui.” Beliau bersabda, “Menyebut-nyebut sesuatu tentang saudaramu hal-hal yang dia tidak sukai.”(HR. Muslim)
“Seorang mukmin bukanlah pengumpat, pengutuk, berkata keji atau berkata busuk.” (HR. Bukhari dan Al Hakim)
“Semua umatku diampuni kecuali yang berbuat (keji) terang-terangan yaitu yang melakukannya pada malam hari lalu ditutup-tutupi oleh Allah, tetapi esok paginya dia membeberkan sendiri dengan berkata, “Hai Fulan, tadi malam aku berbuat begini…begini.” Dia membuka tabir yang telah disekat oleh Allah Azza wajalla.” (Mutafaq’alaih)
Semoga ALLAH Azza wa Jalla memberkati kita semua, amin…
April 2nd, 2010 at 3:39 PM
insyaALLAH..
ustaz..
sy nk sambung..
jgn mengurat..
jgn menggatal..
jgn amek ksmptn nk brkenalan..
jgn sampai abaikn tggungjwb sbg se0rg pelajar dan pkrja..
jgn melambat2kn s0lat sbb trlmpau asyik on9 FB..
tu je..
thanks ye ustaz..
:)
LikeLike
April 2nd, 2010 at 3:56 PM
sambung jgn tak sambung…
LikeLike
April 2nd, 2010 at 4:53 PM
terima kasih ustaz….
LikeLike
April 3rd, 2010 at 10:43 PM
sama2…
LikeLike
April 2nd, 2010 at 6:39 PM
syukron ustaz krn memperingati..
kadang2 sye hampir terlupa semua tu..
LikeLike
April 3rd, 2010 at 10:42 PM
Aishah, kita sesama muslim ibarat cermin…
LikeLike
April 3rd, 2010 at 5:53 PM
terima kasih ustaz… minx izin share dgn mber2 yer..
LikeLike
April 3rd, 2010 at 10:41 PM
silakan…
LikeLike
April 4th, 2010 at 8:30 PM
setuju…btol2 sume uh…ustaz n aisyah…
LikeLike
April 6th, 2010 at 12:17 AM
slm.. ustz,saya nak tanya..maknanya kaum prmpuan x boleh upload gamba walaupun dgn kawan2nya..tq
LikeLike
April 8th, 2010 at 12:58 AM
wa’alaikumussalam warahmatullah…
Ziya, mudharat bagi muslimat meletakkan gambar di khalayak ramai lebih banyak dari manfaatnya…
Jadi, tak perlulah letaknya walau dalam keadaan apapun. Simpanlah foto kalian di dalam album/komputer masing2 utk tatapan sendiri dan kawan2 yang anda percayai…
Wajah seorang muslimah adalah buat tatapan suaminya, bukan buat tatapan umum…
LikeLike
April 27th, 2010 at 12:51 PM
[…] Jangan Tak… & Jangan… di Facebook […]
LikeLike
April 28th, 2010 at 8:32 AM
Salam. Terima kasih banyak atas semua artikel2 yg bermanfaat. Tersedar kembali, banyak kesilapan yg dilakukan apabila mengupload foto2 walaupun awalnya niat utk berkongsi. T_T
Jazakallah khair.
..::ingin kembali ke pangkal jalan::..
LikeLike
April 29th, 2010 at 12:30 AM
wa’alaikumussalam warahmatullah…
Ya anayilz. Itulah sifat muslim. Saling ingat mengingati supaya kita tidak terus lupa dan lalai akan matlamat asal kita. Iaitu ingin pulang ke kampung syurga dan bertemu ALLAH Jalla wa A’la.
LikeLike
May 6th, 2010 at 11:59 PM
salam alaiykh… syukan ustaz, atas tegurannya..
LikeLike
June 1st, 2010 at 2:36 PM
A’kum w.b.t..
T/kasih atas peringatan2 di atas. Sya dh delete byk photo yg x bermanfaat kt acc fb sya. Minta izin share dgn teman2 ya.
LikeLike
June 12th, 2010 at 8:14 PM
ustaz..assalamualaikum.saya pelik lah ustaz..macam mana melalui perkataan di kotak chat seseorang boleh jatuh hati?
LikeLike
September 19th, 2010 at 10:45 AM
wa’alaikumussalam warahmatullah…
Awak pelik? Pelik tapi benar. Dah ramai kecundang dek SMSing dan Chatting ni. Bukan setakat jatuh hati, malah ada yg dah kecundang berzina. Bukan setakat org biasa, malah ustadz & ustadzah pun ramai kecundang. Ini kisah benar…
So, hati2…
LikeLike
June 13th, 2010 at 12:40 PM
totally agreed.FB has its own advantages and disadvantage but many people tend used its downside.
LikeLike
September 24th, 2010 at 8:59 AM
Salam ustaz,
Maaf saya dahulukan. Saya dah jadikan entry ustaz nie sbg note dalam FB saya, bukan apa. Hanya sebagai peringatan buat saya dan dikongsikan kepada shbt2 lain.
Maaf ya ustaz sebab copy and paste tanpa kebenaran ustaz. Harap ustaz xkisah. Saya juga ada menyertakan sekali link ke blog ustaz ni sbg rujukan, jadi maaf sekali lagi..
LikeLike
September 24th, 2010 at 9:40 AM
wa’alaikumussalam…
Takpe ukhti, malah saya sgt berbesar hati krn ukhti sudi utk membaca malah menyebarkannya kpd rakan2.
Semoga ALLAH Ta’ala memberi kebaikan atas segala usaha baik yg kita lakukan, amin…
LikeLike
September 27th, 2010 at 7:39 AM
setuju sangat2…………..
LikeLike
December 13th, 2010 at 10:49 AM
Salam ziarah..mohon link kat blog saya..tksh
LikeLike
December 23rd, 2010 at 12:32 PM
[…] https://muzir.wordpress.com/2010/04/02/facebook-jangan-tak-jangan/ […]
LikeLike
June 3rd, 2011 at 9:26 AM
bismillah. alhamdulillah. assalamualaikum~
tak perlu facebook pun tak apa. saya tak ada facebook pun, takde masalah komunikasi setakat ni. sebab kita ada handphone dan e-mail.
saya takde facebook sbb yg utama sebab muslimat tak perlu ada. untuk dakwah, baik kita dakwah org2 yg dekat dengan kita dulu. saya faham, jika org beralasan utk dakwah, silakan. tapi sifat manusia mesti nak tahu empunya akaun dan sekurg2nya nak tahu skit sebanyak.
asalnya untuk bertukar2 pendapat, lalu jadi ikhtilat secara x sengaja.
hidup tanpa FB sebenarnya amat menenangkan dan terhindar dari fitnah. sebab kita tidak perlu menaip apa2 tentang diri kita setiap waktu. hatta perasaan pun nak ditulis, apa lagi yg tinggal? cukuplah malu menjadi tabir kita, dan biarlah allah yang tahu segalanya. kadang2 tulisan kita disalahtafsirkan dan menimbulkan pergaduhan.
dan juga perlu ditekankan, zaman sekarang org menilai seseorg dari FB. sekalipun majikan anda. sebab ada staf akan mengutuk2 majikan dalam FB konon nak luahkan perasaan tapi dia lupa sapa yg baca tulisan dia.
Hargailah privacy diri anda. sukakah anda jika SETIAP perkara org tahu tentang diri anda? SETIAP perkara. hadkanlah apa yg perlu ditulis dan apa yg tidak perlu ditulis. jangan dedahkan sangat diri anda. dikhuatiri tidak apa yg tinggal lagi. apakah penting diri anda sampai semua benda nak diceritakan?
nasihat dan teguran ini saya khususkan utk muslimah. jika perlu atas alasan berdakwah, lakukan dgn penuh hormat dan penuh ilmu dan hikmah. tonjolkan ILMU bukan DIRI ANDA.
semoga bermanfa’at~
wallahu’alam~
LikeLike
May 25th, 2013 at 12:52 PM
assalamualaikum ustaz saya mohon kebenaran mengambil bahan2 ustaz untuk saya masukkan dalam portal sekolah saya demi kebaikan bersama.mohon ustaz memberi respon terhadap permohonan saya ini.terima kasih.
LikeLike
May 28th, 2013 at 12:05 PM
wa`alaikumussalam warahmatullah…
Silakan. Moga2 usaha tuan diberkati ALLAH, amin…
LikeLike