Saya bukanlah di kalangan orang yang bagus hafalannya. Namun di dalam hati tidak pernah lekang rasa ingin menghafal banyak ayat-ayat al-Quran. Supaya apabila dapat menghafal ayat-ayat al-Quran yang banyak, maka dapatlah mencontohi Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, para sahabat Baginda, tabi`in, tabi`ut tabi`in dan orang-orang yang soleh selepas mereka yang berdiri lama tatkala mereka mendirikan solat malam seorang diri kerana membaca kalam-kalam mulia dari ALLAH Jalla wa A`la.
Semoga saya dan kalian semua dikurniakan keazaman, kesungguhan dan dijauhkan dari sifat malas dan putus asa selepas mendengar perkongsian yang disampaikan oleh Sheikh Wahid Abdus-Salam Bali (semoga beliau dipelihara ALLAH) berikut:
Daripada penerangan Sheikh, dapat saya fahami bahawa cara untuk menghafal al-Quran untuk jangka masa panjang adalah seperti berikut:
1) Baca ayat dalam baris pertama sebanyak 10 kali dengan melihat mushaf. Kemudian, ulanginya tanpa melihat mushaf.
(Mesti 10 kali. Jangan baca 2 kali, terus mahu mengulang. Cara ini salah. Ikut pesanan Sheikh dengan membacanya sebanyak 10 kali, barulah kemudiannya mengulang tanpa melihat mushaf, supaya ayat yang mahu dihafal melekat di dalam minda dan tahu kedudukan ayat tersebut di dalam mushaf.)
Jika ada masalah dengan perkataan tertentu, maka bacalah perkataan tersebut dengan satu perkataan sebelumnya dan satu perkataan selepasnya sebanyak 5 kali. Kemudian, ulanginya tanpa melihat mushaf.
2) Kemudian, bacalah ayat dalam baris kedua sebanyak 10 kali dengan melihat mushaf. Selepas itu, ulangi ayat dalam baris kedua tanpa melihat mushaf.
3) Setelah ayat dalam baris pertama dan kedua dapat dihafal, bacalah kedua-dua ayat dalam baris pertama dan kedua tersebut dengan melihat mushaf pula sebanyak 3 kali. Selepas itu, ulanginya sebanyak 3 kali juga tanpa melihat mushaf.
4) Ulangi perbuatan di atas untuk ayat dalam baris ketiga, keempat, kelima dan seterusnya sehingga habis satu muka surat.
Cara di atas adalah cara penghafalan jangka masa pendek. Dan hafalan boleh hilang dalam masa beberapa minggu.
Bagaimana untuk menukar penghafalan jangka pendek ini kepada penghafalan jangka panjang?
1) Ambil mushaf dan buka muka surat yang sudah dihafal itu. Baca muka surat tersebut sebanyak 20 kali dengan melihat mushaf. Sebaik-baiknya semasa membaca, jari diletakkan di baris berkenaan.
Perbuatan begini, insyaALLAH akan melekatkan apa yang dihafal kuat di dalam minda. Anda tidak akan lupa, insyaALLAH. Segala puji bagi ALLAH. Kenapa?
Kerana apabila anda membacanya sebanyak 20 kali dengan melihat mushaf, mata anda akan merakam muka surat tersebut dalam bentuk foto ke dalam minda. InsyaALLAH ia akan melekat kuat di dalam ingatan anda dan takkan melupakannya.
Berikut adalah satu lagi video penerangan oleh Sheikh Abdus-Salam Bali:
Tentu ada banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk menghafal al-Quran. Cara di atas hanyalah salah satu daripadanya. Semoga ALLAH Ta`ala memberkati Sheikh atas ilmu yang dikongsikan. Juga buat insan yang sudi berkongsi video ini kepada umum melalui youtube, semoga ALLAH Ta`ala memberkati mereka juga, amin…
Semoga ALLAH memuliakan saya dan tuan/puan dengan al-Quran yang mulia, amin.
Shahmuzir Nordzahir muzir.wordpress.com 29 Disember 2011
December 29th, 2011 at 3:32 PM
JazakAllahu khair bro… Kaedah ini memang bagi kesan logik. Ini namanya mind mapping macam smart learning gak kot… tapi untuk tujuan yang lebih barakah. InsyaAllah sama2 kita dapat manfaat dari kaedah ini disertakan dgn kaedah masing2 yang bersesuaian.. :)
LikeLiked by 1 person
January 14th, 2012 at 12:02 AM
[…] *Disunting dari laman ini. […]
LikeLike
March 9th, 2012 at 10:53 AM
Berdosakah jika menghafaz Al-quran tanpa tajwid kerana tidak terlalu lemah dalam hukum-hakam tajwid?
LikeLike
March 9th, 2012 at 10:55 AM
*bukan tidak terlalu lemah tetapi tidak pandai dan terlalu lemah. Maaf tertinggal perkataan yang sepatutnya ditaip.
LikeLike
July 26th, 2012 at 7:56 AM
Ikhlaskan niat menghafaz Al-Quran kerana Allah,insya Allah akhirnya berjaya..:)
LikeLiked by 1 person
December 4th, 2012 at 8:20 PM
Alhamdulillah…
Terima kasih untuk perkongsian yang sangat bermanfaat ni..
Jazakallah :)
LikeLiked by 1 person
December 28th, 2012 at 4:33 PM
mohon untuk copy.
LikeLiked by 1 person
December 28th, 2012 at 4:38 PM
Silakan tuan. Sangat2 digalakkan untuk disebarkan :)
LikeLike
January 26th, 2013 at 8:32 AM
Alhamdulillah…sesuatu yang amat2 baik untuk dikongsi bersama…
LikeLiked by 1 person
July 2nd, 2013 at 10:41 AM
satu hari satu ayat insya allah bisa :D
LikeLiked by 1 person
March 1st, 2014 at 10:52 AM
Alhamdulillah, semoga Alloh membalas kebaikannya Aamiin
LikeLiked by 1 person
April 18th, 2014 at 2:29 PM
Assalammualikum.., mohon izin kongsi ilmu.
LikeLiked by 1 person
April 18th, 2014 at 7:02 PM
wa`alaikumussalam warahmatullah. Ya, silakan :)
LikeLike