3 Tingkatan Ilmu

`Abdullah bin al-Mubarak mengatakan bahawa:

“Belajar ilmu itu mempunyai 3 tingkatan:

1)  Barangsiapa yang sampai ke tingkatan pertama, dia akan menjadi seorang yang sombong.  

2)  Barangsiapa yang sampai ke tingkatan kedua, dia akan menjadi seorang yang tawadhu`.

3)  Barangsiapa yang sampai ke tingkatan ketiga, dia akan merasakan bahawa dia tidak tahu apa-apa.”

ALLAHU AKBAR!  Kata-kata ini cukup dapat mengetuk jiwa ini!  Betapa terzahirnya di sekeliling kita akan kelompok-kelompok manusia sesuai dengan apa yang disebut di dalam kata-kata di atas.

Yang dimaksudkan dengan sombong bagi peringkat pertama di atas ialah dia merasakan bahawa kononnya dia sudah tahu banyak perkara.  Lalu dengan perasaan sombong dia mula berani mengatakan itu dan ini, melabel itu dan ini dan terburu-buru.  Hal ini banyak kelihatan di sekeliling kita.

Ada yang sombong, angkuh dan besar diri dengan ilmu mereka.  Ternyata mereka ini adalah golongan yang baru di peringkat awal menuntut ilmu.  Ramai di peringkat ini.  Bahkan kita semua juga masih di peringkat ini.  Kita selalu berasa diri sudah hebat dan mengatakan orang lain salah disebabkan mereka tidak sama dengan pandangan atau pendapat atau ilmu atau pengalaman kita.

Mengetahui bahawa kita masih di peringkat pertama, justeru bersabarlah.  Jangan terlalu lekas melabel.  Teruskan belajar dan belajar supaya hikmah semakin menebal di dalam diri.

Golongan yang lebih tinggi dari golongan pertama ialah segolongan yang tawadhu` dengan apa yang ada pada mereka.  Mereka merendah diri dengan ilmu mereka walaupun di dalam dada mereka sudah banyak ilmu dan pengalaman.  Sebenarnya ilmu dan pengalaman yang banyak itulah yang menyebabkan mereka faham tentang hakikat ilmu.  Lalu mereka berasa tawadhu`.

Dan yang paling tinggi dan hebat akan tingkatan ilmu mereka ialah apabila mereka merasakan mereka tidak tahu apa-apa.  Ini kerana hakikat ilmu semakin jelas dan nyata di hadapan mata dan hati mereka.  Semakin banyak pintu dan jendela ilmu yang dibuka, semakin banyak didapati pintu dan jendela ilmu yang belum dibuka.  Justeru, mereka bukan sahaja tawadhu`, bahkan lebih mulia dari itu, mereka lalu berasakan mereka tidak tahu apa-apa lantaran terlalu luasnya ilmu sehingga mereka bisa lemas di dalamnya.

Fikirkanlah dan renungkan maksud kata-kata Ibnu al-Mubarak di atas.  Moga kita dapat bermuhasabah dengannya.

ALLAHU A`LAM.

Sekadar menyampaikan,

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
28 Mac 2012.

6 responses to “3 Tingkatan Ilmu

  • Anonymous

    mohon share :)

    Like

  • jiman

    manusia dibahagikan kpd 3 bahagian:

    1. Org Alim @ ulama yg diberikan ilmu dan kefahaman oleh Allah

    2. Penuntut ilmu yg ada padanya ilmu tetapi blum sampai ke tahap ulama

    3. Org awam yang tidak tahu apa2

    blh jadi yg no 1 dlm artikel ini adalah no 3
    blh jadi yg no 2 dlm artikel ini adalah no 2
    blh jadi yg no 3 dlm artikel ini adalah no 1

    Like

    • Shahmuzir

      Boleh juga begitu.

      Tapi, golongan yang pertama yang disebut oleh Ibnu Mubarak di atas bukan golongan orang biasa. Mereka terdiri dari penuntut2 ilmu, bahkan terdiri daripada para ustadz. Namun disebabkan usia muda dan masih belum banyak pengalaman, mereka lalu berasakan mereka sudah tahu banyak perkara, lalu rasa sombong dan besar diri. Kata2 Ibnu al-Mubarak ini lebih menyentuh di kalangan ahli2 ilmu.

      Like

  • jiman

    betul tu.. blh dikatakan ulama2 yg hebat akn mengatakan mereka adalah “penuntut ilmu” walaupun mereka ini terkenal dgn keilmuan dan kesolehan mereka.

    3) Barangsiapa yang sampai ke tingkatan ketiga, dia akan merasakan bahawa dia tidak tahu apa-apa.”

    inilah sifat tawaduk ulama. semakin tinggi ilmu mereka, semakin mereka merasakan yang mereka tidak tahu.

    tidak semua penuntut ilmu itu akn menjadi ulama, tp kesemua ulama adalah drp penuntut ilmu..

    Like

  • alkandi

    Alhamdulillah…..tuhan maha berkuasa….tuhan sntiasa mmberikn pengajaran kpada para hambaNYA….dlm brbagai cara……dn ini lah salah satu cara yg mudah ntk kita mngambil pngajaran…..kpada tuan punya blog ini….d harap dpt mnambahkn lg artikel2 sperti ini pada masa2 akn dtg……krna masih bnyak lg hamba ALLAH yg sperti sy ini yg khausan ilmu……syukur pada tuhan krna mmberikn taufik kpada empunya blog ini ntk mnulis artikel yg sngt brnakna…….

    Like

Leave a comment