Dalam kehidupan yang penuh ranjau ini, kita selalu dibisik oleh nafsu dan syaitan agar selalu melakukan perkara-perkara yang lalai dan dosa. Tentunya hati yang bertatahkan iman yang kukuh merupakan benteng yang ampuh bagi menangani godaan-godaan itu.
Masalahnya ialah hati kita selalu berbolak-balik dan iman kita pula selalu turun dan naik. Itulah sifat hati dan iman. Ia berbolak-balik dan turun-naik.
Di bawah ini adalah suatu do`a yang selalu diamalkan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam supaya hati kemas dan tetap di atas agamaNYA dan ketaatan kepadaNYA:
Hafallah ia dan bacalah selalu samada dalam solat atau luar solat:
َاَللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوْبِ, صَرِّفْ قُلُوْبَنَا عَلَى طَا عَتِك
(Allahumma musorrifal-quluub, sorrif qulubana `ala to`atiKA)
“Ya ALLAH, Tuhan yang mengarahkan hati-hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMU”
—
اَللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِك
(Allahumma ya Muqollibal-quluub, thabbit qolbi `ala diniKA)
“Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMU”
Doa di atas selalu diamalkan oleh orang-orang soleh zaman berzaman sebagai mengikuti sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang selalu membacanya. Dan in sha’ ALLAH, ia benar-benar mujarab dalam menetapkan hati kita di atas agama dan jalan ALLAH seandainya dibaca dengan penuh tulus dan istiqamah.
Hayati makna doa tersebut dan pintalah sungguh-sungguh dengan ALLAH. KepadaNYA lah kita pinta akan hidayah dan taufiq.
Semoga hati-hati kita diarahkan untuk taat kepada ALLAH dan diteguhkan hati-hati kita semua pada agamaNYA, amin…
Sebarkan dan kongsilah dengan semua.
Sekadar menyampaikan,
Shahmuzir Nordzahir muzir.wordpress.com
April 10th, 2013 at 2:26 AM
Doa yang pertama ada kesalahan ejaan rumi dimana “diiniKa” sepatutnya digantikan dengan “tho atiKa”
LikeLike
April 10th, 2013 at 8:58 AM
Terima kasih kerana sudi menegur. Saya telah memperbetulkannya, alhamdu lillah. Jazakallahu khairan :)
LikeLike
December 5th, 2013 at 7:19 AM
2 2 boleh pakai
LikeLike
April 16th, 2014 at 6:58 PM
syukran
LikeLike
October 25th, 2014 at 9:02 PM
Alhamdulillah terima kasih kerana membenarkan saya mengambil doa ini
LikeLike
March 29th, 2015 at 10:22 PM
izin menganbil gambar. sangat bermanfaat. terimakasih :)
LikeLike
April 2nd, 2015 at 6:18 AM
Izin nyimpan gambarnya ,,,,jazakallah
LikeLiked by 1 person
July 11th, 2020 at 8:56 PM
Assalamualaikum wbt
Mhn copy dan amal
LikeLike
July 11th, 2020 at 9:11 PM
wa`alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Silakan. Semoga ALLAH berkati.
LikeLike