OK ke ibu yang mengandung menyusukan anak?

Berikut adalah email yang saya hantar kepada rakan2 saya di x-press & exmaresmamuar e-group berkenaan tajuk diatas:

Assalamu’alaikum. ..

Next year insyaALLAH, kami akan dikurniakan ALLAH dengan anak ke4, alhamdulillah.

Masalahnya, anak aku yg ke3 masih menyusu. Umurnya dah 1tahun, 7 bulan. Bila kitorang tahu ibunya disahkan mengandung, accidentally ;), maka datanglah dilema “bolehkah meneruskan penyusuan kepada anak yg sedang menyusu tatkala ibu mengandung?”

1.
Menurut pembacaan dan pertanyaan isteri aku pada doktor, katanya BOLEH. Cuma, takut ibunya letihlah. Takde masalah pada anak dalam kandungan.

2.
Ada kata bahaya. Takut anak dalam kandungan kurang nutrisi.

3.
Baru2 ni adik ipar aku kata, nurse kerajaan marah kalau menyusu tatkala mengandung. Dikhuatiri boleh mengidap breast cancer.

Disebabkan ramai di kalangan kawan2 kita di dlm group ni doktor. So, aku harap korang dapat bagi nasihat berdasarkan ilmu dan pengalaman perubatan. Tak semestinya doktor, yang lain2 pun kalau ada pendapat yang diperolehi ‘reliable’, boleh juga dikongsikan di sini.

Mohon penjelasan daripada kawan2 semua.

Terima kasih.

Alhamdulillah, saya telah memperolehi feedback yang baik daripada rakan2 yang berpengalaman.  Sedihnya, takde sorang pun rakan dari kalangan doktor yang memberi feedback.  Mungkin mereka terlalu sibuk untuk membaca email, atau terlalu sibuk untuk membalas email, atau mereka berasa pendapat profesional melalui email tidak wajar dilakukan kerana dikhuatiri akan dipertanggungjawabkan kepada mereka.  InsyaALLAH, saya faham…

Berikut saya kepilkan feedback dari rakan2: (Terima kasih :) ) 

AZRAH: 

saya bukan seorg doctor tp saya adalah penyokong kuat breastfeeding & nak share a few things that i know thru experience & infos given by my gynae:

1. menyusu semasa pregnant adalah ok. (saya ade kawan yg dapat menyusukan an older child all the way thru her pregnancy. cayalah .. ). Tak ramai yg dapat buat sbb masalah kesihatan & kesibukan mengendalikan t/jwb harian.

2. dinasihatkan masa kandungan dah 7 bulan utk memberhentikan penyusuan sbb bila ibu menyusukan baby, ade hormon yg akan dikeluarkan dalam badan yg akan mengecutkan rahim ibu. bagi ibu yg DAH bersalin, this is good ( boleh cepat kurus etc. hehe ) tp bagi pregnant mom, akan terjadi false contraction.

3. stop penyusuan at final stage of pregnancy akan menyediakan the older child to bercerai susu dgn mummy sebelum adik dia lahir. takut nanti berebut susu plak dgn baby. kesian kat baby, older kid & mummy.

4. menyusukan anak adalah something yg menggunakan byk tenaga.. although mommy tak buat apa2 hehe. mommy akan terasa senang lapar & penat. tentunya masa pregnant, badan mommy mengalami perubahan dari segi hormon, makin bertambah la lagi “haru biru hidup”. lagi la kalau tgh berpuasa.. nasib baik ade kelonggaran bagi pregnant mommy kan. takut2 tgh penat nanti cepat marah, tambah teruk kalu ade morning sickness. sian.

5. nak bercerai susu dgn anak 1 thn lebih can be a VERY challenging experience. ada yg senang & susah. kebykannya tak suka rasa susu formula. macam2 helah kena pikirkan utk persuade anak. pening juga nak pilih susu jenama mana yg nak digantikan dgn susu ibu. paling penting, kalau nak bercerai susu kena terangkan anak the reason. budak2 ni diaorg senang paham sebenarnya..

AKHIR sekali hehhehe..kalau anak dah 1 thn 7 bulan dan telah mendapat susu ibu secara eksklusif spjg tempoh tu.. it is a big achievement !!! pendapat saya .. boleh la bercerai susu. tak payah la tunggu 2 tahun. tukar ke susu formula. concentrate dgn baby dlm kandungan.

kalau ade silap on the info above, do let me know ya. My 10sen..

oo tahniah.

Hanafi:

Menyusu ketika mengandung tidak salah tapi ditakuti (Pakar O&G kata) bayi dalam kandungan akan terjejas pertumbuhan akibat kurang nutrisi terutama kalau si ibu tgh mabuk / tiada selera makan. apa yang azrah mension sama yang saya fahami berkenaan menyusu ketika mengandung. tapi kesan mendapat breast cancer sungguh tidak tepat dah salah sama sekali…
yang terbaik, bercerai susu sahaja demi kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. bayi yang dah besar bagi aje susu ‘lembu’or soya…

Yean:

Setahu Yean, tak memudaratkan. Cuma ditakuti anak yg dalam kandungan tak cukup nutrisi tu betul. But somehow, itu boleh diatasi dengan pemakanan yg betul. Mak Yean menyusukan Yean masa tengah mengandung, well Yean menyusu badan until 6 tahun:). Alhamdulillah, memang susah nak sakit. Apa yg mak Yean amalkan, according to her, segala supplement yg doktor bagi dia memang makan. Diligently. Insyallah, tak kan ada apa2. Hope that this will help.

Halimatul Saadah:

Salam..
just to share..i ada dengar ceramah yg di sampaikan oleh Dr. Siti Nur Bahiyah lebih kurang 3 bulan lepas..
dia ada mention pasal isu nie..
some point yg i still remember actually isu ni still kena berbalik pada kenapa kite dituntut utk menyusukan anak sehingga 2 tahun,..tidak kurang dan tidak lebih…jika kurang, kesian la kat anak tu…tapi tempoh dua tahun yg diberi itu adalah supaya kesihatan ibu itu benar-benar pulih dan cukup utk anak itu mendapat perhatian sewajarnya oleh si ibu.so, di sini..jika ibu tu mengandung sblm usia anak 2 tahun, maka tak tercapailah objektif tersebut…dan ada disebut juga beberapa kemungkinan yang tak elok (kesan buruk terhadap anak yg dikandung) tapi i tak berapa ingat.dikhuatiri juga akan kesihatan ibu..
kesimpulannya, tidak dilarang menyusu semasa mengandung, cuma jika boleh silalah elakkan kerana tidak digalakkan
Khairulsyah:
Muzir, wife aku pun tgh pregnant, EDD 2nd week Nov, but mintak doctor usahakan utk deliver awal (insya Allah), coz 17Nov aku kena outstation ker Labuan 2 weeks,.. so no choice..
According to the doctor, points no 2 mmg tepat sekali, akan wujud false contraction, Rahim ibu akan mengecut, ini membahayakan nyawa janin didalam perut. Sebaik2nya cuba dihentikan penyusuan anak yg besar, cubalah mcm mana pun…. Point yg pertama aku kurang setuju sbb, mungkin hanya 1 dlm seratus case yg berjaya. My advise, don’t try while you still have an option. Risikonya tinggi.
Pasal hari tuh aku Tanya wife aku, tuh yg aku bole jawab. Wallahu’alam
Terima kasih kepada semua.
Dalam kaedah ISLAM, jika bertembung antara MANFAAT dan MUDHARAT, kita perlu mengelak mudharat walaupun padanya terdapat manfaat.  Dalam hal penyusuan ibu yang mengandung kepada anak yang sedang menyusu, saya cuba untuk mengenalpasti dan mengesahkan senarai MUDHARAT yang digembar-gemburkan.  Jika MUDHARATnya tidak terlalu besar, maka insyaALLAH penyusuan kepada anak saya akan diteruskan sehingga tempoh tertentu.  Mungkin sekarang, anak saya yang 1 tahun 7 bulan itu akan dikurangkan penyusuannya sedikit demi sedikit.  Kalau drastik, kesian pulak kat dia nanti…
wAllahu ta’ala a’lam.

24 responses to “OK ke ibu yang mengandung menyusukan anak?

  • shahmuzir

    2 minggu lepas kami suami isteri menemui Dr Fatimah di Kelana Jaya Medical Centre kerana isteri saya bleeding disebabkan fibroid yang membengkak.

    Saya sempat bertanyakan tentang perkara di atas kepada beliau. Beliau mengatakan bahawa penyusuan kepada bayi adalah tidak merbahaya kepada bayi di dalam kandungan.

    Kenyataan di atas melegakan saya kerana ia sama dengan apa yang dinasihatkan oleh Dr Safiah, TTDI Jaya berkenaan perkara ini.

    Bayi yang sedang menyusu dengan secara beransur-ansur memberhentikan penyusuannya tatkala kandungan mencapai 5 bulan. Kerana pada masa itu, susu sudah semakin kurang dihasilkan.

    Dan kini, alhamdulillah, anak saya sudah pun berhenti menyusu dengan ibunya. Kesian juga melihatkannya yang kadang-kadang meminta-minta. Mujurlah dia tak menangis.

    wAllahu ta’ala a’lam.

    Like

  • aresa

    A’kum…
    berdasarkan kepada pengalaman sendiri, saya menyusukan anak pertama saya eventhough masa tu saya mengandungkan anak ke 2…mmg ramai yg cakap tak elok..even nurse pun cakap suruh berhenti menyusukan anak pertama sebab saya kena mild anemia…tapi alhamdulillah sesungguhnye Allah itu Maha mengetahui…kite niat yg baik…saya selamat melahirkan anak ke dua saya yg seberat 3.23kg..tak de kurang zat pun…

    Like

  • shahmuzir

    wa’alaikumussalam…

    Tahniah Aresa. Semoga ALLAH memberikan dzuriat yg soleh, amin…

    Like

  • nazrah

    ini melalui pengalaman sy sndri…sy kguguran 3x sblm dpt 1st bby. sy pregnant 2nd bby sms anak 1st umur sthn dn stlh kgugurn kali k-4.

    sms pregnant anak k2,sy stiil bfeed anak 1st….alhamdulullah xde masalah until pregnant 6mth then susu stop kuar.

    after deliver,anak 1st continued bfeed until almost 3yr. coz dia dpt adik ms umur 1yr 9mth…seronok dia dpt share susu dgn adiknye.

    the best part is….diaorg mmg rapat dan saling ingat w/pun abg n adik ppuan.

    Like

  • fara

    salam,saya nk tnye pendapat kalian, sya sdg pregnant ank yg ke 3.2nd child bru 9mth, but both child saya bersalin c section.. Dan still menyusukan 2nd child.. So, adakah memudaratkan keadaan saya ni..

    Like

  • mamaina

    tuan rumah..mohon share yer..saya pun dlm situasi yang sama..artikal yg sangat membantu..terima kasih.

    Like

  • nurul

    saya juga dalam keadaan yg sama, sekarang saya mengandungkn anak yg ke 2, pertama baru 8 bulan n masih menyusu tp tidak sepenuhnye, coz saya bekerja,, tapi kandungan saya sudah 4 bulan,saya juga risau, setelah membaca artikel ini saya tidak ragu2 lg untuk terus menyusukan anak pertama saya, terima kasih kawan2. happy rasenye. alhamdulilah semoga allah melindungi anak dlm kandungan ini, amin.

    Like

  • d.a

    Informative article. Thanks

    Like

  • Yati amin

    Salam, setuju dgn pendapat semua tentang menyusu ketika hamil..saya pun sedang mengalami keadaan yg sama..mengandungkan anak yg ke 4 sedangkan anak yg ketiga berumur 8 bulan..tetapi tidak sepenuhnya menyusu badan , dia mahu ketika nak tidur jer…mula 2 saya cuak jugak sebab anak kedua dan ketiga dua2 c-section dan bezanya 2 tahun ..ni anak ke4…harap allah permudahkan segalanya…

    Like

  • Yaya

    Salam buat sahabat sekalian. Setelah membawa cetusan pendapat kalian, saya berkeyakinan utk menyusukan anak pertama saya. Kini saya pragnant anak kedua 6 minggu. Anak pertama saya berumur 1 tahun 2 bln. sblm ni saya dalam kebimbangan, apabila mendengar mitos drpd orang tua2 ttg penyusuan semasa hamil. Saya tak sampai hati nak beehentikan susu, sedih rasanye…susu pun byk lagi…tp sy dah mula ajar jgk susu formula…harap semuanya ok..

    Like

  • Anonymous

    Alhamdulillah…dan syukur sbb dipertemukan dgn blog tuan…byk memberi info kepada saya…kini sy sedang hamil anak kedua dlm 6mggu, anak pertama sudah 2thn 2bln n masih menyusu…ikut mertua sy, dia begitu mempertikaikn keadaan sy y menyusukan anak…bgnya cukup sehingga 2 thn…sy tidak mahu bertelagah dlm hal ni…mujur blog ini byk beri maklumat kpd saya sekaligus menyakinkn sy tiada salahnye disisi Islam menyusukn anak walaupun selepas 2thn setelah mempertimbangkn baik n buruknya…

    Like

  • onet365

    saya mempunyai 3 orang anak…anak pertama berumur 7thn, yg kedua 3thn lebih dan ketiga baru sahaja berumur 1 tahun 1 bulan…dan saya baru jer check pregnancy test dan positif..anak kedua dan ketiga pula berkongsi susu badan hingga sekarang…sebelum ni semasa saya prenant anak ketiga saya meneruskan penyusuan anak saya yang kedua walaupun hamil…tp alhamdulillah anak kedua saya tetap boleh minum susu formula so takdelah dia mengharapkan susu badan sepenuhnya…yg saya sedar apabila kandungan sudah sampai trimester yang ketiga susu akan semakin kurang dan kosong….dan alhamdulillah baby ke3 lahir sihat….now saya sedang mengalami keadaan yang sama cuma saya perlu perlahan2 untuk memberhentikan penyusuan anak ke2 dan ke3 saya….yg pasti anak2 saya sentiasa mendapat susu badan saya walaupun masih minum susu formula….

    Like

  • linda

    anak sy baru masuk 8 bulan,,,sy pula disahkan mengandung 4 minggu….officemate mintak sy berhenti BF utk ank bertama memandangkan sy mengandung ank ke 2….katanye xbagus utk kesihatan sy n bakal bayi……saya buntu memikirkan mslh ini kerana pada ms yg sama kesian pd ank sekiranya sy berhenti bf untuk die….blog tuan./puan benar2 memberi maklumat yg sgt berguna kepada sy…..selepas info ini sy sudah x risau utk meneruskan penyusuan utk ank 1

    Like

  • huda

    sangat informative..thank tuan rumah n kawan2 yg bagi pendapat. sy ibu bekerja & masih full bf anak 1st yg umur 1thn 4bln..dah bersedia utk conceive 2nd baby..and berniat nak teruskan bf anak 1st smpai 2thn,insyaAllah.semakin bersemangat lps baca blog ni..=) doakan sy berjaya yea.

    Like

  • Anonymous

    Saya mempunyai seorang anak berusia 1 tahun.bile saya dah baca komen kawan2 yang lain pasal penyusuan anak ketika mengandung, agak lega sedikit sbb masa jumpe nurse untuk injek anak td, nurse ckp kalau menyusukan anak ketika mengandung, boleh dpt risiko gugur..takut gak saya dengar masa tu..pastu sbb fikir sayang plak susu badan masih ada…hopefully keadaan saya baik2 saja..

    Like

  • yana mazlina

    salam untuk pengetahuan saudara saya menyusukan dari anak ke 2 dan sehinnga sy melahirrkan anak ke 3.ketika itu anak ke2 sy berumur 1thn 6bln.sy menyusukannya hingga berumur hampir 2thn bersama dgn adiknya dan kini masih mekyusukan anak ke3 berumur 2thn 5bln..tp saya kini disahkan breast kanser tahap 2..mengapa boleh terjadi sedangkan masih menyusukan?dan ada tak pesakit mcm sya n tak memerlukan pembuangan breast

    Like

  • Anonymous

    salam
    sabtu lepas saya telah berjumpa dengan doktor sakit puan berhubung penyusuan ketika mengandung. doktor mengatakan tiada masalah jikalau tiada masalah pendarahan pada alat sulit disebabkan pengecutan rahim ketika penyusuan.tetapi sekiranya terdapat pendarahan penyusuan hendaklah diberhentikan. saya mengandung anak kedua dan anak pertama berumur 2 tahun 3 bulan masih menyusu. telah mencuba untuk putuskan susu badan tapi naluri keibuan terasa begitu sedih ketika anak tidak boleh tidur kerana tidak dapat menyusu.

    Like

  • Liana

    Terima kasih ats semua info dn kt2 smgt kwn2 dr blog tuan ini memberi impak yg positif kpd sy,,insyallah sy akn tetap teruskn pyusuan kpd ank kedua sy yg berumur 2 thn 7bln dn mgndg ank ketiga skang ni,,slgi takde masalah pd sy,,,ttpi dlm ms yg sm sy akn cb pujuk ank kedua spy memahami keadaan sy,,,(**)

    Like

Leave a comment