Tag Archives: penyusuan

OK ke ibu yang mengandung menyusukan anak?

Berikut adalah email yang saya hantar kepada rakan2 saya di x-press & exmaresmamuar e-group berkenaan tajuk diatas:

Assalamu’alaikum. ..

Next year insyaALLAH, kami akan dikurniakan ALLAH dengan anak ke4, alhamdulillah.

Masalahnya, anak aku yg ke3 masih menyusu. Umurnya dah 1tahun, 7 bulan. Bila kitorang tahu ibunya disahkan mengandung, accidentally ;), maka datanglah dilema “bolehkah meneruskan penyusuan kepada anak yg sedang menyusu tatkala ibu mengandung?”

1.
Menurut pembacaan dan pertanyaan isteri aku pada doktor, katanya BOLEH. Cuma, takut ibunya letihlah. Takde masalah pada anak dalam kandungan.

2.
Ada kata bahaya. Takut anak dalam kandungan kurang nutrisi.

3.
Baru2 ni adik ipar aku kata, nurse kerajaan marah kalau menyusu tatkala mengandung. Dikhuatiri boleh mengidap breast cancer.

Disebabkan ramai di kalangan kawan2 kita di dlm group ni doktor. So, aku harap korang dapat bagi nasihat berdasarkan ilmu dan pengalaman perubatan. Tak semestinya doktor, yang lain2 pun kalau ada pendapat yang diperolehi ‘reliable’, boleh juga dikongsikan di sini.

Mohon penjelasan daripada kawan2 semua.

Terima kasih.

Alhamdulillah, saya telah memperolehi feedback yang baik daripada rakan2 yang berpengalaman.  Sedihnya, takde sorang pun rakan dari kalangan doktor yang memberi feedback.  Mungkin mereka terlalu sibuk untuk membaca email, atau terlalu sibuk untuk membalas email, atau mereka berasa pendapat profesional melalui email tidak wajar dilakukan kerana dikhuatiri akan dipertanggungjawabkan kepada mereka.  InsyaALLAH, saya faham…

Berikut saya kepilkan feedback dari rakan2: (Terima kasih :) )  Continue reading